Sunday, June 3, 2007

Nasharuddin dan dua Naib Presiden kekalkan jawatan

Wan Nordin, Salmiyah, Azamin dan Intan Sun Jun 03, 07 01:16:27 PM
KOTA BHARU, 3 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengekalkan kedudukannya dengan 574 undi menewaskan bekas Ketua Dewan Ulama Ustaz Dato' Harun Taib (367 undi) bagi pemilihan jawatan tersebut.
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->
Sementara dua penyandang jawatan Naib Presiden, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu mengekalkan jawatan masing-masing dan perwakilan telah memilih seorang muka baru bagi jawatan tersebut iaitu, Ustaz Ahmad Awang.
Husam memperolehi 831 undi, sementara Mohamad Sabu (666) dan Ahmad Awang (427).
Bagi pemilihan jawatan AJK PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mendahului pungutan undi perwakilan dengan 821, sementara, 17 lagi AJK yang lain dimenangi oleh, Ustaz Idris Ahmad (763), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (744) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (681), Dr Syed Azman Syed Ahmad ( 668), Dr Lo'Lo Mohd Ghazali (651), Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (639), Hanifa Maiden (636).
Mujahid Yusof Rawa (620), Ir Amiruddin Hamzah (605), Ustaz Azizan Razak (601), Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib (584), Dato' Annuar Tan Abdullah (543), Dr Zulkifli Ahmad (541) Mazlan Aliman (537), Nik Amar Nik Abdullah (552) Ustaz Dato' Abdul Halim Abdul Rahman (515) dan Dato' Takiyuddin Hassan (504).
Manakala dua Pemeriksa Kira-kira PAS Pusat bagi sesi 2007 - 2009 dimenangi oleh Abdul Malik Yusof dan Mohd Rashidi Hassan.
Pengumuman keputusan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Ke-53, Dato' Wan Mutalib Embong selepas selesai sesi penggulungan perbahasan Ucapan Dasar Presiden dan Usul sempena Muktamar PAS kali ke-53 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik).
Perwakilan menyambut keputusan itu dengan laungan takbir setelah selesai Wan Mutalib membacakannya.- mks.

No comments: