Saidah Hairan Wed Jun 13, 07 01:23:08 PM
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Harapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mahu wujud keadaan ulama dan pemerintah membawa haluan masing-masing membuktikan sikap hipokrit beliau yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik semata-mata.
Abdullah mahu gandingan ulama dan pemerintah yang terjalin sejak negara mencapai kemerdekaan dalam memakmurkan negara serta mewujudkan keharmonian antara rakyat terus dipertingkatkan dalam memacu kemajuan.
Mengulas kenyataan itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sejarah pemimpin-pemimpin Umno sering bercakap tentang Islam hanya untuk mendapat sokongan daripada orang Melayu Islam.
Beliau berkata, kenyataan Abdullah itu juga menandakan pilihan raya umum ke-12 sudah hampir dan harapan gandingan ulama dengan pemerintah itu hanya mahu mengambil hati tok-tok imam.
"Saya hendak bertanya bila pemimpin Umno tahu menghormati Ulama. Seorang senator Umno mencadangkan supaya tindakan perlu diambil terhadap Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussani disebabkan fatwa beliau yang boleh mengelirukan orang ramai berhubung konsert sure heboh," katanya.
Begitu juga tambah beliau, isu kondom bagi mengatasi masalah Aids, pimpinan Umno tidak peduli dengan golongan anti hadis, Umno tidak bertindak walaupun keluar fatwa sesat tentang panduan hiburan dan sebagainya.
"Inilah wajah pimpinan Umno yang memperlekehkan golongan Ulama," tegas beliau.
Idris yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat berkata, pimpinan Umno mahu para Ulama mengikut prinsip dalam Islam Hadhari.
Inilah padahnya para ustaz atau Ulama Umno membisu siang malam ibarat `Ulama terompah kayu' asalkan mereka boleh mencari makan, tegasnya.
Beliau menegaskan, pimpinan Umno sememangnya sudah kehilangan pengaruh di kalangan orang Melayu kerana mereka gagal menangani isu murtad, buang anak, jenayah meningkat dan sebagainya.
Dalam masalah ini, katanya, PAS berharap para imam atau ulama Umno jangan mudah percaya dengan pimpinan Umno yang ternyata berlidah cabang.
PAS kata Idris akan terus berusaha menyedarkan ahli dan pimpinan Umno berhubung soal agama kerana umat Islam itu adalah amanah para Rasul dan Nabi untuk menyampaikan ajaran Islam yang benar.
Katanya, jangan terpengaruh dengan habuan yang terlalu sedikit berbanding dengan azab neraka yang besar apabila bersekongkol dengan kezaliman. - mks
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tengok bulatin utama tak? poyo aje aku tengok pak bodola ni.... tak bagi imam gunakan khutbah utk hentam org... tapi khutbah sumanya kat selangor ni rahman palil yg pantau.... dia hentam tak pe... bini dgn anak pun tak boleh suruh tutup aurat (benda basic dlm islam)... ini nak ajar pak2 imam... boleh jalan daaaaa....
Post a Comment