Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)
Sahabat baik Abdul Razak Baginda (yang kini sedang berhadapan dengan kemungkinan dikenakan hukuman gantung jika sabit kesalahan atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, bersama Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar) iaitu anak Razak Hussein, (Najib) berkata rakyat Kelantan perlu mengkaji prestasi kerajaan Pas Kelantan.
Katanya masa 17 tahun Pas memerintah Kelantan adalah terlalu lama. Beliau membuat gesaan itu ketika berucap di Selising, Pasir Puteh Kelantan. Anak Razak itu membuat kunjungan kerja ke Kelantan kelmarin dalam rangka untuk menipu rakyat agar mengundi BN.
Sebelum dihuraikan mengenasai saranan Najib itu, apakan dia sedar atau pun ‘mamai’ bahawa Umno dan BN lagi lama memerintah Malaysia. Lama tidak menjadi masalah, tetapi BN dan Umno semakin hari semakin buruk dan membusuk dan menzalimi rakyat. Lama kalau bagus dan menepati citarasa dunia dan akhirat ia perlu dikekalkan.
Apa agak prestasi yang perlu dikaji oleh rakyat Kelantan seperti mana kehendak dan saranan Najib itu? Beliau tentu berharap selepas rakyat Kelantan membuat kajian, hasil kajian itu menguntungkan pihaknya.
Kita sebutkan kepada Najib, beliau tidak payahlah suruh rakyat Kelantan membuat kajian tentang prestasi Kerajaan Kelantan. Ternyata prestasi Kerajaan Kelantan hari ini berada ditahap cukup membanggakan. Kalaupun Kerajaan Kelantan kini masih belum cemerlang, gemilang dan terbilang namun Kerajaan Kelantan tidaklah temberang seperti Kerajaan Umno.
Najib diingatkan jangan cuba hendak mengajar rakyat Kelantan, yang pada kita mereka lebih cerdik dan gentleman didalam politik. Tindakan Najib menyuruh rakyat Kelantan buat kajian itu sepertilah mengajar itik pandai berenang.
Rakyat Kelantan sering buat kajian dan tindakan.
Untuk pengetahuan Najib rakyat Kelantan pernah membuat beberapa kajian terhadap prestasi Kerajaan Kelantan yang lalu dan seterusnya membuat tindakan politik yang membelalak mata orang-orang politik.
Tahun 1969, rakyat Kelantan telah membuat kajian ke atas Kerajaan Perikatan masa itu. Hasil kajian itu menyebabkan rakyat Kelantan menolak kapal layar (lambang Perikatan) dan memilih bulan bintang (lambang Pas).
Kira-kira 18 tahun kemudian tepatnya tahun 1978 sekali lagi rakyat Kelantan telah membuat kajian dan bertindak atas kajian itu mereka telah menolak kerajaan Pas pula. Rakyat Kelantan hancurkan bulan purnama dan memilih dacing. Semua kerusi Pas hanyut dan hanya lekat dua kerusi saja sebagai menjadi batu nisan.
Sekali lagi 12 tahun selepas itu, dalam tahun 1990, rakyat Kelantan tanpa disuruh dan dipaksa dan diupah telah membuat kajian dan tindakan perubahan. Hasilnya mereka telah membuang dacing yang senget dan memulihkan semula bulan purnama yang mereka hansurkan dulu. Mereka juga turut menaikan angka keramat 46 yang menjadi lambang parti bernama Parti Melayu Semangat 46.
Tindakan dan kajian terhadap prestasi rakyat Kelantan ke atas Kerajaan Umno pimpinan Muhammad Yaacob itu sungguh menakjubkan dan satu sejarah mungkin tidak akan berulang apabila kesemua kerusi Umno baik Parlimen atau negeri kalah.
Tidak payah suruh dan ajar rakyat Kelantan sebaba mereka tahu tangungjawab dan amanahnya. Apakah Najib fikir ketika ini setelah 17 tahun Nik Abdul Aziz memerintah Kelantan maka rakyat Kelantan perlu membuat kajian. Kajian apa, Jib?
Rakyat Kelantan sentiasa peka
Najib janganlah mengahrap rakyat Kelantan akan membuat kajian dan akan menolak Pas di Kelantan pada pilhan raya akan Kelantan. Mata rakyat Kelantan tidak buta. Telinga mereka tidak tuli, dan hidung mereka juga tidak mati bau. Mereka senantiasa melihat, mendengar dan menghidu.
Apa yang indah dan menarik mereka tenguk. Apa yang sedap dan merdu mereka dengar dan apa yang wangi mereka akan hidu.
Rakyat Kelantan pandai menilai mana intan mana permata. Mana parti dan mana pemimpin yang boleh mereka gantungkan harapan membela mereka. Mana yang boleh menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat. Bukan itu saja rakyat Kelantan juga bukan menilai cakap dan janji pemimpin dan parti politik. Tetapi lebih jauh daripada itu mereka mengkaji dan menyelidiki latar belakang dan hati perut para pemimpin itu tanpa mengira mereka dari Pas atau BN.
Sebenarnya tidak ada sebab buat masa ini untuk rakyat Kelantan membuat pengubahan kepada kerajaan yang ada. Tidak banyak perbubahan dan kebaikan sekiranyan rakyat Kelantan mengundi BN. Kebajikan rakyat Kelantan pada masa ini dikira sudah mencukupi. Apa yang tidak ada di negeri lain yang diperintah BN, ada di Kelantan.
Pelbagai skim kebajikan diperkenalkan
Misalnya skim takaful khairat kematian, - Kifalaah yang diperkenalkan satu-satunya wujud di Kelantan. Skim itu sungguh meruja para pemimpin Umno. Mereka terdesak apabila Kelantan memperkenalkan skim berkenaan. Melaka, Perak dan Pulau Pinang dikatakan berminat untuk melancarkan skim sama mengambil aspirasi dari Kelantan.
Selain itu banyak lagi intensif dan aktiviti kebajikan yang dilaksanakan di Kelantan; bantuan kepada ibu tunggal, para belia, petani miskin menerusi penberian kambing (Zulnapari) dan biri-biri dan sebagainya. Walaupun ianya tidak seberapa tetapi telah menjelaskan akan komitmen dan iltizam Kerajaan Kelantan untuk membantu rakyat.
Kesimpulannya tidak ada apa keperluan untuk rakyat Kelantan akur kepada saranan Najib agar mengkaji prestasi Kerajaan Kelantan hari ini. Sepatutnya Najib ke Kelantan bukan merombak apa yang sudah elok dan menepati kehendak orang Melayu di negeri itu, sebaliknya Najib menyarankan kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia agar menilai prestasi Umno/BN yang sudah setengah abad memerintah Malaysia. Itu yang paling afdalnya. – Reformasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment