Wednesday, January 31, 2007

Batu Talam gugatkan kredibiliti kerajaan - Husam

Salmah Mat Husain Wed Jan 31, 07 11:38:16 AM
KOTA BHARU, 31 Jan (Hrkh) – Langkah PAS memboikot pilihan raya kecil Dun Batu Talam Ahad lalu ternyata mendapat sambutan apabila kira-kira lapan peratus pengundi tidak keluar mengundi.
Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, jumlah itu sudah cukup untuk menggambarkan mesej PAS diterima biar pun kedudukannya di kawasan pedalaman.
“Begitu juga dengan jumlah undi rosak yang bertambah, ini menjejaskan kredibiliti kerajaan. SPR tidak boleh memejamkan mata dengan ketidakhadiran ramai pengundi walaupun bilangannya dianggap kecil oleh kerajaan.
"Kita perlu ambil kira semua aspek sekalipun di kawasan pedalaman seperti Batu Talam," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Menurutnya apa yang dijangka pembangkang benar-benar menjadi kenyataan apabila bilangan keluar mengundi hanya 67.32 peratus iaitu merosot 9.27 peratus berbanding pilihan raya umum 2004.
Pada pilihan raya Dun terbabit hanya seramai 7,080 daripada 10,511 pengundi keluar mengundi. Manakala sebanyak 385 undi rosak.
Calon BN, Abdul Aziz Mat Kiram mendapat 6,276 undi dan pencabarnya, Ng Chee Pang memperolehi 419 undi. BN menangi dengan majoriti 5,857 undi.
Husam juga berkata PAS bercadang mengemukakan satu laporan khas berhubung beberapa pelanggaran semasa kempen pilihan raya kecil di Batu Talam yang sepatutnya tidak berlaku.
"Kami akan kemukakan kepada SPR dan orang ramai bahawa ada pelanggaran dalam kempen pilihan raya di bawah Akta Pilihan Raya yang sepatutnya diambil tindakan tegas oleh SPR," katanya.
Beliau juga membayangkan PAS mungkin memboikot pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan tegas tidak diambil bagi memperbetulkan kelemahan Akta Pilihan Raya yang ada sekarang.
Katanya, tindakan sedemikian boleh berlaku sekiranya SPR tidak memperbetulkan kelemahan yang ada seperti diakui sendiri Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini.

Tuesday, January 30, 2007

NGO bantu mangsa banjir melalui Unit Amal

Salman Hussin Wed Jan 31, 07 01:32:05 AM
SRI GADING, 31 Jan (Hrkh) – Unit Amal khususnya di Johor kini semakin menjadi pilihan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan mangsa banjir di negeri ini.
NGO-NGO ini menjadikan unit amal sebagai saluran bagi mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini dan keyakinan ini timbul mungkin disebabkan gerak kerja serta komitmen membantu masyarakat yang ditunjukkan unit amal ketika gelombang pertama banjir di Johor pada 19 Disember tahun lalu.
Selain itu berbagai cerita negatif yang kedengaran dalam pengagihan bantuan makanan dan juga peralatan lain seperti kain pelikat, kain batek, tikar dan juga selimut kepada mangsa banjir juga dilihat sebagai punca yang menyebabkan unit amal menjadi pilihan mereka.
Amalan negatif yang berlaku tempohari menyebabkan banyak pihak begitu berhati-hati untuk menyalurkan bantuan, bahkan bukan di kalangan NGO sahaja malah terdapat agensi kerajaan turut mengambil langkah yang sama.
Perubahan sikap ini jelas dapat dilihat apabila berlaku gelombang banjir kedua yang melanda Johor pada 12 Januari lalu, sikap berhati-hati ini menyebabkan golongan manusia yang cuba menangguk di air keruh serta mengambil kesempatan di atas penderitaan orang lain ini tidak lagi berpeluang merompak hak mangsa banjir ini dengan sewenang-wenangnya seperti yang berlaku sebelum ini. - mks.

Saturday, January 27, 2007

Batu Talam : Kehendak BN bakal jadikan pengundi hantu bermaharajalela

Basiron Abdul Wahab Sat Jan 27, 07 05:51:08 AM
RAUB 27 Jan (Hrkh) - Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor percaya pengundi hantu akan bermaharajalela di Batu Talam jika tiada usaha menghalangnya kerana Barisan Nasional (BN) mahu majoriti yang akan diperolehinya besar.
Beliau berkata, usaha menghalang pengundi hantu ini mesti dilakukan oleh penduduk tempatan yang prihatin kerana Batu Talam adalah tanah tumpah tempat lahir penduduk di sini.
"Jangan biarkan pengundi hantu merosakkan suara penduduk tempatan dalam pilihan kecil ini,"katanya ketika berceramah di Darul Falah, Dong Raub semalam.
Katanya, beliau percaya Umno akan berbuat apa sahaja bagi memastikan mereka memperolehi apa yang mereka mahu bagi menunjukkan kepada dunia bahawa sokongan rakyat kepada BN adalah kuat sekalipun sebenarnya mereka menggunakan cara kotor untuk mencapai hajat itu.
Ezam berkata, kehadiran ramai jentera BN di Batu Talam memudahkan usaha menyeludup pengundi hantu yang berselindung di sebalik petugas.
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) juga berkata, kebebasan media adalah tunjang kepada demokrasi dan media yang tidak bebas tidak memungkinkan pengaliran maklumat kepada pengundi menyebabkan demokrasi menjadi tempang.
"Kebebasan media adalah nafas demokrasi tanpa kebebasan menjadi akan 'tempang',"katanya.
Menurut Ezam, dalam mempraktikkan demokrasi tulen, rakyat adalah entiti yang paling berkuasa, tetapi di negara ini kuasa rakyat adalah lemah disebabkan sekatan terhadap kebebasan media.
Ini katanya jelas dapat dilihat apabila menteri-menteri yang berkuasa tidak didakwa sebaliknya pegawai kerajaan yang menjalankan tugas pula dipersalahkan dalam beberapa kes mutakhir seperti kes yang melibatkan Tabung Haji.
Media melaporkan kononya pegawai terbabit telah menipu dua menteri tetapi benarkan pegawai boleh 'menipu menteri' sebagaimana didakwa .
"Menteri sepatutnya dipersalahkan kerana beliau bertanggungjawab sepenuhnya keatas agensi dibawah kawalanya tetapi di Malaysia pengawai yang diperslahkan manakala menteri dibebaskan. inilah yang berlaku apabila demokrasi sudah tempang,"ujarnya./wann

Tuesday, January 23, 2007

Kejayaan dakwah berkait rapat dengan politik

Maslan Yusoh Tue Jan 23, 07 11:14:55 AM
KOTA BHARU, 23 Jan (Hrkh) - Kejayaan dalam bidang dakwah jelas mempunyai kaitan rapat dengan politik seperti dialami umat Islam di zaman awal kebangkitannya sehingga terpaksa berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, umat Islam disekat bergiat dalam bidang agama, sekaligus menghalang bergerak dalam bidang politik. Kata beliau, keadaan itu berlaku memandangkan Islam tidak memisahkan agama dengan politik.
“Ini bererti agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Kepada orang yang mengatakan politik dan agama boleh dipisahkan serupalah kita mengajar anak hidup di atas dunia tanpa memerlukan undang-undang,” ujarnya.
Menurutnya juga hijrah telah membawa satu perubahan sosial yang besar di mana sewaktu di Makkah masyarakat Arab hidup berpuak-puak dan menular birokrasi sehingga wujud dua golongan iaitu bangsawan dan rakyat biasa.
“Hijrah bererti berpindah tempat, meninggalkan kampung halaman, meninggalkan harta benda dan keluarga kerana mempertahankan aqidah yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
“Hijrah mengajar kita bersifat jati diri supaya tidak mudah tunduk atau menyerah kalah kepada ugutan atau tekanan pihak lawan,” katanya pada sambutan Hijratul Rasul 1428 Peringkat Negeri Kelantan di Balai Islam, baru-baru ini.
Perasmian sambutan itu disempurnakan Sultan Kelantan. Hadir sama Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, anakanda baginda, Tengku Amalin Aishah Puteri, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob.
Speaker Dun Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.
Menteri Besar juga berkata, perayaan dalam agama dirayakan secara khusus di Kelantan antaranya Hijratul Rasul, Mauludul Rasul, Nuzul al Quran, Israq Miraj, Bulan Sembahyang dan Wukuf di Padang Arafah.
Katanya, perayaan itu diadakan sebagai satu strategi bagi menarik perhatian masyarakat supaya sentiasa menghayati dan berpegang teguh dengan aqidah serta syariat Islam secara menyeluruh.

Monday, January 22, 2007

Pihak berkuasa digesa tangani segera wang palsu di Batu Talam

Basiron Abdul Wahab Tue Jan 23, 07 12:08:17 AM
RAUB, 23 Jan (Hrkh) - Selepas ribut dengan isu politik wang dalam persada politik negara, kini kehadiran wang palsu di sekitar lokasi pilihan raya kecil Batu Talam mencetus polimik baru.
Menyedari kesan negatif yang bakal menular dalam masyarakat, PAS mahu pihak berkuasa menangani segera isu peredaran wang palsu dalam pilihan raya Batu Talam.
Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, soal wang palsu bukanlah soal kecil, ia adalah soal besar kerana boleh memberi kesan buruk kepada negara.
Katanya jika wang palsu gagal ditangani wang itu akan beredar di pasaran dikhuatiri akan menjadi seperti wang Jepun semasa perang dunia kedua.
"Kalau wang palsu palsu beredar di pasaran nanti wang kita menjadi seperti wang Jepun semasa perang dunia kedua, wang gambar pisang itu, tidak ada nilai.
"Kita mahu pihak berkuasa menangani isu wang palsu ini sehingga ke akar umbi kerana jika tidak dibiarkan ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok PAS Cawangan Felda Tersang 1,2 dan 3, dekat sini.
Sementara itu, beberapa orang peneroka di Felda berkenaan turut menerima wang palsu berjumlah di antara RM5,000 ke RM1,000 yang dihantar melalui pos.
Seorang peneroka (yang enggan dikenali) berkata beliau menerima sepucuk surat yang diposkan dari Kuala Lumpur mengandungi wang palsu bernilai RM1,000 beserta sepucuk surat beralamat dari Kuantan.
"Surat itu tertulis perkataan Alumi Umno Pahang antara lain mengucapkan terima kasih kerana menyokong dan memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 28 Januari, dan meminta saya menggunakan wang itu untuk kenduri kesyukuran," katanya sambil menunjukkan kertas menyerupai wang RM50 itu.
Difahamkan peredaran wang palsu semakin menjadi-jadi di sebalik kerancakan BN berkempen tanpa tentangan di Batu Talam. - mks.

Ribuan rakyat Kelantan solat hajat selamatkan Johor

KOTA BHARU, 22 Jan Ribuan rakyat Kelantan menunaikan solat hajat malam tadi bagi memohon kepada Allah Taala diselamatkan rakyat Johor daripada bencana banjir yang berlaku di negeri terbabit. Solat hajat itu diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat, diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV selepas solat Isya. Sebelum itu Adun Demit, Ustaz Mohamed Daud mengimami solat Isya berjemaah. Pada sebelah siang bermula jam 10 pagi diadakan jamuan minum teh bagi memungut derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor. Pada program pungutan derma yang diadakan selepas solat hajat sebanyak RM126,000 berjaya dikumpulkan. Menteri Besar menerima sumbangan itu. Antara yang turut menyumbang iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebanyak RM50,000 dan anggota Exco kerajaan negeri Dato' Anuar Tan Abdullah dan Ustaz Mohd Amar Abdullah masing-masing RM5,000. Lebih mengejutkan apabila peniaga Cina antaranya Tan Boon Hin menyumbang RM10,000, Chen Siang Chua (RM10,000), Chen Siang Kia (RM5,000) dan Chua Bin Sin (RM5,000) manakala Syarikat Liziz Sendeco (RM10,000). Badan Perhubungan PAS Kelantan menyumbang sebanyak RM10,000 dan Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa (RM5,000) dan Dewan Pemuda PAS Kota Bharu (RM1,000). Hadir sama pada program itu anggota-anggota Exco, Dato? Husam Musa, Takiyuddin Hassan, wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat daripada pelbagai kaum. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, semua pihak perlu tampil bagi membantu orang yang susah lebih-lebih lagi ditimpa bencana tanpa mengira fahaman kaum dan politik. "Sebagaimana juga berlaku tsunami di Aceh, kita bantu dan hantar sukarelawan bagi membantu orang Islam yang terlibat dengan bencana," katanya sambil mengingatkan umat Islam tidak bercakap angkuh dan sombong. Minggu lalu kerajaan Kelantan menyumbang sebanyak RM1 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor yang diagih melalui Yayasan Amal Malaysia. Selain itu Badan Perhubungan PAS Kelantan pernah menyumbang sebanyak RM49,000 dan beras lima tan ketika banjir pusingan pertama berlaku.

Sunday, January 21, 2007

PAS sedia hadapi pilihan raya bila-bila masa

Sahar Abdul Majid Mon Jan 22, 07 05:06:27 AM
KUNDASANG,22 Jan (Hrkh) – PAS sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato’ Mustafa Ali.
“Kita sudah bersiap menghadapi pilihan raya umum kali ini dan jentera pilihan raya PAS di seluruh negara telah pun digerakkan,”demikian kata beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis Ijtimak Pilihan Raya dan Konvensyen IT PAS Sabah dekat sini kelmarin.
Kira-kira 150 orang para petugas PAS hadir pada majlis itu. Hadir sama, Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Syamsuddin; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Ismail Abdullah; Ketua Pemuda PAS Sabah, Ustaz Anuar Ali dan pimpinan peringkat Perhubungan Kawasan dan Dewan-dewan.
Menurut beliau, Umno dan Barisan Nasiional (BN) tidak boleh terus dibiarkan bermaharajalela melakukan apa sahaja bentuk kezaliman terhadap rakyat di Negara ini.
“Penyertaan kita dalam demokrasi dan pilihan raya adalah satu langkah untuk membendung kezaliman berterusan yang dilakukan oleh pemerintah hari ini,” tegas beliau.
Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu melihat PAS dan gabungan politik pembangkang yang semakin kukuh amat ditakuti oleh Umno dan BN ketika ini.
Gabungan ini katanya, akan diteruskan dan diperkasakan bagi menghadapi Umno dan BN.
Menurutnya lagi, Umno sekarang ini semakin resah menghadapi pembangkang apabila semakin banyak bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh mereka diketahui rakyat selain pergolakan dalaman Umno yang semakin serius.
Justeru itu, beliau mengingatkan jentera pilihan raya semua peringkat dan petugas-petugas PAS meningkatkan semangat juang dan strategi jentera pilihan raya dimantapkan.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh pilihan raya Batu Talam yang kini sedang berlangsung di Pahang.
Dalam ulasannya, langkah PAS dan parti pembangkang lain memulaukan pilihan raya berkenaan sebagai tamparan hebat kepada Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita amat berharap langkah itu memberi kesedaran kepada mereka agar memulihkan segera demokrasi yang semakin tercalar,” ujarnya.
Mengenai langkah untuk turut memboikot pilihan raya umum akan datang, katanya, pihaknya bersama parti pembangkang lain masih dalam kajian dan belum membuat sebarang keputusan mengenainya. - mks.

Boikot : Apakah Misi Melihat SPR Kembali Adil Dan Telus Tercapai

Oleh : cucumatkilau
Al-kisah, tinggal beberapa hari sahaja lagi Pilihanraya Kecil Batu Talam akan diadakan. Maka gembiralah para penduduk dan pengundi di situ. Dari sebuah nama yang cukup digeruni oleh dunia satu ketika dulu, akibat pembunuhan ngeri DUN itu iaitu Datuk Mazlan Idris. Kini Batu Talam pastinya terpalit dalam ingatan kita. Bukan kerana kisah Mona Fendy dalam isu kerat 18. Tetapi kerana pilihanraya kecil yang sungguh melucukan dan memalukan dalam sejarah. Ini kerana pertama kali berlaku, sejak dulu kini dan selamanya pakatan parti pembangkang memboikot pilihanraya kecil. Pihak yang turut menjadi perhatian sekarang ini sudah pastilah Suruhanjaya Pilihan Raya, yang dilihat lebih cenderong memihak kepada parti kerajaan dalam menentukan hala tujunya.
Namun, sayang seribu kali sayang semuanya ini telah tersurat. Apapun perkataan dan cadangan yang dibuat oleh kita yang mahukan sebuah sistem demokrasi yang adil dan telus kini terus terpinggir. Parti pembangkang di negara ini seolah-olah bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar dimata SPR. Hak sama rata yang perlu dinikmati sememangnya tiada termaktub dalam perlembagaan SPR. Bagi mereka, selagi imbuhan mereka dibayar oleh kerajaan yang memerintah maka selagi itulah mereka perlu tunduk kepada arahan parti memerintah.
Dalam keadaan ini, bagi memastikan satu pilihanraya yang benar-benar adil dan telus. Sesuatu perlu dilakukan dari sekarang. Ini bagi memastikan Pilihanraya Umum akan datang tidak terus dicemari dengan taktik-taktik kotor yang direncanakan oleh UMNO/BN dan SPR. SPR kini sememangnya dilihat sudah menjadi alat BN atau dalam erti kata lain sudah menjadi salah sebuah parti komponen terkuat dalam pakatan itu.
Persoalan yang harus dijawab sekarang. Kepada siapakah kita harus mengadu? Suhakam ? Polis ? BPR? atau siapa? Kerana semua badan terbabit penerajunya adalah dilantik oleh kerajaan yang memerintah. Nah, sekarang siapa lagi tempat untuk kita mengadu tentang kepincangan yang berlaku dalam amalan demokrasi berpalimen di negera ini. Siapa lagi kalau bukan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong . Dalam perkara 55 , Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bahkan dalam hal ini juga jika dilihat kepada matlamat SPR sendiri jelas menunjukkan bahawa peranannya amat penting dalam memastikan kesinambungan kerajaan yang berwibawa untuk memerintah negara ini.
Seantero dunia mengetahui, negara kita Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di samping mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Di peringkat negeri pula, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri merupakan Pemerintah Berperlembagaan bagi negeri-negeri berkenaan.
Perlembagaan Malaysia dengan jelas membahagikan kuasa Persekutuan kepada tiga cabang, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif. Pembahagian kuasa ini dibuat di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri, selaras dengan konsep persekutuan yang menjadi asas pentadbiran kerajaan negara ini.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya. Semasa menunaikan tanggungjawabnya, Suruhanjaya Pilihan Raya, selaku badan bebas, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam mengendalikan pilihan raya.
Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya yang dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli terkandung di dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong “hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam”.
Perkara ini jelas terkandung dalam akta tubuh SPR selama ini. Masalahnya mengapakah ini tidak dilaksanakan. Misalnya dalam fasal selaku badan bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak ketika melaksanakan pilihanraya. Apakah SPR bersikap demikian? Dan dalam fasal mustahak diadakan Suruhajaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. Apakah kini SPR benar-benar mendapat kepercayaan awam? Jika tidak mengapakah "Bajingan-bajingan SPR" ini terus dikekalkan?
Dalam perlembagaan juga jelas kepada kita bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dipertanggung jawabkan untuk melantik anggota SPR setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Maka dengan alasan inilah, sudah tiba masanya kita sebagai rakyat yang cintakan demokrasi bangkit untuk mendesak Sultan Mizan Zainal Abidin selaku Yang Di-Pertuan Agong penggal ini untuk membenarkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menjalankan penyiasatan tentang perilaku SPR mutakhir ini.
Kita semua tahu, diantara ramai-ramai sultan yang memerintah, hanya Sultan Mizan sahaja dilihat antara yang mempunyai imej serta resputasi yang baik dan benar-benar berjiwa rakyat. Ini berdasarkan kepada sikap lemah lembut beliau, serta peribadi beliau yang tidak pernah mempunyai "skandal" dengan mana-mana pihak yang berkaitan.
Bahkan, umum juga mengetahui sepatutnya beliau terlebih dahulu naik menjadi Agong sebelum Sultan Perlis. Namun atas campurtangan kerajaan memerintah ketika itu, beliau hanya menjadi timbalan. Kononnya pihak terbabit takut beliau akan memberikan pengampunan diraja dalam kes Anwar Ibrahim. Maka kini, Sultan Mizan kembali berkuasa untuk penggal ini, maka kita ada tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang untuk terus menghantar memorendom bagi mendesak beliau mengambil tindakan dan membaik pulih SPR.
Tambahan pula, diera beliau sudah pasti kita akan melalui satu lagi pilihanraya umum tidak lama lagi. Seharusnya rakyat perlu bangun beramai-ramai bagi menyuarakan hasrat ini. Jika kita terus dipersendakan oleh SPR yang kononnya bersikap adil dan telus itu. Sampai bila pun kita akan terus "ditelan pahit dibuang sayang". Ertinya setiap kali pilihanraya umum akan datang kita akan melalui kepahitan ini. Jika nak terus dibuang, terasa amat rugi. Bagi pilihanraya kecil seperti Batu Talam, itu mungkin tidak meninggalkan kesan yang mendalam. Namun, jika pilihanraya umum kita boikot bukankah ianya terlalu sayang untuk kita melepaskan negeri Kelantan kembali ke tangan UMNO/BN. Nak tak nak kita harus menghadapi semua ini. Jika perjuangan tidak berakhir dengan kuasa, apalah erti pengorbanan sebenarnya.
Dizaman Rasullullah SAW dulu juga, dalam menyampaikan dakwah baginda akhirnya baginda sanggup berhijrah dan menjadikan kuasa di Madinah untuk melaksanakan perundangan Islam itu sendiri. Maka, jika kita hanya gembira dengan memboikot apalah guna kita berparti? Lebih baik PAS.PKR didaftarkan sahaja menjadi sebuah agensi badan Bukan Kerajaan (NGO).
Justeru itu, sebagai natijahnya kita harus bersatu hatu mengutarakan suara rakyat untuk membuka mata semua pihak tentang kebobrokan dan kepincangan SPR ini. Caranya itulah yang ingin dilaksanakan oleh Parti PAS sekarang iaitu menghantar memorendum kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Bagi kita sebenarnya, jika manusia itu dilahirkan dengan akal fikiran yang cukup, pasti mereka akan melihat sendiri kepincangan ini. Namun bagi mereka yang telah dibutakan mata, hati dan perasaan, biarlah apapun keadaannya mereka tetap mengatakan SPR adalah cekap dan telus.
Pokoknya, mana peginya motto lama SPR dulu iaitu "Cekap, Adil Dan Telus"? Lihat sendiri di laman web SPR http://www.spr.gov.my/ , kini yang tinggal hanyalah "Cekap Dan Telus". Bukankah ini jelas menunjukkan kepada kita yang SPR sendiri pun tidak berani bersikap "Adil" dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini. Sama-samalah kita nantikan sinambungan daripada sinetron ini.

Saturday, January 20, 2007

Ramai yakin calon Bebas ditaja BN, lawan 'budak' lagi bacul

Abu Bakar Rahman Sat Jan 20, 07 09:43:06 AM
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Kalau letak budak-budak bacul, lawan "budak" lebih bacul malah antara yang paling bacul dari segala kebaculan.
Demikian reaksi spontan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar menjawab tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri menyifatkan parti pembangkang "bacul" kerana enggan bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam.
Perdana Menteri juga mendakwa pembangkang sanggup meletak calon bebas yang masih "budak" semata-mata untuk memastikan berlaku pertandingan pada pilihan raya kecil itu.
Mahfuz menolak dakwaan Perdana Menteri itu sambil menegaskan tidak bertanding bukan bererti tidak berlawan sambil membangkitkan semakin ramai rakyat yang mendakwa Umnolah yang menaja calon bebas itu.
"Memang sifat Umno hanya tahu bermain di atas padang yang tidak rata. Si bacul tidak akan berani berlawan di atas padang yang rata (levelled playing field).
"Kalau menang pun kemenangan si bacul. Si bacul yang semakin dituduh tidak pernah mempunyai perasaan malu sedikitpun kerana hanya berani meletakkan calon yang dianggap lemah sahaja untuk menjadi lawannya semata-mata kerana mahu membuktikan berlaku pertandingan pada pilihan raya kecil itu," katanya.
Menurut Mahfuz, BN begitu gelisah apabila PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memboikot pilihan raya itu kerana tindakan itu menjelaskan lagi kepada dunia tentang kecacatan demokrasi negara ini yang diletakkan di tangga tercorot dalam senarai demokrasi terencat (flawed democracy).
"Untuk menutup malu mereka, ramai yang mendakwa BN mencari seseorang untuk menjadi lawannya dalam pilihan raya kecil itu.
"Jika benar dakwaan itu, alangkah baculnya BN kerana hanya sanggup meletakkan seseorang yang tidak menyatakan arah tuju yang jelas, tidak dikenali dan dianggap lemah sebagai lawan. Seperti kata Orang Putih, 'coward of the worst kind'!" katanya.
Ketika ditanya alasan beliau bertanding, calon bebas itu, Ng Chee Pang, 21, hanya menyatakan: “Saya suka bertanding”.
Bagi bapanya, Ng Kwi Ling pula, alasannya ialah: "Saya mahu kasi bisnes pada orang Batu Talam (kerana) kalau ada pertandingan, orang ramai akan datang ke sini".
Mahfuz percaya, walau apa pun yang dilakukan oleh Umno, BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sering dituduh berkerja untuk memenangkan Umno, Malaysia akan tetap berada di nombor paling bawah dalam senarai demokrasi terencat.

Friday, January 19, 2007

Perutusan Maal Hijrah 1428 Presiden PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Fri Jan 19, 07 09:37:35 AM

Assalamualaikum wrt. wbt. Bersempena dengan kedatangan tahun Hijrah 1428 ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh masyarakat serta umat Islam di Malaysia.
Bersempena dengan sambutan ini, adalah amat penting bagi umat Islam menyedari betapa cabaran besar yang sedang dihadapi oleh Islam dan umatnya di seluruh dunia sekarang ini.
Khususnya, label, serangan dan ancaman Barat serta Zionisme terhadap Islam dan umatnya, sedang berlaku dengan penuh tragis.
Lihatlah sahaja cabaran yang terpaksa dihadapi saudara-saudara kita di bumi Palestin, Iraq, Afghanistan dan yang terbaru di Somalia.
Islam dan umatnya diletakkan di kandang orang salah oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan pelbagai label seperti 'pengganas atau terroris', seolah-olah Islam menjadi ancaman kepada keamanan dunia.
Marilah kita semua menyedari bahawa sekarang, Barat dan Zionis sedang mengistiharkan perang terhadap Islam dan umatnya.
Marilah juga kita mengambil iktibar tentang apa yang sedang berlaku di negara kita.
Bahawa cabaran untuk umat Islam begitu besar, bukan sekadar krisis penyalahgunaan kuasa, rasuah serta tekanan terhadap Islam.
Umat Islam juga semakin tercabar dengan ancaman gejala murtad di kalangan penganutnya sendiri.
Saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar kembali mengukuhkan saf ummah untuk menghadapi ancaman ini serta meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT.
Yakinilah sesungguhnya perjuangan Islam dengan mengambil iktibar dari tarikh hijrah Nabi Muhammad s.a.w.
Hijrah yang membawa erti yang begitu besar kepada kita umat Islam keseluruhannya.
Setiap cabaran serta ujian sepanjang hijrah sebenarnya adalah untuk mengukuhkan keyakinan mereka-mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sekian.
'SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1428'
YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG Presiden PAS

Mangsa banjir hadapi diskriminasi politik

Saari Sungib Fri Jan 19, 07 07:27:35 AM
Lawatan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat pada 18 Januari lalu untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Johor menyaksikan amalan diskriminasi politik Umno di sana.
Pasukan tersebut sempat melawat pusat penempatan banjir di Seri Tanjung, Sri Gading. Pusat tersebut menempatkan 22 buah keluarga dengan jumlah seramai 134 orang yang terdiri dari 77 lelaki dan 57 perempuan.
28 orang di kalangan mereka adalah pelajar yang tidak dapat ke sekolah kerana sekolah ditutup.
Pusat tersebut dikendalikan sendiri oleh penduduk. Mereka ditempatkan di sebelas buah khemah yang dipasang teratur dengan musolla terletak di pintu masuk kawasan. Pusat pentadbirannya dilengkapi dengan komputer dan mesin pencetak. Sebuah generator berfungsi 24 jam setiap hari bagi membekalkan elektrik yang telah dipotong di kawasan tersebut.
Penempatan mereka di situ adalah bagi kali kedua setelah banjir pusingan kedua melanda kawasan mereka.
Apa yang anehnya semasa banjir pusingan pertama dahulu mereka menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan tersebut adalah dalam bentuk makanan kering, makanan basah dan barang-barang keperluan lain. Bahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membina tiga buah tandas sementara yang dibuat kemas dan teratur untuk mereka.
Namun bagi banjir pusingan kedua, semua bantuan ini tiba-tiba tidak datang lagi. Setiausaha jawatankuasa pengurusan pusat tersebut, Zainal Abidin Jalil memberitahu bahawa pihaknya telah membuat permohonan kepada beberapa agensi yang bertanggungjawab. Semua permohonan tersebut ditolak atas alasan pusat tersebut bukan pusat penempatan rasmi!.
Pusat haram
Ada pegawai yang bila dihubungi menegaskan bahawa pusat tersebut adalah "pusat haram"!. Sikap pegawai tersebut amat melukakan hati mangsa banjir, kata Zainal Abidin.
Setelah berusaha berkali-kali, akhirnya Zainal Abidin menghubungi terus Exco Negeri Johor, Robiah Kosai untuk mendapatkan bantuan. Robiah menjawab: "You mesti pindah.. kalau you pindah, berapa banyak lori bantuan pun kami boleh hantar".
Menurut Zainal Abidin, kenyataan Robiah itu seperti satu ugutan. Kenyataan tersebut juga membuktikan bantuan memang ada. Hanya ia tidak disalurkan kepada mereka semata-mata kerana mereka tidak mahu berpindah.
Kata Zainal Abidin lagi: "Persoalan keselamatan selalu dijadikan alasan kenapa kami perlu pindah. Sedangkan kawasan kami adalah kawasan yang paling selamat. Kedudukannya tinggi dan air tidak sampai ke sini. Pusat penempatan yang disuruh kami pindah itu sebaliknya berada di kawasan yang dikelilingi air".
Beliau menegaskan lagi: "Alasan keselamatan sentiasa digunakan. Ada pula yang mengatakan tempat kami tidak selamat kerana nanti ada penduduk yang dipatuk ular. Soalan air naik, soalan banjir sudah tidak timbul".
Bila ditanya kenapa pada pusingan pertama dahulu mereka mendapat bantuan, Zainal Abidin menjawab: "Pada masa itu semua orang tidak bersedia. Kali kedua lebih bersedia. Banyak pusat telah dikawal oleh orang-orang politik".
Walaupun Zainal Abidin tidak menyebut parti politik mana yang mengawal pusat-pusat penempatan mangsa banjir, semua tahu bahawa parti itu adalah Umno.
Tidak dibenarkan masuk
Pasukan daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat juga tidak dibenarkan masuk ke Sekolah Agama Kg. Sengkuang yang dijadikan pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir. Pusat tersebut dikawal oleh ketua cawangan Umno di situ.
Menurut penduduk-penduduk yang ditemui, ketika banjir pusingan pertama dahulu mangsa-mangsa banjir di Seri Tanjung dan Sekolah Agama Kg. Sengkuang sama-sama mendapat bantuan daripada agensi-agensi berwajib. Semua bantuan yang dihantar adalah bagi mangsa-mangsa di kedua-dua pusat penempatan tersebut.
Tetapi pada banjir pusingan kedua, apabila mereka pergi ke Sekolah Agama Kg. Sengkuang, mereka diberitahu bahawa bantuan yang dihantar itu hanyalah untuk penduduk Kg. Sengkuang sahaja!.
Menurut seorang penduduk: "Dulu masa Hari Raya Haji, seekor lembu korban dibahagi dua antara Seri Tanjung dengan Kg. Sengkuang.. tapi hari ini, satu bantuan pun kami tidak terima lagi".
Setelah sejam anggota Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat berada di situ, tiba-tiba sebuah lori tentera datang. Turun daripada trak tersebut adalah beberapa orang pegawai daripada Jabatan Kesihatan yang membawa ubat-ubatan dan bersedia untuk memberikan khidmat kesihatan kepada penduduk.
Berkesan sungguh lawatan pasukan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat yang dibantu oleh PAS Kawasan Sri Gading kerana hanya dengan datang menggunakan dua pick-up truck, Umno telah respons dengan menghantar bantuan kilat menggunakan sebuah lori tentera yang begitu besar!. - mns

