Monday, November 27, 2006

Kerajaan Hadhari Minta ribut untuk Monsoon Cup

Posted on Monday, November 27 @ 11:53:50 MYT by webmaster
Oleh Pok Mat
Pada Jumaat awal bulan November, saya telah pergi bersembahyang Jumaat di sebuat masjid di tepi pantai Dun Tepoh. Secara umumnya, Isi khutbah pada hari tu adalah berkaitan dengan Monsoon Cup atau kapal layar. Saya tertanya-tanya pada diri saya, inilah yang dikatakan khutbah had-hari yang banyak membincangkan perkara dunia di dalam masjid secara sedar atau tidak sedar. Sedangkan perkara yang lebih besar pada masa itu ialah isu murtad, isu aqidah.Selepas je solat Jumaat, diumumkan untuk solat hajat minta angin kuat sempena monsun cup nanti. Terkejut besar saya, kerana minta bala dengan Allah. Maka bersolatlah mereka-mereka yang seangkatan monsun cup minta angin kuat bagi memudahkan kapal bergerak laju nanti, dan tak payahlah nanti guna enjin masa pertandingan nanti Inilah situasi masyarakat yang telah di beri faham tentang Islam had-hari yang dikatakan oleh Dr Mashitah sebagai pelengkap kepada Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Sepatutnya kita pakat solat hajat minta selamat aqidah dia minta mudah nak buat maksiat. Kita boleh lihat sekarang ni, kerajaan menghabiskan wang berjuta-juta untuk monsun cup sedangkan masa yang sama rakyat Terengganu ramai lagi yang perlu dibela. Wahai orang-orang UMNO.. insaflah dan bertaubatlah kamu sebelum bala menimpa. Akhbar Berita Harian hari ini 27 November mendedahkan keriauan penduduk terutama nelayan dan penguasaha bot penambang kerana pasir mendap dan menjejaskan rezeki mereka. Ikuti petikan berita tersebut. Pasir mendap jejas rezeki penduduk KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri diminta menyelesaikan masalah pemendapan pasir yang berlaku di muara Sungai Terengganu dan di beberapa alur sungai di Pulau Duyong, di sini sehingga menyebabkan pendapatan penduduk, termasuk nelayan dan pengusaha bot penambang terjejas. Penduduk, termasuk pengusaha bot penambang dan nelayan mendakwa punca utama mendapan pasir di muara sungai Terengganu dan di beberapa alur sungai berlaku disebabkan kerja pembinaan jeti untuk Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri, berkata penduduk terutama nelayan dan pengusaha bot penambang tidak membantah penganjuran Piala Monsun. Sebaliknya, katanya, mereka bimbang muara Sungai Terengganu dan beberapa alur sungai di sekeliling Pulau Duyong akan menjadi cetek dan tidak boleh dilalui bot sehingga menjejaskan pendapatan mereka. "Kita tidak menolak muara sungai dan beberapa alur yang sebelum ini dilalui bot nelayan dan bot penambang cetek disebabkan kerja-kerja pembinaan jeti Piala Monsun. "Kita bersimpati dengan masalah nelayan serta pengusaha bot penambang dan kita minta kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah air sungai yang semakin cetek disebabkan berlaku mendapan pasir," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Asas Homestay di Kampung Teluk Ketapang, di sini, semalam.Note: Turut dimuatkan petikan Berita Harian 27 Nov 2006Pasir mendap jejas rezeki penduduk"
Husam minta PM ambilkira pandangan timbalannya

Tue Nov 28, 06 05:35:55 AM Oleh Abu Bakar Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima dengan dada terbuka isyarat halus timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai aliran pelaburan masuk dari Singapura ke negara ini yang lebih besar dengan begitu ketara.
Ketika menyampaikan ucaptamanya pada persidangan serantau London Business School bertema "Mengembang di Asia: Cabaran-cabaran dan Peluang-peluang Baru" di sini semalam, Najib berkata, aliran pelaburan masuk dari Singapura adalah ketara lebih besar.
Beliau mengambil contoh kejayaan syarikat pegangan pelaburan Singapura, Temasek yang memasuki Malaysia dengan ketara dalam sejak beberapa tahun lalu.
"Bagaimanapun, sebaliknya, kita difahamkan bahawa usaha untuk mengenal pasti pemilikan-pemilikan yang sesuai di Singapura adalah lebih sukar bagi syarikat-syarikat Malaysia disebabkan oleh struktur ekonomi Singapura," katanya.
Sehubungan itu, Najib menggesa pihak berkuasa di Singapura supaya mengamalkan tahap sikap timbal balas yang lebih besar dalam mempermudah lebih banyak pemilikan Malaysia di dalam aset-aset di pulau itu.
Menurut beliau, pengaliran pelaburan duahala yang samarata dan seimbang adalah mempunyai kepentingan dan faedah bersama kepada kedua-dua negara.
Mengulas apa yang dibangkitkan oleh Timbalan Perdaan Menteri itu, Husam yang juga Exco kerajaan Kelantan menyatakan dalam blognya, http://cetusan-hati.blogspot.com/, "akhirnya kita mengakui Singapura sudah terkedepan menguasai kepentingan kita dan kita sendiri dengan mudahnya mengizinkan mereka berbuat demikian.
"Hari ini, kita merayu untuk mereka membuka ruang kepada kita untuk melakukan hal yang sama di negara mereka".
Beliau juga membangkitkan bahawa lebih empat bulan lalu Timbalan Perdana Menteri pernah menyatakan kerajaan akan mendapatkan butiran lanjut berhubung aktiviti pembelian kepentingan syarikat-syarikat besar tempatan oleh entiti asing terutamanya dari Singapura yang dilihat semakin rancak sejak dua tahun kebelakangan ini.
"Hingga kini, kita tidak dimaklumkan perkembangan usaha Najib mendapatkan butiran berkenaan. Ada butirannya atau tidak? Butirannya sudah terkumpul atau belum? Kalau belum terkumpul, di mana sangkutnya?" tanya beliau.
Bagaimanapun, apabila Najib berkata, aliran pelaburan masuk dari Singapura ke negara ini lebih besar dengan begitu ketara, Husam bertanya: "Bolehkah ia dianggap bahawa Timbalan Perdana Menteri telahpun mempunyai butiran tersebut?"
Jika Malaysia awal-awal lagi mempertimbangkan isu ini, katanya lagi, negara boleh mengambil pilihan menukarkan kepentingannya dengan kepentingan Singapura dan tidak hanya menjual kepentingan negara ini untuk mengaut keuntungan segera sama seperti sesetengah usahawan bumiputera yang selalu ditegur oleh kerajaan.
"Swap atau pertukaran kepentingan, akan membolehkan kita juga menguasai aset Singapura. Tetapi ini tidak berlaku. Kita ambil cash. Hari ini kita merungut.
"Alangkah elok, jika Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, mengambil kira pandangan Timbalannya sebelum ini, dalam isu yang penting ini. Nampaknya ia tidak berlaku. Penasihat-penasihat lain lebih berpengaruh, barangkali," kata Husam.

Sunday, November 26, 2006

Wednesday, November 22, 2006

Bukan ucapan dasar tetapi sekadar angan-angan Presiden Umno
Thu Nov 23, 06 12:39:54 PM Oleh Harakahdaily

Mangsa pertama polemik antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Zaharin Mohd Yasin yang dipecat daripada Umno, berpendapat Abdullah tidak menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Umno sebaliknya ia sekadar ucapan biasa di seminar pembangunan.
Katanya, 12 gagasan yang dicatatkan Abdullah tidak disentuh, malahan ucapan tersebut dianggap sebagai penerangan laporan Presiden Umno dan angan-angan beliau.
Berikut disiarkan wawancara Zaharin yang disiarkan dalam Harakah bilangan 1324 yang sedang berada di pasaran:
Mukriz Mahathir dilaporkan berkata tidak ada perkara baru dalam ucapan dasar Presiden Umno baru-baru ini, saudara pula bagaimana?
Bukan sahaja tidak ada perkara baru, ia bukan ucapan dasar yang memerlukan sokongan dan kelulusan Perhimpunan Agung Umno, ia ucapan biasa dan sesuai diucapkan dalam Parlimen atau Seminar Pembangunan.
Ucapan dasar mesti mengandungi hala tuju parti dalam berbagai isu kepentingan negara dan bukannya gagasan yang diulang, setelah dijadikan manifesto pilihan raya umum, semua orang sudah tahu apa yang akan dibuat oleh Umno dan BN jika menang.
Apa yang hendak diketahui, oleh ahli Umno dan rakyat adalah soal beberapa dasar Presiden Umno sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebagai contohnya, dasar pensyarikatan Malaysia dan dasar pengswastaan? Adakah hapuskan dan diganti dengan dasar PFI (Inisiatif Pembiayaan Swasta)?
Adakah wawasan 2020 sudah ditukar ke Misi Nasional? Bagaimana dasar luar, masih kekal tidak akan mengiktiraf Israel dan pendirian Malaysia terhadap kuasa besar Amerika yang masih berada di Iraq.
Semua ini tidak disentuh. Gagasan 12 perkara, bukan dasar Umno dalam satu-satu subjek, ia hanya menerangkan laporan Presiden Umno dalam angan-angannya.
Kalangan Pemuda Umno termasuk ketuanya, Hishamuddin Hussein, memberi reaksi keras terhadap kenyataan Mukhriz itu.
Pertama Dato' Mukhriz Mahathir hadir dalam perhimpunan sebagai perwakilan terpilih mewakili Umno Kubang Pasu.
Dia anak bekas Presiden, dia mengikuti perkembangan bapanya 22 tahun dulu. Yang terpenting dia tahu bukan sekadar tulisan, lisan malah misi sebenarnya bapanya.
Mungkin Mukhriz bermaksud ucapan Presiden Umno itu, pernah diucapkan bapanya atau dilaksanakan. Soalnya kenapa semua orang melatah kepada kenyataan itu?
Bila dia diserang dari semua arah dan dari kalangan pemuda Umno dan Presiden Umno, ia maka membuktikan dengan fakta bahawa ucapan Abdullah hanya betul-betul sebagai retorik sahaja.
Cuba baca semula para 9 ucapan Dasar itu,"Saya berpegang bahawa negara yang bercakap kepada bangsanya harus mempunyai saluran membolehkan kebimbangan rakyat dapat diluahkan.
Kritikan konstruktif digalakan. Percanggahan pendapat dilihat secara objektif dan tidak semestinya dianggap sebagai tentangan terhadap kerajaan." Soalnya benarkah dari segi realitinya?
Ramai yang kurang yakin bahawa masalah Abdullah hanya bermula dengan isu AP, jambatan bengkok, Proton, penguasaan Tingkat 4 JPM seperti dibangkitkan Dr Mahathir. Isu pokok ialah kepimpinannya yang begitu lemah dan boleh memudaratkan negara.
Saya tidak nampak isu-isu ini sebagai isu puncak, kritikan Tun kepada Abdullah, sebaliknya ada 'isu sembunyi' yang menjadikan penyebab Tun mengkritik dan terus mengkritik PM.
Perpatah China mengatakan 'Emas tidak akan takut kepada api' yang bermaksud kalau emas dibakar, dia akan tetap menjadi emas semula.
Berbagai cara dilakukan Abdullah untuk menghapuskan entiti Tun, namun jasanya tetap dihargai.
Isu sebenarnya ialah, dasar yang dibuat pada zaman Tun, adalah perancangan yang perlu diteruskan oleh pengantinya untuk beberapa tahun, setengah darinya sudah diubah dan tidak dipakai terus, ini menjadi kemarahan dan kritikan.
Untuk tempoh 16 bulan setelah pengisytiharan perletakan jawatan Tun sebagai PM, tentulah Tun sudah memberi panduan dan tunjuk ajar ke semua dasar yang perlu diteruskan oleh penganti.
Sudah pasti dalam bimbingan itu Abdullah mengatakan, 'Yes Sir (panggilan Menteri kepada PM), saya akan teruskan' tetapi semuanya bertukar bila menjadi PM, 'No Sir dasar-dasar Tun itu'.
Mahathir kini berehat selepas serangan jantung tempoh hari. Apakah jangkaan saudara terhadap langkah Mahathir seterusnya, mungkinkah beliau akan mempertingkatkan lagi kritikannya, atau mengendurkannya, dan bagaimana pula tindakbalas daripada Umno?
Tun Dr Mahathir akan berterusan mengkritik Abdullah selagi beliau tidak mengaku secara terbuka untuk berterima kasih kepada Tun kerana melantiknya sebagai TPM dan seterusnya PM.
Setengah pihak melihat ianya berlawanan dengan sikap Tun bila mula memilih seorang TPM, sebaik sahaja dilantik sebagai PM oleh Dato' Hussein Onn yang bersara, dengan menyerahkan kepada perwakilan Umno untuk memilih samada Dato' Musa Hitam atau Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Sepatutnya dengan kuasa Presiden Umno, beliau boleh membenarkan jawatan Timbalan Presiden Umno dipertandingkan pada tahun 2000 dan jangan campur tangan langsung.
Sebaliknya beliau sendiri membuat kenyataan, jawatan itu tidak dipertandingkan.
Orang Umno yang punya minda feudal akan terus mempertahankan 'tuannya', walau pun tuannya membawa ke lubang gaung. Dia hanya akan sedar dan melawan tuannya, bila dia di dalam gaung tetapi tuannya di atas gaung. Semua sudah terlambat.
Ramai orang masih tertanya-tanya apa motif sebenar Mahathir mengkritik dan menyerang kepimpinan Abdullah. Beliau tidak mungkin mahukan jawatan PM balik atau mahu meletakkan orang lain sebagai PM?
Tun tidak punya apa-apa motif pun kecuali untuk menyelamat diri dia dan nama agung dan hebat yang diberi oleh rakyat dan setengah masyarakat dunia.
Dengan mengkritik Abdullah, dia mempunyai kepercayaan bahawa jika esok berlaku sesuatu kepada Umno dan Melayu dan negara dia tidak akan disalahkan. Dia akan dapat pujian kali kedua jika dia betul. Tetapi sebenarnya, Tun patut dipersalahkan kerana melantik Abdullah sebagai TPM dan PM 'secara Putera Mahkota'
Selepas dipecat daripada Umno, boleh kami tahu kegiatan politik Saudara sekarang?
Saya tunggu tiga tahun untuk merayu semula. Tetapi jika Abdullah masih presiden, saya tidak bersedia merayu dan kekal sebagai seorang Warga negara dan penyokong Umno dari luar.
Sebelum saya sertai Umno, saya mesti pastikan Abdullah tidak memegang jawatan presiden atau PM, jika ada sesiapa ahli Umno bertanding jawatan presiden, saya akan memberikan sokongan dan berkempen untuknya.
Tetapi saya lebih yakin dengan cara demokrasi pilihan raya. Jika pada PRU akan datang BN dan Umno tidak dapat pertahankan jumlah kerusi kemenangan PRU 2004, kalau tidak kalah pun, jika ia mengurangkan majoriti BN di Parlimen dan Dun dan jika Abdullah bermaruah dia mesti meletakan jawatan kecuali dia 'gila' dengan jawatannya.
Saya sudah mula berceramah di atas pentas PAS dengan dimulakan di Kawasan Pokok Sena ada 17 November 2006 dan kemudian di Selangor, tumpuan saya, ialah menerangkan sikap ciri-ciri kemunafikan pemerintahan Abdullah.
Sekiranya Umno/BN tewas dalam PRU yang akan datang, dia bukan memberikan kepuasan kepada saya.
Saya bertindak Brutus kepada Umno bukan saya tak sayang kepada Umno tapi sayang lagi kepada Melayu. Apa akan jadi dengan Melayu, jika Umno dan negara dipimpin oleh seorang yang pada awalnya menjadikan Islam landas perjuangannya tetapi sekarang memperalatkan Islam untuk kepentingannya.Terima kasih. - mr
23/11: ISA selari Islam Hadhari, bukti sesat: Dr Badrul
Posted by: Raja Petra
Oleh Zulkifli Mohamed

Kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa penahan tanpa bicara di bawah ISA dan Islam Hadhari adalah selari, membuktikan bahawa Islam Hadhari itu sesat kerana menyimpang dari ajaran Islam sebenar.“Kenyataan Abdullah itu sebagai bukti kukuh bahawa Islam Hadhari adalah sesat dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar yang dibawa Rasullullah SAW,“Islam mementingkan prinsip keadilan, seseorang itu tidak akan dihukum bersalah selagi dia tidak dibuktikan bersalah di mahkamah yang adil,” jelas bekas tahanan ISA Ustaz Dr Badrul Amin Baharom.“Penahanan orang tanpa bicara adalah satu kezaliman. ISA melanggar prinsip keadilan sejagat seperti yang digariskan dalam al-Quran dan hadis,” jelasnya ketika dihubungi Malaysia Today.Beliau mengulas kenyataan Abdullah pada sidang akhbar selepas menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpinan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) baru-baru ini.Menurut Badrul, Islam Hadhari adalah ‘agama baru yang sesat’ ciptaan Abdullah untuk mengelirukan umat Islam, kerana ajaran Islam Hadhari itu tidak disebut dalam al-Quran dan hadis. “Islam Hadhari tidak ada kena mengena dengan Islam yang dibawa Nabi.”Badrul, bekas mangsa kezaliman ISA dari 10 April 2001 sehingga 12 Jun 2003, kerana dituduh memiliki pelancar roket dan molotov coktail bersama rakan reformis, berkata :“Sehingga sekarang mereka tidak dapat membuktikan dan mendakwa saya dan rakan-rakan lain di mahkamah.” Pada sidang media itu juga, Abdulah dipetik berkata mangsa ISA ditahan kerana terdapat bukti dan dilepaskan apabila sudah menjadi baik. “Alasan Abdullah adalah sebesar-besar dusta dan pembohongan semata-mata.”“ISA hanya melahirkan manusia berdendam dan semakin marah menentang ISA, buktinya saya sendiri, saya semakin kuat menentang ISA berbanding sebelum saya ditahan di bawah akta zalim itu,” tegasnya.“Saya nasihatkan Abdullah cukuplah mengelirukan rakyat, kononnya mereka yang ditahan di bawah ISA adalah untuk mendidik mereka menjadi baik.”

Tuesday, November 21, 2006

ISA: Kenyataan Abdullah bertentangan dengan Islam
Wed Nov 22, 06 07:51:17 AM Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selaras dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkannya sebenarnya adalah bertentangan dengan konsep Islam Hadhari itu sendiri.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata Abdullah gagal memahami konsep yang diperkenalkannya kerana dalam Islam Hadhari itu menggalakkan amalan keadilan dan kesaksamaan, tetapi tindakan Abdullah adalah bertentangan dengan konsep tersebut.
"Dilihat pada sudut keadilan ini kita lihat Abdullah sendiri tidak memahami konsep Islam Hadhari ini. Untuk menunjukkan keadilan, seseorang itu diadili di mahkamah terbuka, dituduh mesti diberi peluang menjawab tuduhan.
"Dalam kes ISA ini bagaimana wujud keadilan kerana yang dituduh tidak diberi diberi peluang perbicaraan. Jadi kenyataannya itu tidak benar dan beliau tidak berlaku adil dan sudah pasti tidak selaras dengan hadhari yang diperkenalkannya itu,"katanya.
Abdullah ketika ditanya wartawan mengenai ISA sewaktu sidang media selepas Persidangan Agung Umno baru-baru ini menyatakan undang-undang ISA adalah selaras dengan konsep Islam Hadhari .
Katanya lagi, penahanan tanpa bicara mempunyai sebab dan tangkapan dibuat berdasarkan bukti serta terdapat tahanan yang dibebaskan selepas 'kita sudah jadikan mereka orang baik'.
Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan, walaupun mereka tidak didakwa, terdapat isu keselamatan yang diketahui pihak berkuasa , tetapi tidak boleh dibincang dan diadili di mahkamah.
ISA instrumen politik
Sementara itu, Syed Ibrahim menegaskan, mahkamah yang membuktikan sama ada tuduhan tersebut sahih atau direka.
"Kita tidak pernah lihat dalam kes ISA seperti tuduhan dalam kes reformasi yang menyatakan mereka yang dituduh ini ada menyimpan bom.
"Jadi apabila mereka dibebas tidak pernah dibuktikan bahawa apa tuduhan ke atas mereka adalah benar.Nama mereka telah dicemari dengan bukti yang tidak benar. Ini merupakan satu kepalsuan sebab Abdullah menyatakan terdapat bukti dan 'mereka sudah menjadi jadi baik'. Hakikatnya ia tidak dibuktikan,"katanya.
Tambahnya lagi, tindakan Abdullah terhadap mangsa ISA itu sebenarnya untuk mengurangkan tekanan dari pihak luar. Apabila tekanan tersebut berkurangan, barulah mangsa ISA ini dibebaskan.
Katanya kerajaan mengambil kesempatan menggunakan undang-undang ini kerana mempunyai instrumen politik.
"Polisi Amerika yang menekan negara mengatakan terdapat pengganas di negara ini. Jadi untuk mengurangkan tekanan, mereka yang tidak bersalah ini ditangkap.
"Setelah mereka ditangkap, bagaimana nasib keluarga mangsa ini. Kita tidak dengar pun yang kerajaan membantu mereka. Jadi ISA ini merupakan satu polisi dan dasar yang tidak selaras dengan Islam,"tegasnya.
Katanya lagi, kezaliman kerajaan ini tidak meggambarkan kerajaan bersifat telus dan adil dalam menjaga dan memberi keselamatan untuk rakyat.
"Sepatutnya keselamatan rakyat menjamin keselamatan negara dan keselamatan negara menjamin keselamatan rakyat tetapi wujudnya ISA ini langsung tidak menjamin keselamatan rakyat," katanya.
Abdullah ditipu SB
Sementara itu, bekas tahanan ISA, Saari Sungip bertanggapan kenyataan Andullah itu merupakan kata-kata 'orang yang mempunyai kuasa'.
"Dia ada kuasa dia boleh cakap macam tu. Tetapi sewaktu saya, Ezam dan Badrul Amin ditahan, dia yang menandatangan penahanan kami itu. Selepas saya dibebaskan pada 6 September 2002, Mahkamah Persekutuan memutuskan penahanan kami tidak sah, berniat jahat dan bermotif politik. Jadi apa maksud di sebalik kata-katanya itu.
"Jika Islam Hadhari itu adil, 60 hari selepas penahanan dan selepas mempunyai cukup bukti bebaskan kami. Tetapi apabila tidak sah siasatan 60 hari Abdullah telah ditipu Polis Cawangan Khas (SB) disebabkan bukti yang pincang," tegas Saari.
Jelas Saari walaupun beliau telah menemui Lembaga Penasihat sebanyak dua kali pada 2002 dan Lembaga Penasihat mengesyorkan beliau dan dua lagi rakannya dibebaskan, kerajaan tetap tidak berbuat demikian.
"Laporan siasatan (folio) terhadap tahanan reformasi telah diserahkan kepada hakim mahkamah sivil sewaktu kes saman kami kepada kerajaan. Tuduhan ke atas kami untuk mengguling kerajaan dengan mengumpul bahan letupan seperti molotov koktail, dan grenade launcher. Sepatutnya siasatan itu mestilah dari awal hingga akhir,"katanya.
Jelasnya, Abdullah seharusnya mengetahui peruntukan seksyen 8 adalah di bawah kuasa menteri, seksyen 73 di bawah kuasa SB, serta seksyen 16 berkaitan pendedahan maklumat.
Kata Saari lagi, hakim sewaktu itu, Tun Ahmad Zaidin Abdullah mengatakan bahawa seksyen 16 hanya berkuatkuasa dan tertakluk pada seksyen 8 bukan seksyen 73.
"Tapi Abdullah mengatakan berpuas hati berdasarkan seksyen 73 dan dia hanya bergantung kepada SB. Jadi, SB yang sudah bermaharajalela,"katanya. - mks.

Monday, November 20, 2006



Halang roboh rumah: 20 penduduk Kg Berembang ditahan polis
Mon Nov 20, 06 05:30:27 PM Oleh Anis Nazri



KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Lebih 20 penduduk Kampung Berembang, Ampang dekat sini, termasuk dua pelajar sekolah berusia 14 dan 16 tahun, dipercayai ditahan polis hari ini kerana menghalang rumah mereka daripada dirobohkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Bagaimanapun pihak polis enggan mengulas dan mengesahkan penahanan mereka. Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Ulu Klang. Menurut sumber, antara penduduk ditahan ialah Adli Abd Rahman, Mamat Rajis, Fiqtriey Al-Hakimi, Ramacantiran, Ramalinggam, Thevarajan dan Letchumi Devi Doraisamy.
Turut ditahan semasa tindakan meroboh itu dua aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Chang Li Kang dan S Arutchelven.
Sebanyak 56 rumah dirobohkan penguat kuasa MPAJ setelah rundingan penduduk terbabit tidak berjaya biarpun nasib mereka mendapat perhatian Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Dato' Siva Subramaniam yang turut berada di kawasan berkenaan.
Sebanyak dua jentolak digunakan untuk memusnahkan rumah-rumah mereka manakala empat trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan satu trak meriam air (water cannon) turut kelihatan di tempat kejadian.
Sebelum ini pihak penduduk telah memohon supaya kerja-kerja meroboh ditangguhkan sehingga 30 April tahun depan. Akhirnya MPAJ terus memusnahkan tempat kediaman mereka pada jam tiga petang tadi.

Pendidikan: UMNO Akui Gagal



Pendidikan: UMNO Akui Gagal



Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa sejurus berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO ke 57, UMNO melalui Menteri Pengajian Tinggi, Mustapa Mohamed bagi pihak Abdullah A. Badawi telah melaungkan kepada dunia bahawa UMNO telah gagal, segagal-gagalnya, dalam usaha menyediakan pendidikan yang bermutu kepada anak-anak bangsa Melayu. Tidak percaya? Sila baca pengakuan berikut:
Graduan Tidak Berkualiti: Henti Salahkan Dasar Kerajaan
JELI, 18 Nov (Bernama) -- Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed Sabtu meminta pihak tertentu menghentikan kecenderungan menyalahkan dasar kerajaan sebagai punca kualiti kebanyakan graduan pusat pengajian tinggi negara tidak mencapai tahap diharapkan.Mustapa berkata siswazah juga terutama bumiputera perlu memikul tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti mereka agar mampu `duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi' dengan orang lain dalam bidang pendidikan."Memang kita (kementerian) masih tidak berpuashati dan akan menggandakan usaha dalam memajukan pendidikan tinggi dalam negara namun kita juga berharap siswazah juga memainkan peranan untuk membina daya saing, belajar bersungguh-sungguh dan mencapai tahap first class atau sekurang-kurangnya second upper"."Jangan hanya salahkan dasar kerajaan seperti isu meritokrasi atau kokurikulum yang tidak sesuai dengan perkembangan semasa atau sebagainya. Ini tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) 2006 Parlimen Jeli di sini.Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno mengulas isu melibatkan kementeriannya yang dilihat belum mencapai tahap membanggakan sebagaimana dibangkitkan beberapa perwakilan di Perhimpunan Agung Umno yang berakhir di ibu negara semalam.Beberapa isu dibangkitkan antaranya meritokrasi, kokurikulum yang tidak berkembang seiring dengan masa dan jumlah siswazah menganggur yang ramai.Mustapa berkata sistem pendidikan di pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini mendapat pengiktirafan banyak negara luar yang turut berminat menghantar pelajar mereka melanjutkan pengajian di negara ini.Dalam masa yang sama, katanya, kementeriannya juga mengambil langkah perlu, antaranya, mengubahsuai kokurikulum dengan lebih kerap, menyediakan kemudahan secukupnya yang diperlukan serta sentiasa memastikan pensyarah menekankan keberkesanan kaedah pengajaran mereka.Pada majlis itu, Mustapa menyampaikan sumbangan kepada 110 pelajar dari kawasan parlimen Jeli yang mendapat keputusan cemerlang UPSR baru-baru ini.Mustapa, anggota Parlimen Jeli dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas menjadikan kediamannya, Darul Falah di sini sebagai pusat tuisyen untuk pelajar UPSR.
Saya tidak bercadang untuk berfalsafah hari ini, hanya sekadar mengingatkan pembaca bahawa kebolehan murid adalah cermin guru. Guru berinstinja’ berdiri, murid tentunya cebok berlari.
Mungkin inilah padahnya bila UMNO dalam hari-hari tuanya, dalam senantiasa dihantui rasa saat penyudahnya kian dekat, menjadi terlalu mengongkong, terlalu mendesak ketaatan dizahirkan, lantaran mendorong guru-guru mengambil jalan keluar yang selesa lagi mudah -- menjadi badut dan pengampu pembesar UMNO.
Diberi dunia yang semakin materialistik, apalah gunanya guru-guru menghayati kebebasan akademik dan segala idealisma yang bersangkutan dengannya, jika itu semua akan menjadi penjara pribadi yang menghalang mereka bersentuhan dengan nikmat pangkat DG2 (Gred 54?), Profesor Madya, atau Profesor C dipintu A?
Usahlah berbicara tentang mutu graduan, jika kriteria utama perlantikan naib cancelor sebuah universiti baru itu ialah kampung mana calun dilahirkan.

Friday, November 17, 2006

Lifting Operation
Helikopter malang milik MHS yg terhempas di TAA Exxonmobil platform










Pelancaran Bersih akan diumumkan pada 23 November
Fri Nov 17, 06 05:49:54 PM Oleh Roy Rasul


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) - Satu sidang media mengenai pelancaran 'Bersih' iaitu sebuah jawatankuasa yang dianggotai parti pembangkang utama iaitu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta hampir 20 Badan Bukan kerajaan (NGO) akan diadakan secara terbuka di Parlimen pada Khamis, 23 November ini.
Jurucakap Bersih yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata, penubuhan Bersih lebih memfokus kepada agenda keadilan dan kebebasan pilihan raya.
Sehubungan itu katanya, pada pelancaran tersebut akan diumumkan beberapa tuntutan utama kepada pihak media.
Katanya lagi, sidang media itu akan diketuai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Muhamud.
“Penubuhan Bersih bukan sesuatu yang tiba-tiba tetapi sudah mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk ditubuhkan.
“Kami adakan bengkel-bengkel tetapi dalam bentuk tertutup sebab kita tidak mahu media tahu termasuk bertemu dengan DAP terutamanya selepas pilihan raya umum 2004 yang lepas,” katanya yang ditemui di sebuah hotel dekat sini, hari ini.
Katanya, hubungan dengan DAP adalah atas agenda pendemokrasian dan atas sebab itu katanya pada hari tersebut mereka akan umumkan bersama beberapa program yang akan dilancarkan termasuk di peringkat kebangsaan, zon-zon dan negeri-negeri di seluruh Malaysia.
“Tuntutan kita ini akan dikemukakan kepada kerajaan bagi menghadapi pilihan raya,” katanya lagi.
Ini katanya, pilihan raya 2004 adalah paling kotor dalam sejarah politik tanah air dan tidak wujud keadilan, kebebasan media, ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sebagainya. - mns

Terlalu banyak lada di mulut Rafidah


Terlalu banyak lada di mulut Rafidah

Dilulus terbit oleh Webmaster pada Thursday, November 16 @ 06:06:33 MYT


Oleh Roslan SMS


Perumpamaan Melayu: Siapa makan lada dialah yang merasa pedasnya, memang benar dan berasas.Kita boleh bayangkan huru-haranya orang yang terasa pedas itu melalui aksi si monyet dalam satu rencana iklan di RTM satu ketika dahulu, di mana si monyet ghairah melihat kebun cili yang merah menyala, lalu menerpa dan menelan sepuasnya walaupun dinasihatkan sang kura-kura: Jangan monyet. Si monyet terus menerkam dan akhirnya terlonjak-lonjak dan tentu arah merintih kepedasan.Begitulah saya melihat Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno yang berlangsung di PWTC semalam. Setelah menerima arahan supaya tidak membuat serangan peribadi kepada mana-mana pihak, arahan itu seakan dipatuhi oleh semua yang dari Ketua-ketua sayap sehinggalah para perwakilanKetua Pemuda Hishamuddin Tun Hussien malah menyatakan di dalam ucapannya:Kepada Yang Amat Berbahgia Tun Dr Mahathir kami terhutang budi, kepada YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi teruslah pimpin
kami.HARAKAHDAILY menyebut ketika Hishamuddin menyebut nama Tun para perwakilan memberikan tepukan yang gemuruh dan tak segemuruh apabila nama Abdullah disebut. Dan kenyataan ini diskong oleh laporan Joceline Tan di dalam THE STAR yang menyebut:His approach met with approval from Youth delegates for they broke into loud applause at the mention of Dr Mahathirs name.Walaubagaimanapun seorang pemimpin dari sayap-sayap Umno itu ternyata tidak dapat menahan emosinya malah melepaskan bisa-bisa yang bersarang dimulutnya tanpa memperdulikan larangan tadi. Kerana itulah saya bawakan perumpamaan Melayu di atas serta kisah sang monyet itu kerana rupa-rupanya dalam ramai-ramai ada juga seorang yang menggelupar kepedasan lantaran barangkali tertelan dan terkunyah terlalu banyak cili!Beliau yang dimaksudkan adalah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Rafidah Aziz. Manakan tidak, selain jambatan bengkok, Rafidahlah yang teruk dikiritik dan dilondehkan oleh Tun dalam kritikan-kritikan beliau sebelum ini.Oleh itu tiada gelanggang yang lebih sesuai bagi tokoh Wanita yang lewat usianya ini melainkan menggunakan pentas dimana beliaulah ketuanya iaitu Perhimpunan Wanita, untuk melepaskan dendam kesumat dan kemarahannya yang tidak ada batas terhadap Tun yang pernah beliau julang dan junjung satu ketika dahulu.Sikap Rafidah ini terbukti apabila Joceline melaporkan:Delegates at the Wanita and Puteri wings appeared to side step the Tun issue although the Wanita chief made what many saw as a veiled attack on the former Premier.Rafidah dilaporkan menggunakan kesempatan memukul curi dan menyerang Tun di dalam ucapannya dengan pendekatan penuh licik namun boleh dibaca banyak pihak. Antaranya beliau menyebut:Bahkan, ada yang tidak betul samasekali, dan ada yang memudharatkan negara, terutama apabila Pemimpin dan Kerajaan dikecam, dan dihina. Tuduhan-tuduhan yang berunsur fitnah, nampaknya menjadi lumrah sekarang. Perlu diingatkan bahawa, titisan air yang berterusan ke atas batu, akan, lama kelamaan, menghakis batu itu, dan akhirnya, dengan kesan sejuk dan panas, batu itu akan retak, dan pecah.Memang isu berkenaan AP dan kaitannya secara langsung dengan Rafidah telah Tun bangkitkan banyak kali sehinggakan Rafidah sudah seolah tiada tempat lagi berlindung sehinggalah Presiden Umno, Abdullah Badawi mengambilnya dan dimasukkan ke dalam kem beliau. Rafidah pernah mengeluarkan enyataan meminta agar Tun duduk diam dan jangan dipedulikan lagi. Beliau menganggap teguran-teguran Tun itu sebagai batu penghalang kemajuan Umno dan kerajaan tanpa mengambil pusing adakaah ianya berasas ataupun tidak.Rafidah menyebut:Jika mana-mana individu atau pihak, mendesak supaya suara mereka sahaja yang diterimapakai, maka ini jelas bertentangan dengan proses dan konsep, demokrasi yang telah sekian lama menjadi amalan Parti dan negara. Dan, ini menafikan hak yang ramai, iaitu yang majoriti untuk bersuara, dan menentukan pilihan mereka.Demikianlah gelagat orang yang kepanasan. Bagaikan sang monyet tadi, kasihan entah sungai atau air terjun mana yang diselamkan kepalanya untuk mematikan kepedasan tadi. Kasihan Rafidah.
sila ke blog ROSLAN SMS:
http://n32.blogspot.com/

Thursday, November 16, 2006


Pejabat Ezam dipecah masuk, ada kaitan dengan laporan rasuah
Thu Nov 16, 06 02:21:04 PM Oleh Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) - Pejabat Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) dilaporkan telah dipecah masuk awal pagi tadi selepas aktivis Gerak pulang dari siri Jelajah Penerangan Gerak di Perlis, Pulau Pinang dan Kedah, kata Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor kepada Harakahdaily hari ini.
Menurut Ezam, beliau dan Koordinatir Eksekutif Gerak, Badrul Hisham Shahrin terkejut mendapati pejabat Gerak telah dipecah masuk sekembalinya mereka dari siri jelajah Gerak pagi tadi.
Kunci dipecahkan
"Kunci pintu hadapan pejabat telah dipecahkan. Semua laci yang berkunci juga telah dipecahkan anehnya tiada satu pun barang berharga yang hilang termasuk beberapa komputer riba (laptop) yang diletakkan dalam laci berkunci yang telah dipecahkan", kata Ezam lagi.
Siasatan awal yang dibuat Gerak mendapati hanya beberapa dokumen yang membabitkan laporan rasuah hilang, kata Ezam.
Fail rasuah hilang
"Beberapa fail dan 'pen drive' juga turut hilang. Pihak keselamatan bangunan telah memulakan siasatan dan laporan polis telah pun dibuat pada jam 10.19 pagi ini di Balai Polis Kelana Jaya. Laporan bernombor (K.Jaya/009097/06)," kata Ezam. Gerak mengesyaki kejadian ini berkait langsung dengan laporan polis yang dibuat badan itu yang membabitkan beberapa pemimpin utama negara dan ahli keluarga mereka termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anaknya Kamaluddin Abdullah.
Ia juga disyaki berkait dengan kempen pendedahan serta penerangan Gerak berhubung perkara tersebut yang telah bermula sejak seminggu lalu, katanya.
Gerak akan terus menjalankan operasi di pejabat yang sama dan kejadian tersebut tidak menjejaskan tumpuan badan itu untuk terus berjuang memerangi rasuah, katanya.
Abdullah cakap kosong
Dalam perkembangan lain Gerak percaya kenyataan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung semalam yang kononnya bersungguh sungguh memerangi rasuah dan mengajak semua pihak membantunya merupakan satu kenyataan kosong dan retorik semata-mata.
Gerak hanya percaya kepada komitmen Perdana Menteri untuk memerangi rasuah sekiranya beliau berani membuat pindaan perundangan di Parlimen untuk membebaskan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dari struktur Jabatan Perdana Menteri itu sendiri dan meletak BPR terus di bawah Parlimen secara langsung, katanya.
Gerak ingin mengingatkan rakyat sepanjang tiga tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri, tidak ada satu pun pindaan undang undang yang membabitkan akta rasuah dibuat untuk memperkasakan BPR.
Gerak yakin Abdullah telah berbohong kepada rakyat khususnya perwakilan Umno semalam, katanya.
Abdullah perlu letak jawatan lepas perhimpunan
Berdasarkan pendedahan kes–kes korupsi mutakahir ini yang membabitkan salah guna kuasa, beliau sendiri sebagai PM dalam memperkayakan anak dan menantu beliau, Abdullah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan moral dan jati diri untuk memerangi rasuah.
Gerak menyeru Abdullah untuk secara jujur mengakui ketidak kemampuan beliau untuk melaksanakan tugas besar ini iaitu memerangi rasuah.
Sehubungan itu Gerak mendesak Abdullah untuk meletakkan jawatan di akhir Perhimpunan Agung Umno kali ini, katanya.

Wednesday, November 15, 2006

Kelantan terbukti cemerlang di bawah PAS.




Dalam sibuk Umno menjalankan perhimpunannya di PWTC di Kelantan, Dewan Undangan Negeri nya sedang bersidang bagi sessi Belanjawan 2007.Hari in adalah hari terakhir dan sebentar tadi saya sempat mengikuti sessi penggulungan pihak kerajaan negeri melalui Kelantan TV di http://www.kelantan.tv/ sehinggalah siarannya terganggu.Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah pencapaian kerajaan negeri Kelantan di bawah kerajaan PAS yang sangat membanggakan kita. Menurut Dato Hj Husam Musa EXCO Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, kerajaan Kelantan telah berjaya

memperolehi pencapaian yang baik bagi tahun kewangan 2005.Menurut laporan, kerajaan Kelantan menjangkakan ianya akan memperolehi defisit bagi tahun 2005 sebanyak RM35juta, akan tetapi hasil dari perbelanjaan dan kutipan hasil yang berhemah ia telah berjaya memperolehi lebihan ataupun surplus sebanyak RM170,000 (walaupun nampak kecil tapi jarang-jarang ada kerajaan negeri yang memperolehi surplus sebegini)Manakala dalam belanjawannya untuk tahun 2005 ia menjangkakan akan berjaya mengutip hasil sebanyak RM276.82 juta akan tetapi hasil dari kesungguhan kerajaan negeri sebanyak RM318.06 juta telah berjaya dipungut. Ini merupakan satu pencapaian yang besar yang saya kira antara negeri yang terbaik di Malaysia dan sudah pasti kerajaan negeri ini juga adalah yang terbaik bagi Kelantan sejak Merdeka.Kelantan selama ini dianak-tirikkan oleh semua pihak khasnya kerajaan Persekutuan yang dikuasai Umno/BN atas alasan ianya adalah kerajaan pembangkang. Semalam pun kita mendengar wakil Umno dari Kelantan berucap di PWTC bahawa PAS adalah musuh mereka nombor satu.Tiba-tiba parti yang dikatakan tiada pengalaman, parti tok lebai, parti yang tak boleh bawa kemajuan dan pembangunan, parti pemecah-belah masyarakat rupa-rupanya begitu beramanah dan menguruskan wang rakyat dengan begitu berhemah dan cemerlang!PAS Kelantan telah berjaya membuktikan bahawa dasar Membangun Bersama Islam mereka berjaya membawa kejayaan bagi negeri tersebut.Saya kira sudah tiba masanya masyarakat Malaysia khasnya masyarakat Melayu/Islam melihat perkembangan ini dan membuat perbandingan ikhlas dengan kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN. Kalau dalam keadaan terkekang dan tertekan, kerajaan negeri PAS Kelantan boleh memperolehi kejayaan cemerlang seperti ini bayangkanlah kalau mereka menguasai negeri-negeri lain dan menyumbang pula dalam kerajaan persekutuan yang baru!Umno di PWTC sedang bergelut dengan masalah perpecahan, rasuah, dasar ekonomi dan pencapaian Bumiputera, berbuih mulut mengulangi perkara yang sama dari tahun ke tahun. Tetapi di Kelantan kita melihat sekelompok bangsa Melayu/Islam lain yang lebih kecil dari Umno, tetapi berjaya mengurus rakyat dan negeri yang diamanahkan kepada mereka dengan cermat, baik dan berjaya.Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berfikir dan memberi peluang kepada mereka yang lebih tulus dan ikhlas, yang lebih layak dan berwibawa. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita merenung dan merealisasikan ayat Allah dalam surah al Maaidah ayat 54-56:Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah AllahDan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.



KOTA BHARU, 15 Nov.: Kelantan negeri pertama di negara ini yang menaja caruman Takaful kepada warga emas yang berumur 61 tahun ke atas tanpa mengira bangsa dan agama.
Mengikut bancian terdapat 97,970 warga emas yang berumur 61 tahun ke atas di Kelantan dan mereka layak mencarum bagi mendapat manfaat apabila berlaku kemalangan dan kematian. Skim itu dikenali sebagai Skim Perlindungan Sosial Tengku Anis, di mana Raja Perempuan Kelantan sebagai penaung, yang julung-julung kali diwujudkan di negara ini. Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap keluarga pencarum yang meninggal dunia akan menerima 50 peratus daripada ganjaran yang diperuntukan Takaful. Dan bakinya akan dimasuk dalam dana pusingan. "Bagi tujuan ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta. Serentak dengan pelancaran skim ini juga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM250,000 untuk urusan banci sosial bagi mendaftar rakyat Kelantan yang layak," katanya ketika membentangkan Belanjawan Kelantan 2007 di persidangan Dun hari ini. Teks ucapannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa. Pada bajet itu juga kerajaan negeri menambahkan peruntukan kepada program Bulan Sembahyang kepada RM1 juta berbanding RM52,000 pada 1992 bagi melahirkan masyarakat berjiwa mesra ibadat

Rais akui konspirasi MT Umno kalahkan Dr M di Kubang Pasu - Raja Petra
Wed Nov 15, 06 06:59:02 PM Oleh Abu Bakar Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Pengendali laman berita Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berkata, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato Seri Rais Yatim yang menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini mengakui kebenaran pendedahannya dalam laman web berita itu mengenai konspirasi di peringkat Majlis Tertinggi Umno (MT) untuk memastikan bekas Perdana Menteri dikalahkan dalam pemilihan perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno ketika mesyuarat agung Umno Bahagian Kubang Pasu baru-baru ini.
"Sah! Rais Yatim menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di hospital beberapa hari lalu dan mengakui apa yang ditulis Malaysia Today dalam Dolahgate dan Operation Deep Throat adalah benar.
"Siapa kata Malaysia Today menulis perkara tidak benar? Sudah tentu ia benar. Jika tidak, mereka tentu membuat laporan polis dan hari ini saya mungkin berkongsi lokap dengan Razak Baginda," kata Raja Petra.
Sebelum ini, ketika mengulas laporan Malaysia Today itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar meminta Presiden dan semua ahli MT membuat pengakuan bersumpah untuk menafikan apa yang tersiar dalam laman berita itu di mana mesyuarat MT dilaporkan sebagai mengarahkan Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya memastikan Dr Mahathir kalah.
Dengan pengakuan bersumpah juga, beliau meminta Presiden dan semua ahli MT menafikan laporan dalam rencana itu bahawa arahan untuk memastikan Dr Mahathir dikalahkan asalnya direkodkan dalam minit mesyuarat tetapi kemudiannya dipadamkan dan minit itu dipinda apabila Rais menyedari perkara yang menyalahi perlembagaan itu diminitkan.

Kemiskinan di Perak dan Terengganu atasi Kelantan


Kemiskinan di Perak dan Terengganu atasi Kelantan.
Dilulus terbit oleh Webmaster pada Thursday, November 16 @ 06:35:31 MYT
by Husam Musa

Bilangan isi rumah di dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih besar dari negeri Kelantan. Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk ‘Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9’.Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut;1. Sabah - 32,2972. Terengganu - 8,3003. Perak - 5,7304. Sarawak - 5,243 5. Kedah - 4,9386. Kelantan - 3,550Perhatikan, Terengganu, dengan kekayaan minyak yang demikian besar dan dengan jumlah penduduk yang kecil, mempunyai bilangan sis rumah miskin tegar yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain. Mengikut kertas tersebut, peratus kemiskinan Terengganu ialah 15. 4%, berbanding Kelantan 10.6%.Angka rasmi ini, memberikan gambaran yang berbeza dari apa yang diberikan oleh Pengerusi Umno Kelantan dalam siaran langsung di TV 1, malam semalam....................http://www.cetusan-hati.blogspot.com/

Tuesday, November 14, 2006

Pecah Amanah : Pengerusi Golden Pharos Bhd Di Pecat ?

Pecah Amanah : Pengerusi Golden Pharos Bhd Di Pecat ?
Dilulus Oleh:Bukitbesi Online Sunday 12 November 06 08:51:40 HKT
-->
Oleh TukulBesi

Golden Pharos Bhd adalah sebuah anak Syarikat Kerajaan Terengganu di bawah SEDC.Sebuah syrikat yang dianggap gergasi dan memberangsangkan kerana ianya di senaraikan di papan utama BSKL.
-My Sponsor Links-Ketika Kerajaan Terengganu di ambil alih oleh PAS di akhir tahun 1999, syarikat ini agak tenat.Kerajaan PAS ketika itu telah mengamanahkan Dato' Mustaffa Ali sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Tersebut.Dato' Mustafa Ali dengan pengalaman ekonominya telah berjaya mengemilangkan syarikat tersebut dengan keuntungan berturut-turut selama empat tahun, malah memulihkan syarikat yang hampir musnah itu.Kini setelah Kerajaan Terengganu diambil dengan penipuan oleh Umno/BN di gelar dengan bestari, gemilang, cemerlang dan terbilang itu Syarikat tersebut telah di amanahkan kepada Nasir Tansri Ibrahim Fikri ADUN Bukit Tunggal yang juga merupakan Ketua Bahagian Umno Kuala Nerus.Dengan pengalaman perniagaan beliau kononnya melalui Detra Bina dan pelbagai pengalaman lain semua menaruh harapan beliau mampu menerajui syarikat tersebut.Walaupun sebelum ini dikhabarkan perlantikan beliau itu sendiri ditentang dan tidak dipersetujui oleh seorang exco yang juga berasal dari bahagian Kuala Nerus.Apa yang menjadi tandataya ialah dalam bulan september 2006 riuh sekitar Wisma Darul Iman yang beliau telah di pecat Oleh Idris Juga selaku Pengaeri kepada PMNIT merangkap Menteri Besar Terengganu.Berita ini cuba di tutup, malah laman web Goden Pharos Bhd. juga masih meletakkan nama beliau sebagai pengerusi.Sehinggalah semasa sidang DUN baru lalu seorang ADUN telah membawa usul tergempar bagi membincangkan " Pecah Amanah/ Salahguna kuasa oleh Pengerusi syarikat tersebut".Speaker menolak usul tersebut dengan alasan ianya tidak perlu disegerakan. Ini menimbulkan tandatanya dikalangan rakyat Terengganu, kerana tiada kenyataan menafikan dari Pihak Kerajaan negeri melalui Menteri Besar atau Nasir Ibrahim Fikri itu sendiri.Malah ada maklumat menyatakan perkara ini telah disahkan oleh seorang exco serta seorang AJK Umno Kuala Nerus sendiri.Bagi kita rakyat biasa, amatlah mengharapkan agar satu kenyataan rasmi oleh Kerajaan negeri bagi menjelaskan kepada rakyat, kerana kita semua tahu video sidang DUN tersebut telah disiarkan secara langsung malahan VCDnya juga dijual dimerata rata tempat diseluruh semenanjung.Tukulbesi: Terima SMS dari Kawan :"Nasir Ibrahim Fikri pernah dapat projek pembinaan Rumah kakitangan TNB di Panji Alam, projek tersebut terbengkalai (Cabut lari) dan disambung oleh kontraktor lain......??????"buletinonline

Teluskah Kerajaan Terengganu..

Teluskah Kerajaan Terengganu?????Posted on Tuesday, November 14 @ 21:21:36 MYT by webmaster

Saya anak Terengganu. Anak jati negeri ulik mayang ini dibesarkan di Seberang Takir, sebuah perkampongan nelayan yang tidak indah, namun menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Dan, bila saya membaca laporan Malaysiakini yang memuatkan kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rosol Wahid mengenai projek-projek di Terengganu, saya seperti naik cemuuh (lagi!). Muak sungguh!Saya tidak menafikan kenyataannya bahawa sebahagian besar projek-projek yang terdapat di Terengganu telah diberikan kepada anak tempatan. Ini memang sangat benar sekali. Tetapi, seeloknya sila jelaskan siapakah anak tempatan itu? Malah, beliau seharusnya turut sama membentangkan bagaimanakah tatakaedah projek-projek itu telah diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang melibatkan anak tempatan tersebut?Apakah projek pembinaan lapangan Equestrian di Lembah Bidong, Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Stadium Tertutup dan naiktaraf Lapangan Terbang di Gong Badak, Pembinaan Universiti Darul Iman Malaysia di Besut --> itu semuanya telah melalui suatu proses tender terbuka, ataupun ia telah dianugerahkan kepada puak-puak tertentu? Jika ada pun tender yang dilakukan, bukankah ia hanyalah proses untuk mengelabui mata khalayak, kononnya pemberian tender ini sudah terjamin ketelusannya?Demikian juga pembinaan jalanraya di seluruh Terenganu. Sejauh manakah beliau dapat memastikan bahawa memang tiada unsur kronisme dalam pembahagian tender-tender tersebut? Adakah pembinaan dan naiktaraf sesetengah jalanraya itu benar-benar mendesak, atau projek tersebut sengaja diada-adakan semata-mata memberi ruang untuk memunggah khazanah negeri? Mana lembaga berkecuali yang memantau kesemua projek-projek ini?Sementara itu, mengapakah kontraktor yang sudah hilang kredibiliti – kerana gagal dalam projek sebelumnya – masih lagi dipilih? Dan, bagaimanakah boleh berlaku dalam permohonan tender, tiba-tiba ada kontraktor terpilih yang harus menerima Joint Venture (JV) dengan mana-mana syarikat kontraktor misteri? Bahkan, mengapakah ada kontraktor yang telah dipilih melalui proses terbuka untuk membangunkan suatu projek tertentu, kemudian ditarik kembali atas alasan-alasan yang kabur?Di samping itu juga, tentang kesamaran projek penambakan pantai dan pendalaman sungai di Seberang Takir. Mengapakah penjanjian untuk kerja-kerja tersebut telah mempersetujui terma pembayaran berdasarkan secara meter per kiub? Nah, di mana untungnya terma ini kepada rakyat Terengganu --> yang awal-awal lagi sangat jelas memihak kepada kepentingan kontraktor tersebut?Ekoran keraguan ini, maka saya tidak hairan bila Dato’ Seri Idris Jusoh memohon agar pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa II diserahkan kepada anak-anak tempatan. Kerana definisi yang tepat kepada makna anak-anak tempatan ini ialah kalangan kroninya. Tuduhan ini bukan sebarangan. Apatah lagi melihat barisan exco Kerajaan Negeri Terengganu – yang rata-rata terdiri dari kontraktor – maka sangkaan ini tidaklah jauh tersasar.Sayang sungguh, Jawatankuasa Hisbah yang diwujudkan oleh Kerajaan PAS Terengganu di bawah pimpinan Tun Salleh Abas sebelum ini telah pun dihapuskan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Jika tidak, barangkali ‘pembohongan bodoh’ puak-puak yang rakus ini mudah sekali dibongkar sekiranya dianggotai oleh mereka yang berintegriti. Tetapi, kini siapakah yang punya wewenang untuk melakukan pemantauan ini?Sebab itu, saya begitu cenderung memilih sikap untuk membenarkan semua serangan Tun Dr. Mahathir terhadap dominasi Patrick Badawi. Melalui Menteri Besar boneka, Terengganu telah dijajah buat kesekian kalinya setelah penjajahan Siam, Jepun dan British. Harta dari ghanimah politik kini sedang lahap dibahagi-bahagikan sesama pembesar. Manakala, bendahara menteri di Putrajaya pula kian haloba sembari menanti-nanti kiriman ufti yang berikutnya."

Presiden PAS Lawat Dr Mahathir di IJN

Presiden PAS lawat Dr Mahathir di IJN Dilulus terbit oleh Webmaster pada Tuesday, November 14 @ 07:02:30 MYT

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama beberapa pemimpin tertinggi lain, menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11 pagi tadi.Ketibaan beliau bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dan AJK PAS, Haji Mahfuz Omar disambut pihak pengurusan IJN serta Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Dato' Ibrahim Ali.
Ustaz Hadi meluangkan masa hampir setengah jam berbual dan beramah mesra dengan Tun di Wad Bunga Raya A5. Sewaktu beliau tiba, turut kelihatan menziarahi Tun ialah Menteri Pelancongan, Dato' Seri Tengku Adnan Mansor dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin.
"Alhamdullilah, beliau kelihatan semakin baik, berbual mesra dan ceria," kata Ustaz Hadi ketika ditanya wartawan Harakahdaily mengenai kesihatan Tun.
"Kami hanya berbual hal-hal kesihatan sahaja," katanya.
Ustaz Hadi turut mendoakan agar Tun pulih dan sihat seperti sediakala dan mengharapkan agar Tun dapat menyumbangkan buah fikirannya kepada negara.
"Walaupun beliau sudah bersara, buah fikiran beliau sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri perlu dihormati," katanya.
"Walaupun PAS sebagai pembangkang, PAS tetap menghormati pandangan beliau yang perlu diambil kira oleh rakyat dan negara," katanya.
Beliau bersama pimpinan PAS keluar dari wad IJN kira-kira jam 11.30 pagi dengan dikerumuni oleh pihak media yang sememangnya sudah 'berkampung' di IJN semenjak Tun dimasukkan pada 9 November lalu kerana menghadapi serangan jantung ringan. - lanh