
"Kita akan datang dengan satu rombongan untuk berjumpa SPR," katanya pada sidang akhbar di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) sempena Muktamar Tahunan PAS di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa SPR bersetuju pada dasarnya cadangan PAS yang mahukan SPR mengadakan proses cap jari setiap pemilih sebelum membuang undi.
Katanya PAS menyambut baik penerimaan itu dan parti itu akan mengkajinya secara terperinci mengenainya terlebih dahulu sebaik sahaja menerima jawapan tersebut secara rasmi.
Katanya ini membabitkan bagaimana proses itu akan dilaksanakan bagi mempastikan ia benar-benar adil kepada semua pihak.
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata masih banyak lagi permintaan yang dikemukakan parti itu belum diberi jawapan oleh SPR termasuk proses undi pos dan daftar pemilih.
Sementara itu, pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir pada sidang akhbar itu berkata PAS tidak akan menggunakan satu lambang sahaja hasil gabungan dengan parti pembangkang yang lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kelak.
Ini disebabkan gagasan itu tidak dapat memenuhi syarat gabungan tujuh parti sedangkan jumlahnya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan SPR, katanya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment