Wednesday, January 23, 2008

Daftar pemilih, DAP kesan 35 pengundi usia lebih 100 tahun

Wan Nordin Wan Yaacob Thu Jan 24, 08
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Hrkh) - Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP) semalam mendedahkan nama 35 pengundi yang berusia lebih 100 tahun, termasuk yang lahir pada tahun 1880, dalam daftar pemilih di Petaling Jaya Utara yang diwartakan dalam suku tahun ketiga tahun lalu. -->
Setengah daripada mereka dilahirkan pada tahun 1880, dan ia bermakna mereka berusia 128 tahun, kata Penasihat Ekonomi parti itu, Tony Pua dalam satu laporan akhbar versi internet semalam.
Beliau percaya mungkin ada antaranya yang telah pun meninggal dunia, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum membersihkan daftar pemilih, katanya.
Beliau juga menunjukkan kepada wartawan mengenai 21 alamat yang terdapat masing-masing mempunyai 20 orang pengundi berdaftar.
Ia mungkin kerana mereka yang telah berpindah dari alamat tersebut, tidak memaklumkannya kepada SPR untuk dikemaskini, katanya.
"Terdapat lebih daripad 20 orang dalam sebuah rumah. Ia jelas satu kesilapan, dan SPR mesti menyiasatnya,
Menurut Pua, terdapat juga 1,358 daripada 76,193 pengundi di Petaling Jaya Utara yang tidak mempunyai alamat kediaman yang lengkap.
"Ini membuat individu terbabit sukar dikesan kerana mereka tidak mempunyai nombor rumah. Mungkinkah mereka ini pengundi hantu yang dibawa masuk oleh Umno?" soalnya.
Sementara itu, Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San juga berkata, SPR melakukan terlalu banyak kesilapan maklumat dan ini menimbulkan masalah kepada pengundi berdaftar.
Beliau menerima aduan dari penduduk Seksyen 20 Petaling Jaya bahawa mereka didaftar untuk mengundi di dua kawasan berlainan.
"Seorang telah disenaraikan mengundi di Seksyen 20 Shah Alam manakala yang lainnya di Sekseyen 20 Petaling Jaya. Ini jelas kesilapan memasukkan maklumat.
"Mengapakah SPR menjadi begitu tidak cekap? Kita perlu senarai pemilih yang bersih dan dikemaskinikan," katanya.
Beliau juga membangkitkan isu di mana sejumlah 232 orang yang mendaftar melalui pondok DAP pada bulan Ogos 2006 hingga Disember 2007 belum lagi dimasukkan ke dalam senarai pemilih yang telah dikemaskini.

Rakyat derita jika BN terus diberi mandat

KOTA BHARU, 24 Jan (Hrkh) -PAS sangsi Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan negara sekiranya BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terus mendapat mandat mentadbir negara. -->
Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa meminta supaya BA diberi peluang memimpin negara, sekaligus menyelesaikan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kerajaan BN.
Menurutnya lagi, lebih lama masa diberikan untuk kepimpinan lemah seperti Abdullah, negara akan kehilangan arah tuju yang lebih jauh.
"Saya rasa rasa kepimpinan lemah kalau diberi seribu tahun juga tidak akan selesai masalah, malah masyarakat akan terus menjadi mangsa," katanya ketika diminta mengulas oleh wartawan berhubung permintaan Abdullah untuk mendapat mandat baru dalam pilihan raya umum nanti.
Perdana Menteri antara lain menyatakan bahawa beliau memerlukan masa untuk menunaikan program pembangunan yang dijanjikannya.
Menurut Abdullah, program pembangunan BN yang sedang dirancang memerlukan masa yang panjang (antara 20 hingga 30 tahun) sebelum dapat dinikmati rakyat.
Husam mengingatkan untuk pilihan raya umum yang dijadualkan dalam masa terdekat ini perlu di wujudkan perimbangan kuasa antara pemerintah dan pembangkang dan bukannya mandat besar kepada pemerintah sekali lagi.
"Masalah paling besar selepas pilihan raya umum 2004 ialah kerana terlebih kuasa atau 'over power' di mana BN ada kerusi 90 peratus di parlimen dan di beberapa negeri sifar pembangkang ," katanya.
Ini katanya menyebabkan BN merasa selesa dan tidak perlu bersungguh-sungguh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat dan negara.
"Kita kena kena imbang kuasa, baru keluar peluh ya, kalau tidak berpeluh banyak lemak dan machinery tidak berjalan," ujarnya lagi.
Husam memberitahu bahawa terdapat dua isu membabitkan pentadbiran Abdullah iaitu pertama - dasar-dasar yang tidak sesuai. Kedua - kepimpinan yang lemah.
Kepimpinan yang lemah, kata beliau membawa kepada hilang kawalan kepada isu-isu besar masyarakat termasuk hilang kawalan harga barang, jenayah, moral, dadah dan sebagainya.
Husam dengan nada yakin berkata BA mampu menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan BN, termasuk isu masyarakat India, sekiranya diberi peluang memerintah.
"Kita boleh selesaikan (isu masyarakat India!) kerana falsafah kita berbeza dengan BN. Kita beri keadilan kepada semua pihak dan tidak patut mana-mana pihak di biar tertinggal," tegasnya.
Husam menjelaskan sekiranya orang Melayu dapat dibantu untuk terus bersaing dalam aktiviti ekonomi dan arus pembangunan negara, orang India juga perlu diberi bantuan yang serupa.
Cuma menurutnya masalah yang timbul kini ialah pendekatan yang digunakan. Konsep pendekatan yang digunakan Umno hanya terbukti menghasilkan beberapa kerat Melayu yang kaya raya tetapi majoriti masih menderita.
"Konsep ini salah dari awal, diberi masa lebih lama memerintah lebih ramai akan menderita," katanya.
Islam ujarnya mengutamakan keadilan tanpa mengira ras dan kaum dimana semua rakyat mesti menerima hak mereka yang asas iaitu keperluan perumahan, kemudahan pendidikan dan peluang perekonomian.
Oleh itu masyarakat India perlu dibantu dengan kemudahan perumahan, biasiswa pendidikan, pinjaman kewangan dan sebagainya.
Beliau menegaskan sekiranya Kerajaan Pusat masih tidak mempunyai formula untuk membantu masyarakat India terutama golongan pekerja estet, kelompok kaum itu akan terus daif, termasuk anak-anak mereka. - mks.

Saturday, January 19, 2008

Suwandi dan Azman di benar Ikat Jamin

Sumber dari Buletin OnLine
Ditulis oleh Wan Kay, SM Noor .Sunday, 20 January 2008
Kuala Terengganu, 20 Jan – 11.15 pagi – Peguambela, Fariz Irwan Mustaffa mengesahkan dari dalam mahkamah Kuala Terengganu bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu, membenarkan Suwandi dan Azman diikat jamin.
Berikutan penangguhan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu pada jam 8.00 malam 14 Januari lalu, terhadap Notis yang dibawa oleh Sdra Hanipa Maidin bagi membolehkan Azman dan Suwandi diikat jamin, Hakim yang menyambung sidang pada hari ini telah membuat keputusan sekitar jam 11.00 pagi pada pagi ini. Hakim membenarkan ikat jamin Azman dan Suwandi dijamin dengan jaminan RM3000 setiap seorang.
Keputusan tersebut telah disambut dengan laungan takbir ‘Allhu akbar’ oleh lebih 1000 orang yang berhimpun di luar mahkamah. Himpunan menyokong Azman dan Suwandi kemudian berzikir dan bertahmid membesarkan Allah, bersyukur dengan keputusan yang menggembirakan itu.
Himpunan dengan serta merta melancarkan derma kilat bagi mengutip sumbangan dari orang ramai untuk membiayai kos ikat jamin Azman dan Suwandi. Sebanyak RM 10,000 telah berjaya dikumpulkan dalam sekelip mata. Perhimpunan bersurai sekitar jam 12 tengahahri, dengan semua dijemput hadir ke majlis ceramah di Batu Enam pada malam ini.
Sehubungan dengan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Terngganu mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli, penyokong dan semua rakyat Trengganu. Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali ketika ditemui sejurus selepas pengumuman keputusan mahkamah membenarkan ikat jamin Suwandi dan Azman, menyatakan bahawa keputusan pada hari ini memenuhi sebahagian daripada hasrat rakyat yang mahu melihat keadilan ditegakkan.

Wednesday, January 16, 2008

Dr Hatta, pemimpin PAS bersama sembilan individu diikat jamin.

Azamin Amin Foto Nasir Sudin
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli hari ini telah dikenakan ikat jamin sejumlah RM1,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan bagi pendakwaan melanggar perintah larangan berhimpun di bangunan Parlimen pada 11 Disember tahun lalu bersama sembilan individu yang lain.

Turut sama dikenakan ikat jamin sama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi,Timbalan Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Dr Lo' Lo' Ghazali dan Pengerusi protem Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Akta Polis seksyen 27 yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Jenayah 3 pada jam 10.58 pagi tadi dan mereka diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, Muhammad Faiz Fadzil,Syed Zakaria Syed Zainal Abdin dan Latheefa Koya.
Sebelum ini Mahkamah Kuala Lumpur telah menetapkan perbicaraan kes 17 orang aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan bagaimanapun hanya 10 sahaja didakwa manakala sebahagiannya telah digugurkan pendakwaan antaranya seperti Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan Abdul Razak (kes kereta beliau yang terbakar di pekarangan balai polis).
Sementara itu dilaporkan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tian Chua yang turut didakwa telah dikenakan ikat jamin sebelum ini berjumlah RM3,000 dan kesnya bakal didengar pada 16 dan 17 April depan.
Kesemua mereka ditangkap di hadapan pintu masuk Parlimen ketika cuba menghadiri program penyerahan memorandum bantahan Bersih terhadap pindaan rang undang-undang bagi melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) khususnya Pengerusi SPR dari 65 ke 66 tahun.
Dalam pada itu Arutchelvan menyatakan bahawa beliau sedang dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak berkuasa kerana telah melakukan tindakan salah tangkapan (unlawful detention) terhadap dirinya sebagaimana yang telah berlaku ke atasa Pengarah Pilhan Raya PAS Dato' Musrafa Ali dan lain-lain lagi.
"I'm looking into it. Penahanan saya tidak sah dan tidak berlaku sebarang perhimpunan sebagaimana yang didakwa ketika saya ditangkap,"katanya.
"Arahan penangkapan ini semata-mata untuk mewujudkan rasa takut di kalangan aktivis dan rakyat supaya tidak sekali-kali menyatakan bantahan dan protes terhadap kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan," katanya sewaktu ditemui di luar pejabat pembayaran ikat jamin di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.
Dilaporkan di Mahkamah yang sama turut berlangsungnya prosiding perbicaraan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi isu Pita Video perbualan Dato' VK Lingam yang menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir sebagi saksi manakala sebelah petangnya perbicaraan kes Arsenik yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. - mks. -->

Tuesday, January 15, 2008

Anda nilai sendiri sembilan keceluparan Pengerusi SPR...

Azamin Amin Wed Jan 16, 08 9:26:07 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh)- Biarpun mulutnya 'berbuih' mencela parti-parti politik dan dibantah segala keceluparannya namun sehingga kini Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman masih menjawat jawatan tersebut tanpa sebarang tekanan, paksaan atau sebarang tindakan dikenakan atas kebiadapannya selama ini.

Malah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) dan parti-parti politik dalam Barisan Alternatif (BA) menyatakan bahawa kerajaan secara tergesa-gesa meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat sepatutnya bersara pada 31 Disember tahun lalu.
Tanpa rasa segan dan silu, Rashid menyarung kembali 'jersi' SPR malah kelihatan lebih angkuh dengan mengeluarkan kenyatan-kenyataan yang menyerang parti pembangkang dan pihak-pihak yang mengur dan mengkritik kredibilitinya.
Berikut adalah beberapa petikan untuk dijadikan rujukan 22 juta rakyat Malaysia seterusnya membuat kesimpulan sama ada Pengerusi SPR ini dapat melaksanakan tanggungjawabnya secara adil seiring kata-katanya yang sering mencabar dan mencela :-
1.Rashid cabar pembangkang
- Beginikah sikap Pengerusi SPR yang mencabar pembangkang "SPR cabar pembangkang jangan tanding pilihanraya". (Utusan Malaysia 1 Januari 2008)
2.Rashid cela Mursyidul Am PAS Dato' Seri Tuan Guru Nik Aziz
-Pada 2004, pengerusi SPR itu tiba-tiba menyifatkan :"Kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengarut dan tidak berasas serta dikeluarkan tanpa menggunakan akal, sebaliknya hanya untuk melepaskan geram."
-"Memang perangai dia (PAS) begitu. Saya serta SPR banyak kali menerima tuduhan PAS yang mendakwa mempunyai bukti (kegagalan SPR menguruskan pilihan raya). Saya tunggu sampai sekarang pun tidak ada (PAS) hendak mendakwa SPR (di mahkamah)," (rujuk muka hadapan Utusan Malaysia 9 Disember 2004)
-Walhal PAS telah memfailkan lebih kurang 24 petisyen pilihanraya di seluruh negara ( 5 di Kelantan, 9 di Trengganu, 5 di Selangor, 2 di Perak, 1 di Kedah, 1 di Perlis dan 1 di Johor ) dan dalam ke semua petisyen tersebut SPR telah dinamakan sebagai Responden.
3.Rashid caci Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang
-"...Haji Hadi datang hari tu meeting dengan saya, diluar kata ada 500,000 pengundi hantu, semuanya mengundi...orang pakai serban besar pakai jubah..macam mana ni?Kalau saya kata... orang dia akan kecik hati pulak kata tok guru dia...tak pelah biarlah dia jawab esok..." kata Rashid di Universiti Malaya tahun lalu.
4.Rashid berkaitan celup jari
-Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub turut mendedahkan apa yang disifatkannya sebagai pembohongan Pengerusi SPR itu.
-"Sebelum kami berjumpa (dengan Abdul Rashid), DAP terlebih dahulu berjumpa dengannya. (Setiausaha Agung) DAP, Lim Guan Eng memberitahu kami bahawa Abdul Rashid telah memberitahu mereka bahawa PAS membantah (sistem) celup jari kerana bertentangan dengan Islam.
-"Apabila kami bertemu Abdul Rashid, kami soal dia, betul dia kata begitu? Dia kata bukan PAS kata, ulama India kata. Inilah lidah biawak, lidah bercabang," beliau mengecam Pengerusi SPR itu.
5.Rashid kata tentang kempen pilihan raya
-Selain itu keceluparan Rashid berterusan apabila dilaporkan berkata tempoh kempen mungkin lebih pendek sekiranya sesetengah parti terus membuat 'huru-hara' bahkan membawa isu tersebut ke jalanan.
-Bersih amat kesal tindakan 'mengugut' pihak pembangkang dan rakyat amnya dengan mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadikan tempoh pilihanraya umum akan datang sebagai yang terpendek dalam sejarah Malaysia!
6.Rashid kata akan letak jawatan jika ada bukti SPR salah
-Tahun 2007 di Selangor sejumlah 1,402 pengundi 'dipindahkan' lokaliti mereka oleh SPR secara senyap dan dijangka mengakibatkan kekeliruan termasuk mengulangi sejarah 'kekecohan' pada hari pengundian berikutan daftar pemilih yang berbeza pada saat akhir seperti yang pernah berlaku di Gombak, Selangor.
-Ianya bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Artikel 113 (ii) yang membenarkan sebarang perubahan sempadan dilakukan hanya 8 hingga 10 tahun selepas satu-satu persempadanan semula dibuat di mana-mana kawasan di Malaysia, katanya.
-Dalam perkembangan berkaitan, di Perak kejadian yang sama juga turut dilaporkan apabila seramai 600 pengundi di kawasan Taman Silibin, Ipoh telah dipindahkan lokaliti mereka ke kawasan parlimen Batu Gajah secara senyap sebaik sahaja pilihan raya 2004 yang lalu.
-Perkara ini disedari bulan lalu ketika Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat M. Kulasegaran membantu penduduk di kawasannya membuat semakan kedudukan status tempat mengundi dan dilaporkan Setiausaha Agung MCA Dato' Ong Ka Chuan mahu SPR memberi penjelasan berhubung perkara itu supaya tuduhan bahawa badan terbabit melakukan manipulasi dapat dielakkan.
-Ini tidak termasuk kes 142 kertas undi yang hilang di Ijok pada pilihanraya kecil 28 April lalu yang menimbulkan tanda-tanya tentang ketelusan SPR.
-Antara lain bukti di Ijok ialah daripada 50 pengundi yang telah mati terdapat nama mereka di senarai pemilih di mana 12 daripada mereka yang kesemuanya Melayu dari pusat pengundian Jaya Setia, telah 'pergi' mengundi.
-Manakala seramai 23 pengundi didaftarkan tanpa kad pengenalan dan sejumlah 32 pengundi yang berusia di antara 100-132 tahun masih terdapat nama mereka di dalam senarai pemilih.
-Selain itu, seorang blogger tempatan, Ahirudin Attan (Rocky's Bru) yang tidak pernah mendaftarkan dirinya dengan SPR sebagai pemilih mendapati nama beliau sebagai seorang pengundi di Taman Rapat Setia sejak 1999. Begitu juga dengan L.L Wong, yang tidak pernah mengundi sebagai pengundi, baru-baru ini mendapati nama beliau sebagai pengundi di Johor Bahru sejak 1990.
7. Rashid kritik Harakah
-"....I sendiri 'get frustrated with this'. Ini manipulasi keadaan just untuk capai kemenangan dari sudut politik. Itu sebab saya tak keluar menjawab. Tak boleh jawab. "Dia ada akhbar dia...yang amat adil...Harakah. Dia ada Harakah maki hamun kat orang. Itu adillah tu. Saya tak ada.
8. Rashid kata tentang tarikh pilihan raya
-Semakin angkuh dan bertindak 'lebih sudu dari kuah' baru-baru ini Rashid menyatakan tahu tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 merupakan satu kenyataan yang jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedangkan Perdana Menteri sendiri menafikannya.
9.Rashid hina mahkamah dua kali berhubung Kes Likas di Sabah pada tahun 2001
-"Hakim itu sendiri tidak periksa...dalam one side, hakim itu sendiri 'bias' (berat sebelah). Hakim itu 'got frustrated with certain things' dan dia gunakan ini untuk pukul kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya ketika berucap sebagai penceramah di Kursus Kenegaraan Malaysian Press Institute (MPI): Media dan Pilihanraya Umum di Universiti Malaya pagi tadi.]
-"That was a biased penghakiman.Semua orang bersetuju 'it was biased' penghakiman. Dia tidak melibatkan pengundi hantu," katanya menjelaskan kedudukan kes tersebut kepada hadirin.
-"Melihat daripada sudut undang-undang, itu bukan keputusan yang baik. Pada pandangan saya itu adalah keputusan yang teruk," Rashid sekali lagi menghina kes Likas dan mempertikai keputusan Hakim Muhammad Kamil di Universiti Islam Antarabangsa tahun lalu.
Begitulah sembilan keceluparan Rashid yang boleh anda nilai sendiri dan memetik Kata Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi dalam laman web detikdaily.net bahawa PAS harus mengetuai kempen besar-besaran ini menggesa Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan segera khidmat Rashid sebagai Pengerusi SPR memandangkan beliau tidak lagi mendapat kepercayaan awam.
Kata Lutfi, Perkara 114 (1) dan (2) Perlembagaan menjelaskan: "SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja ... Pada melantik ahli-ahli SPR, Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."
"Fokuskan tindakan kali ini untuk memecat Pengerusi SPR yang makin hilang kewarasannya itu. Jika Rashid berjaya dipecat, saya kira gelombang kuning baru menunjukkan keberhasilannya," kata Lutfi dalam laman webnya. -->

Sunday, January 13, 2008

PULANGKAN ADIK SHARLINIE


Video Lingam - PM mesti jelaskan keenganannya bertindak

Abdul Aziz Mustafa Mon Jan 14, 08 9:07:46 am MYT
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menuntut beliau memberikan penjelasan kepada rakyat tentang kegagalannya untuk bertindak setelah menerima surat dari ahli perniagaan, Loh Mui Fah yang mengaku anak lelakinya yang merakamkan klip video Dato' VK Lingam.
Ketuanya, Salahuddin Ayub menyatakan perkara itu berikutan laporan Malaysiakini yang menyatakan Loh memberitahu, beliau telah menulis surat bertarikh 5 November lalu kepada Perdana Menteri berhubung isu tersebut serta menghantar emel kepada panel siasatan klip video Lingam tersebut berhubung jaminan keselamatan untuk saksi, tetapi tidak mendapat jawapan.
"Kegagalan Perdana Menteri bertindak dengan sewajarnya menyebabkan isu tersebut berlarutan sedangkan ia boleh diselesaikan dengan segera untuk membantu memulihkan imej badan kehakiman," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Ketidakyakinan rakyat terhadap badan kehakiman pula semakin buruk dan mungkin akan bertambah buruk, katanya.
"Apa yang amat dikesalkan, keengganan untuk bertindak segera setelah menerima surat Loh meyakinkan lagi pandangan umum bahawa Perdana Menteri tidak langsung mempunyai keinginan untuk memulihkan badan kehakiman," kata Salahuddin.
Menurut Malaysiakini lagi, Loh juga mengakui secara terbuka bahawa beliau adalah lelaki yang dilihat dalam bahagian kedua klip video Lingam yang didedahkan oleh PKR September lalu.
Dalam satu temubual eksklusif dengan laman web berita tersebut, Loh Mui Fah, 58, berkata mengambil keputusan untuk mendedahkan identitinya kerana mahu "pihak berkuasa berhenti daripada mengganggu dan menceroboh privasi dirinya dan keluarganya".
Di samping itu, katanya, beliau juga bimbangkan keselamatan dirinya dan anggota keluarganya kerana mereka sering diekori dan pernah menerima panggilan berunsur ugutan meminta beliau supaya 'berjaga-jaga'.
Dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini malam ini, Loh Mui Fah, 58, berkata mengambil keputusan untuk mendedahkan identitinya kerana mahu "pihak berkuasa berhenti daripada mengganggu dan menceroboh privasi dirinya dan keluarganya".
Di samping itu, katanya, beliau juga bimbangkan keselamatan dirinya dan anggota keluarganya kerana mereka sering diekori dan pernah menerima panggilan berunsur ugutan meminta beliau supaya 'berjaga-jaga'.
Loh berkata, anak lelakinya yang merakamkan klip video sepanjang 14 minit perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam itu, tetapi menafikan beliau yang menyerahkan klip tersebut kepada PKR.
Bagaimanapun, katanya, beliau percaya anaknya merakam video tersebut tanpa sebarang niat yang tidak baik atau memahami apa yang sedang diperkatakan.
Menurutnya lagi, klip video itu bukan dirakamkan pada tahun 2002 yang dilaporkan tetapi pada 20 Disember 2001.
Klip video itu menunjukkan Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Tuesday, January 8, 2008

Tarikh pilihan raya, Khairy pindah beban BN kepada Pengerusi SPR

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Jan 09, 08 12:40:44 am MYT
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) menyifatkan kenyataan pesimis Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang cuba memindahkan beban politik BN kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya berkata, Umno-BN memperalatkan Pengerusi SPR ini untuk kepentingan politik mereka.
Celupar
Begitupun kerana terlalu celupar kenyataan dangkal Rashid telah memakan Umno-BN sendiri, katanya.
"Dengan perkembangan terkini, apa sahaja kecelaruan politik yang berlaku, Umno-BN akan memindahkannya sebagai kesalahan Rashid," katanya.
"Bagi Pemuda PAS, hak mutlak Perdana Menteri untuk menentukan tarikh pilihan raya memang tidak dinafikan. Dan terlalu dangkal bagi Pengerusi SPR yang cuba mendakwa kononnya tahu tarikh pilihan raya.
"Mungkin SPR cuba memberikan gambaran betapa 'akrabnya' beliau dengan Perdana Menteri dan mungkin pada masa ini menjadi kroni nombor satu Perdana Menteri mengatasi Khairy sendiri," katanya.
Kebobrokan Pengerusi SPR gugat Khairy, BN
Tetapi ternyata kebobrokan Pengerusi SPR ini akhirnya bukan hanya menggugat pengaruh Khairy di Putrajaya, tetapi juga hampir melumpuhkan Umno-BN seluruhnya.
Khairy secara terbuka mendakwa keceluparan Rashid telah membuatkan Umno-BN terjerat apabila meletusnya isu-isu panas dalam politik negara kebelakangan ini.
Menurut Salahuddin, dengan masalah yuran sekolah yang dipaksa ke atas ibu bapa, bencana banjir, skandal seks Menteri Kesihatan, kenaikan harga minyak masak, tepung, tambang bas sekolah dan tol serta kemungkinan kenaikan harga petrol dalam masa terdekat ini membuatkan pemimpin BN panas punggung.
Apatah lagi apabila berlaku pergolakan politik Umno secara terbuka di Perlis dan Terengganu, selain perbalahan antara parti komponen BN, ujarnya.
Bagi Khairy, semua diambil kesempatan oleh pembangkang kerana 'tarikh pilihan raya' yang diunjurkan oleh Abdul Rashid, kata Salahuddin.
Rashid dapat 'signal' dari PM
Pemuda PAS percaya Rashid membuat kenyataan ini kerana telah diberikan 'signal' oleh bapa mertua Khairy yang juga Pengerusi BN, tetapi kenyataan liar Rashid telah membuatkan rakyat bertekad untuk menggunakan pilihan raya ini untuk mengajar Umno/BN sehingga Khairy berasa tidak senang dengan keadaan yang ada.
"Hakikatnya satu sahaja iaitu Umno-BN benar-benar tersepit kali ini. Tarikh pilihan raya sudah hampir telah dicanang oleh Pengerusi SPR yang telah diketahui oleh rakyat sebagai jurucakap Umno-BN. Rakyat percaya kepada Rashid dalam hal ini. Tetapi Umno-BN nampaknya tidak berani membubarkan Parlimen kerana suasana tidak begitu selamat," katanya.
Menurut Salahuddin, Khairy menyalahkan pembangkang kerana mempolitikkan isu-isu yang berlaku ini untuk pilihan raya selain puncanya kerana keceluparan Rashid.
"Pembangkang bila-bila masa pun akan memanfaatkan keadaan ini. Ia bukan soal kesempatan yang diambil oleh pembangkang. Tetapi masalah kelemahan Kerajaan BN dalam membela kepentingan rakyat, kerosakan moral pemimpin BN dan juga pergeseran sesama pemimpin BN yang memang berlaku," katanya.
Bila pemimpin BN 'berlakon' untuk menangani isu ini, memang rakyat akan menuduhnya sebagai taktik pilihan raya walaupun Khairy cuba menggambarkan sebaliknya.
Akhbar harian semalam melaporkan, Naib Ketua Pemuda Umno berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya boleh ditentukan dan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Justeru, katanya, tindakan Abdul Rashid baru-baru ini yang mengeluarkan kenyataan berbentuk spekulasi mendakwa sudah mengetahui tarikh sebenar pilihan raya adalah tidak wajar.
"Soalan (bila tarikh pilihan raya) tiada siapa yang boleh keluarkan kenyataan termasuk pemimpin-pemimpin politik kerana itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri.
"Jadi, saya pun tidak faham kenapa Pengerusi SPR (Ab. Rashid) boleh keluarkan kenyataan seperti itu, ia bukan kuasa dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Keluarga Bahagia Masyarakat Ceria di Kepala Batas 7 Januari lalu.

Sunday, January 6, 2008

Kes Batu Burok - Bersih dakwa Gani Patail buat keputusan politik

Awang Harun Mon Jan 07, 08 9:09:28 am MYT
KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Hrkh) - Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menentang keras tindakan rakus yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia khususnya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengambil keputusan dalam bentuk berat sebelah terhadap Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz.
Ahli Jawatankuasanya, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tindakan itu lebih merupakan keputusan politik terhadap kedua-dua mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok pada 8 September lalu itu.
Katanya, Bersih juga membantah keras keputusan yang dibuat dan tindakan tidak membenarkan ikat jamin terhadap kedua-duanya.(Gambar - Dr Syed Azman bercakap kepada wartawan di luar kompleks mahkamah)
Menurutnya, Bersih juga menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara menimbangkan semula permohonan membenarkan sekurang-kurangnya diikat jamin terhadap mereka.
"Bersih telah membuat keputusan bahawa kalaulah mereka yang telah dikenakan tuduhan di bawah perhimpunan Hindraf dan mereka dibenarkan ikat jamin dan dibenarkan dibebaskan, maka apa kurangnya dua orang yang ditembak oleh polis iaitu Azman dan Suwandi yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, di Kota Bharu tetapi tidak dibenarkan ikat jamin," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin yang berkumpul di luar Kompleks Mahkamah di sini, pagi semalam sebagai menyatakan sokongan kepada Azman dan Suwandi dalam perbicaraan bagi mendapatkan jaminan di Mahkamah Tinggi di sini.
Bagi Bersih, katanya itu merupakan suatu bentuk kezaliman yang amat ketara yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dan Peguam Negara sendiri. Sehubungan itu, tegasnya bahawa Bersih meminta supaya keadilan di Malaysia dikembalikan dan mempertahankan undang-undang.
Katanya, mempertahankan kedaulatan undang-undang adalah merupakan tuntutan dan tanggungjawab semua.
Katanya lagi, Bersih juga melihat kalau undang-undang dan keluhuran Perlembagaan tidak dipertahankan oleh pihak Peguam Negara sendiri, maka rakyat seluruhnya akan hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap sistem kehakiman yang ada dalam negara ini.
"Sekali lagi, saya bagi pihak Bersih meminta agar disegerakan permohonan untuk membebaskan Suwandi dan Azman. Bersih juga dengan sebulat suara memberikan sokongan dan dokongan kepada seluruh rakyat warga Malaysia dan warga Terengganu.
"Kita memberi sokongan dan dokongan penuh kerana ini merupakan hak bagi setiap warga dan rakyat untuk berhimpun secara aman dan tenteram untuk menyatakan sikap mereka secara aman terhadap kezaliman, ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional terutamanya dalam mencabul sistem sistem kehakiman dan keadilan yang ada dalam negara ini sendiri," ujarnya.

Saturday, January 5, 2008

KERAJAAN BN TERUS ZALIMI RAKYAT, 7 PEMUDA DI TANGKAP DIKUALA TERENGGANU


Kuala Terengganu, 6 Jan, 9.00 pagi

Bantahan terhadap ketidakadilan terhadap kes Azman dan Suwandi diteruskan, bahkan hari ini ia turut disertai oleh sekumpulan pemuda dari Jerantut Pahang.Sementara itu, sekitar jam 8.30 pagi, seramai 7 orang pemuda telah ditahan di hadapankompleks mahkamah Kuala Trengganu ketika mengedarkan risalah ‘ Menyokong Himpunan Aman ‘ yang berkaitan dengan perbicaraan Azman dan Suwandi. Polis berpakaian awam yang dipercayai cawangan khas, telah menahan beberapa pemuda dari Gong Kapas, Kuala Terengganu.Sekitar jam 8.45 pagi, sebuah trak polis yang membawa Azman dan Suwandi telah masuk ke perkarangan mahkamah melalui pintu utama. Isteri Suwandi, telah masuk keprkarangan mahkamah seawall jam 8.15 pagi, manakala ayah Azman tidak dibenarkan masuk kerana terlewat sampai dimahkamah.Pada sekitar jam 9.15 pagi, Himpunan Aman Rakyat membantah ketidakadilan terhadap kes Azman dan Suwandi dimulakan. Beberapa pimpinan PAS Negeri turut hadir termasuk Setiausaha Perhubungan PAS Ngeri, Tuan Haji Yahaya Ali dan Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik.Solat Hajat Kali Kedua di depan MahkamahKuala Terengganu, 6 Jan – 10.20 pagi – Para penyokong Azman dan Suwandi yang berhimpun secara aman pada pagi ini telah menunaikan solat hajat kali kedua sejak minggu lalu.Tepat jam 10.00 pagi, setelah mendengar capan dari pemimpin pusat dan negeri, Ustaz Adam Said, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut telah mengimamkan solat hajat. Munajat kepada Allah SWT adalah jalan yang terakhir bagi para penyokong Azman dan Suwandi untuk mengadu tentang kezaliman, serta memohon supaya keadilan keadilan ditegakkan.Hari ini adalah cubaan para peguam untuk membebaskan Azman dan Suwandi dari terus ditahan di penjara. Rayuan ikat jamin Azman dan Suwandi difailkan kemahkamah Tinggi Kuala Terengganu.Orang ramai semakin membajiri hadapan mahkamah Kuala Terengganu selepas solat hajat dan hujan berhenti. Bantahan diteruskan lagi, sehingga keputusan ditetapkan oleh mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang dijangka tidak lewat dari jam 1.00 Tengahari.Kepada semua penyokong dan pendokong keadilan, dimana jua berada, marilah kita semua bermunajat kepada Allah SWT. Sekiranya keadilan tidak tertegak lagi, biarlah Allah SWT menentukan arah cara perjuangan ini.
Sementara itu, 7 orang pemuda yang ditahan ketika mengedarkan rislah pada pagi tadi adalah seperti berikut:
1. Ustaz Tarmizi Jaafar
2. Aisamuddin Muhamed
3. Muhammad Ibnu Kasir Mohd Noor
4. Muhammad Zaki Said
5.Muhammad Hilmi Jusoh
6. Hamzah Mohammad
Mereka dipercayai berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Wednesday, January 2, 2008

Polis digesa siasat wanita yang terlibat dalam DVD Chua Soi Lek

Intan Abdullah Thu Jan 03, 08
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Hrkh) - PAS meminta supaya pihak polis menyiasat wanita yang dikenali sebagai Angelina Yam dalam DVD rakaman perlakuan seks bersama bekas Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek. -->

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini mendakwa terdapat kemungkinan bahawa wanita tersebut, Angelina Yam yang berumur 30-an merupakan broker ataupun habuan seks daripada pihak tertentu kepada Chua.
"Polis sepatutnya menyiasat siapa sebenarnya wanita dalam DVD tu. Kalau betul namanya Angelina Yam, polis kena siasat pulak apa hubungan Chua dengan dia," ujarnya sambil membuat telahan kemungkinan Angelina berperanan sebagai broker seperti Altantuya Shariibu.
Selain itu, Mahfuz turut menjelaskan terdapat kemungkinan Angelina adalah kawan baik kepada Chua ataupun beliau merupakan habuan seks sesetengah pihak untuk kepentingan pihak tertentu ke atas Kementerian Kesihatan.
"Kalau macam tu, pihak polis kena pergi ke hotel tersebut dan mengusung tilam yang digunakan mereka yang terlibat sebagaimana yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim sebelum ini," katanya sambil mengaitkan dengan kes Anwar.
Beliau mendakwa Angelina mempunyai hubungan dengan pemilik syarikat Pan Sejati Development dan Zaf Holding, Dato' Tang Ser Lay @ Marcos.
"Dan apa pula kaitannya Angelina dengan wanita bernama Norsiah Mahmud?" katanya sambil menyebutkan satu nama lain.
Tambahnya lagi, pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga perlu menyiasat syarikat Ambulantery Call Centre yakni syarikat panggilan ambulan di Kelantan yang diberi kepada Syarikat Menang Intan yang mendapat projek ambulan.
Sementara itu, Mahfuz juga menempelak tindakan pihak polis yang hanya memberikan tumpuan kepada pengedaran DVD serta pihak yang merakamkan aksi tersebut.
"Polis sepatutnya melihat kepada individu yang terbabit dalam perlakuan DVD tersebut. Bahkan terdapat perlakuan seks oral yang jelas menyalahi undang-undang," ujarnya sambil mengingatkan bahawa ia sebagai suatu pengajaran kepada pemimpin negara yang lain.
Menurutnya, ini menggambarkan sikap kerajaan yang tidak serius dalam memerangi kerendahan moral seperti seks bebas.
"Saya tidak jelas dengan sikap Perdana Menteri yang menurutnya tidak membincangkan isu tersebut dalam mesyuarat kabinet semalam setelah 24 jam Chua membuat pengakuan secara terbuka," jelasnya.
Dalam nada kesal, Mahfuz berkata Abdullah sekadar berselindung daripada menjawab isu tersebut sambil menyatakan bahawa ia adalah isu peribadi walhal Chua kemudian dalam satu kenyataan perletakan jawatan semalam mengambil kira pandangan rakyat terhadap perlakuannya itu.
"Masalah ini bukan lagi masalah seseorang individu, malah ia berkaitan dengan seorang menteri kabinet. Abdullah kena ambil tanggungjawab moral untuk membersihkan kerajaan di bawah kepimpinannya dengan tidak mengizinkan mana-mana menterinya terlibat dengan kerendahan moral," tegasnya.
Ujarnya, Abdullah sepatutnya membuat tindakan tegas melucutkan jawatan Chua selepas beliau mengaku melakukannya.
"Ini tidak, Abdullah tidak buat apa-apa. Malah mesyuarat kabinet pun tidak mahu membincangkannya dengan alasan ia adalah isu peribadi," katanya lagi.
Mahfuz pada masa yang sama memuji tindakan berani Chua yang mementingkan pandangan rakyat, dengan membuat pertimbangan bahawa rakyat tidak dapat menerima apa yang dilakukannya kerana ia menjejaskan nama baik parti dan negara.
"Saya menghormati keputusan yang dibuat Chua. Sungguhpun begitu, beliau telah hilang kelayakan sebagai seorang pemimpin," katanya.
Sambil membandingkan tindakan disiplin yang pernah dikenakan kepada Sothinathan ketika menyokong kenyataan Ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang, Mahfuz berkata Abdullah selaku Perdana Menteri seharusnya bertindak dengan lebih tegas dalam menangani kes Chua.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa Pengerusi MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting agar memohon maaf kepada masyarakat Cina khususnya ahli MCA atas kenyataannya seolah-olah membenarkan kesalahan Naib Presidennya itu.
"Kenyataan Ong sangat memalukan. Bagaimana dia boleh kata tidak setuju dengan tindakan Chua, kemudian kononnya menghormati keputusan tersebut?" tegasnya.
Mahfuz dalam sidang yang sama meminta agar Chua tampil ke hadapan bagi mendedahkan salah laku pemimpin yang menjejaskan integriti kepimpinan negara.
"Jika Chua ada maklumat mengenai salah laku pemimpin yang lain, kita harap dia dapat tampil bagi membetulkan keadaan selaras dengan saranan Raja Dr Nazrin Shah yang mengingatkan agar rakyat perlu menolak pemimpin yang tidak bermoral," ujarnya lagi.
Tegasnya, pendedahan tersebut adalah demi kepentingan negara serta mewujudkan kepimpinan negara yang bersih dan bermaruah.
PAS juga kata Mahfuz berasa simpati dengan tekanan dan situasi yang menimpa keluarga Chua yang terpaksa berdepan dengan masyarakat dan masalah ini.
Namun katanya, rakaman tersebut tidak mungkin akan berlaku sekiranya tiada perlakuan dan orang yang melakukannya.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak dakwaan sekiranya terdapat perancangan pihak tertentu termasuk pihak hotel bagi memastikan rakaman tersebut dibuat.
"Ini secara tidak langsung akan menjejaskan kredibiliti dan integriti pihak hotel yang jelas menunjukkan bahawa tiada elemen privasi pelanggan yang menginap di hotel tersebut," ujarnya. - mns-->

Tuesday, January 1, 2008

Skandal seks Menteri Kesihatan, menjijikan dan tidak bermoral - Tuan Guru Nik Aziz

Rizal Tahir Wed Jan 02, 08 1:09:42 pm MYT
KOTA BHARU, 2 Jan (Hrkh) - "Menjijikan dan tidak bermoral", begitulah kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, sewaktu diminta mengulas pengakuan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Dato’ Dr Chua Soi Lek, mengenai rakaman video aksi seks.

"Yang melakukan perkara ni mereka yang berpelajaran, pekara yang orang kampung pun tidak boleh terima..
"Saya nak ulas pun malu, orang komunis yang tak ada agama pun tahu perkara ni perkara jijik, ini pula orang yang ada agama", katanya.
Mengulas lanjut, Tuan Guru menambah perkara ini membuktikan pemimpin Barisan Nasional tidak bemoral.
"Mereka ini pemimpin tinggi negara, dahlah melakukan perkara tidak bermoral, malah tidak mahu meletak jawatan, lagilah tidak bermoral", ujarnya.
Semalam Dr Chua dalam sidang medianya, mengaku individu yang dirakamkan di dalam DVD adengan seks yang tersebar luas di negeri Johor adalah dirinya.
Naib Presiden MCA itu membuat pengakuan terbukanya semalam bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan DVD perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak tiga hari lalu.
Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.
Soi Lek yang membacakan teks kenyataan pada sidang akhbar di pejabat MCA Labis di sini petang ini menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.
"Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.
"Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak-anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya," katanya.
Sidang akhbar pada pukul 4.30 petang itu penuh sesak dengan kehadiran wartawan serta para penyokong Soi Lek.
Menteri Kesihatan berusia 61 tahun itu tampil membuat pengakuan tersebut bagi menjelaskan kontroversi DVD pemimpin politik Johor yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda di sebuah hotel.

Skandal seks, PM perlu bertegas pecat Dr Chua Soi Lek

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Jan 02, 08 9:50:42 am MYT
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Pengakuan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Soi Lek berhubung skandal video seksnya bukan beerti kes ini harus ditutup begitu sahaja, sebaliknya ia memerlukan komitmen dari Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertindak segera termasuk memecat Dr Chua dari jawatan Menteri Kesihatan. -->

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, kenyataan Dr Chua bahawa rakaman aksi seksnya adalah satu yang telah dirancang oleh pihak tertentu tidak boleh menjadi alasan kepada Perdana Menteri untuk tidak bertindak ke atas menteri itu.
Sebaliknya pelakuan Dr Chua yang tidak mengikut norma masyarakat Malaysia dan budaya di sini selain rosaknya moral beliau itu perlu dipandang berat, katanya.
"Meskipun Dr Chua bukan Muslim, tetapi pelakuan beliau sebagai seorang menteri dan wakil rakyat serta orang nombor dua dalam MCA tidak boleh diterima oleh masyarakat.Beliau seharusnya menjaga integriti dan akhlak sebagai pemimpin.
Modal Insan
"Jika Perdana Menteri enggan bertindak atau masih berteka-teki dalam isu ini, ia seolah-olah merelakan perlakuan sedemikian dalam sebuah kerajaan yang kononnya mementingkan pembinaan Modal Insan," ujar Mahfuz yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Mengulas lanjut Mahfuz berkata, seharusnya seorang menteri lebih-lebih lagi Menteri Kesihatan, menjadi 'role model' kepada rakyat dan bukannya berkelakuan sedemikian.
"Saya bimbang ianya akan menjadi ikutan kepada rakyat atau kakitangannya jika tindakan tegas tidak diambil ke atasnya termasuk oleh Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting yang diminta mengambil tindakan disiplin ke atas Dr Chua," ujarnya.
Sebagai seorang pemimpin sebenarnya Dr Chua telah gagal dan beliau sendiri perlu ada iltizam untuk meletakkan jawatannya sebelum rakyat sendiri mendesaknya meletakkan jawatan, kata Mahfuz.
Sementara itu mengulas isu yang sama, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad melihat bahawa isu ini bukan sekadar soal konspirasi politik, tetapi ia juga melibatkan soal intergriti dan etika beliau sebagai seorang wakil rakyat bertaraf menteri kanan.
Walaupun bukan Muslim, tetapi ia melampau
Walaupun Dr Chua bukanlah seorang muslim, namun apa yang dilakukannya, iaitu melakukan hubungan seks rambang dengan wanita selain isteri beliau adalah di luar dari budaya kita rakyat Malaysia dan kaum Cina sendiri, katanya.
"Budaya menyimpan gundik atau wanita simpanan tidak wajar dilakukan lagi pada zaman moden ini dan menteri ini sudah cukup kaya jika mahu berkahwin lagi, jadi tiada sebab untuk beliau melakukan perkara-perkara yang melanggari etika dan budaya rakyat negara ini, " katanya.
"Jika di Amerika, Bill Clinton meletak jawatan kerana pendedahan skandal seks beliau, di Indonesia juga sama. Ahli Parlimen Indonesia, Yahya Zaini juga meletak jawatan selepas video skandal seksnya tersebar diinternet," katanya.
"Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad pula telah memecat timbalannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim atas alasan melakukan seks luar tabii walau pun ia hanyalah sekadar suatu pembohongan semata," katanya.
Jadi dalam kes ini Dr Chua wajib meletak jawatan bagi menjaga nama baik negara dan juga organisasi yang dipimpinnya, katanya.
Jika beliau enggan meletak jawatan, maka adalah wajib bagi Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memecatnya.
Memalukan negara
Pemuda PAS Wilayah juga bersetuju dengan pandangan Prof. Khoo Kay Kim yang menyarankan agar Dr Chua meletakkan jawatan kerana telah melakukan sesuatu perkara yang amat memalukan negara dan melanggari tatasusila masyarakat dinegara ini, katanya.
Oleh itu, sudah tiba masanya untuk beliau berfikir untuk kepentingan semua dan mengundurkan diri secara terhormat sebelum rakyat turun ke jalan raya untuk mendesak beliau berundur secara terhina, katanya.
"Soal ianya konspirasi atau tidak, itu adalah soal peribadi beliau. Yang nyata kini, beliau sendiri telah mengakui kecurangan beliau kepada isteri, keluarga, penyokong dan 27 juta rakyat negara ini dan permohonan maaf beliau akan dilihat lebih ikhlas jika beliau segera berundur dari kerajaan," katanya.
Pulihkan imej, pecat menteri
Sementara itu, Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) memandang serius akan isu video lucah yang antara lain membabitkan skandal seks menteri terbabit.
Penyebaran ini adalah sesuatu yang sangat memalukan negara di saat sepatutnya kerajaan berazam untuk memulihkan imej dan integriti kerajaan pada tahun 2008 ini, kata Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa.
Ini membuktikan bahawa kabinet yang ada sekarang ini perlu dibersihkan agar tidak terpalit dengan imej-imej songsang yang sememangnya sudah hilang kepercayaan rakyat ke atasnya, katanya.
Justeru, AMK mendesak agar Menteri yang berkenaan dipecat daripada jawatan Kabinet sepanjang prosedur penyiasatan dijalankan.
Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam hal ini, kerana dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, pemecatan beliau hanya bersandarkan afidavit palsu yang diatur dan juga tilam.
Tetapi kes Menteri Kabinet ini jelas terbukti melalui rakaman separa professional yang disokong dengan pengakuannya, kata Fariz.
"Keyakinan rakyat kian terhakis dari hari ke hari. Sudah sampainya ia dipulihkan demi maruah rakyat dan negara," tegasnya.
Beberapa hari sebelum Dr Chua membuat pengakuan, Ketua Penerangan Umno Johor, Dato' Dr Mohd Puad Zarkashi mengingatkan, pemimpin berkenaan tidak harus mendiamkan diri kerana ia boleh menjejaskan nama baik BN Johor khususnya menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
“Beliau pemimpin kanan dan beliau tahu dirinya terlibat atau tidak jadi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab beliau tidak perlu tunggu siasatan… beliau perlu tampil ke hadapan… kalau tak betul nafikan tetapi kalau betul… beliau harus meletakkan jawatan supaya keyakinan orang ramai kepada BN terpelihara,” katanya dalam satu laporan akhbar versi internet baru-baru ini.
Semalam, dalam satu sidang media di Labis, Dr Chua yang juga Naib Presiden MC mengaku sebagai lelaki yang ada dalam imej rakaman aksi lucah dengan seorang rakan karibnya di sebuah bilik yang didakwa sebagai hotel.
Pendedahan beliau ini menggemparkan negara sementara kerajaan pimpinan Perdana Menteri amsih dibelenggu dengan isu dalaman Umno Perlis yang membabitkan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim dengan Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan BN juga dihujani isu kritikan ke atas Umno oleh parti komponen BN (Gerakan) melalui Naib Ketua Pemuda Gerakan, S.Paranjothy selain isu kehakiman yang dipertikaikan.