Sunday, June 3, 2007

Bekas pemuda mendapat tempat dalam AJK Pusat

Saidah Hairan Mon Jun 04, 07 12:25:28 PM
KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Tiga mantan pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat diberi kepercayaan perwakilan memikul tanggungjawab di peringkat PAS Pusat sebagai anggota jawatankuasa yang baru.
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->
Mereka iaitu mantan Timbalan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, naibnya, Mazlan Aliman dan ketua penerangan, Hanipa Maidin menjelaskan tidak terduga diberi peluang berada dalam saf kepemimpinan parti peringkat Pusat.
Mazlan ketika ditemui tidak pernah menduga untuk menang kerana persaingan bagi merebut jawatan anggota jawatankuasa PAS Pusat cukup hebat jika dibanding dirinya yang dianggap kerdil.
Beliau berkata, mungkin itu satu penghargaan daripada parti dan sebagai anak muda tentulah mereka mengharapkan perkhidmatan lebih baik untuk menggalas amanah sekadar.
"Saya akan lakukan yang termampu dan terbaik demi perjuangan Islam," jelas beliau.
Idris yang telah tiga penggal berada dalam jawatankuasa PAS Pusat turut bersyukur kerana dalam pemilihan kali ini beliau berada di tempat kedua selepas Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Insya-Allah saya akan berikan penumpuan tugas dalam apa sahaja lajnah yang akan diamanahkan nanti, " katanya.
Beliau berjanji akan memberi penekanan untuk pemantapan gerak kerja khususnya pembinaan keyakinan di kalangan ahli PAS.
Katanya, penekanan itu perlu bagi jentera parti yakin untuk menghadapi pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.
Menyentuh tiga wakil Dewan Pemuda berada dalam anggota PAS Pusat katanya, ia menggambarkan kepercayaan perwakilan terhadap golongan Pemuda. - mj

No comments: