Thursday, April 30, 2009

Pilihanraya kecil di Selangor?

K Kabilan Apr 30, 09 2:12pm - Sumber Malaysiakini
ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan yang sedang ditahan di bawah ISA, dipercayai sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi tersebut, demikian Malaysiakini difahamkan.Satu sumber yang rapat dengan peguam tersebut berkata, beliau semakin kecewa kerana tidak dapat memberi khidmat kepada para pengundinya di DUN tersebut."Beliau juga menyedari bebanan yang ditanggung oleh isterinya yang terpaksa menjadi wakilnya semasa ketiadaannya sekarang," tambah sumber itu."Isterinya, S Pushpaneela (kanan), terpaksa membahagikan masanya antara menjadi empat anak-anak mereka, menjaga firma guamannya dan kawasan pilihanrayanya.," kata sumber itu lagi.Manoharan ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007 bersama empat lagi pemimpin Hindraf.Beliau merupakan penasihat undang-undang Hindraf, yang telah diharamkan oleh kerajaan.Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN Kota Alam Shah, Selangor dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan berjaya menewaskan calon BN dari Greakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

Tuesday, April 28, 2009

Dr Mansor calon PKR di Penanti

Athi Veeranggan Apr 28, 09 11:15pm - Malaysiakini

Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 31 Mei depan.Pada 8 April lalu, Fairus meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang.Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menyatakan tidak cukup bukti untuk mendakwa Fairus terhadap tuduhan tersebut.Minggu lalu, Fairus mengulangi keputusannya untuk meletak jawatan wakil rakyat DUN Penanti.

KEMBALI

Hari ini - 29 April 2009 saya akan memulakan kembali untuk menulis bagi mengisi kekosongan di blog saya