100 sukarelawan Kelantan bantu mangsa banjir

Maslan Yusoh Fri Jan 19, 07 07:16:17 AM
KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) – Kesungguhan kerajaan Kelantan membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tidak terhenti setakat menyalur sumbangan RM1 juta sahaja, malah hari ini lebih 100 sukarelawannya bertolak ke negeri terbabit.
Mereka menaiki 30 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori yang dikenali sebagai Misi Bantuan Banjir Briged Kebajikan Perdana Kerajaan Negeri Kelantan.
Misi tersebut diketuai Ketua Briged Perdana Kelantan, Yuganu Yunus dilepaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di JKR 10 pagi tadi.
Selain mendapat kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat misi itu turut disertai 12 badan bukan kerajaan termasuk Pupuk Nilai Murni Bhd, Gabungan Kelab 4 x 4 Kelantan.
Kelab Sahabat Penyayang Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Intelek dan Graduan Kelantan, Pandu Puteri dan Nisa’ Negeri Kelantan. Turut serta tiga doktor dan lima pembantu perubatan daripada Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia.
Yuganu berkata, mereka akan berada di Kota Tinggi dengan menumpukan aktiviti membantu penduduk melalui gotong royong, perkhidmatan kesihatan dan penyediaan makanan.
“Kami juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sepanjang berada di sana kita mengikut jadual ditetapkan pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Menurutnya juga sepanjang berada di Kota Tinggi sukarelawan akan tidur di dalam khemah disediakan dalam kenderaan masing-masing.
Ketika banjir gelombang pertama melanda Johor sebelum ini kerajaan negeri menghantar dua kumpulan sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
Badan Perhubungan PAS Kelantan juga turut menyalurkan bantuan sebanyak RM49,000 dan makanan yang dihantar menggunakan lori.
Sementara itu, Menteri Besar melahirkan sokongan penuh terhadap usaha dilakukan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor kerana mereka berdepan dengan kesusahan.
Katanya, adalah menjadi kewajiban untuk membantu mereka yang ditimpa kesusahan.
“Rakyat Kelantan mempunyai pengalaman berdepan dengan banjir kerana sebelum ini mereka sering mengalaminya. Kita boleh rasai apa yang dialami rakyat Johor sekarang.
“Biar pun berlainan fahaman politik ia tidak akan menghalang usaha dilakukan kerana semua manusia adalah berasal daripada Nabi Adam,” ujarnya.
Kenderaan misi bantuan itu dilengkap dengan bendera dan pelekat yang berlatarbelakang bendera Kelantan dan wajah Menteri Besar.
Tanpa menghiraukan hujan renyai-renyai Tuan Guru Nik Abdul Aziz melepaskan setiap kenderaan tersebut yang turut disaksikan anggota Exco, Dato’ Husam Musa dan pegawai kerajaan negeri.

Thursday, January 18, 2007

PAS mungkin boikot pilihan raya umum

Thursday, 18 January 2007
KOTA BHARU, 18 Jan (Hrkh) - Memulaukan pilihan raya umum bukan sesuatu yang mustahil dilakukan oleh PAS atau pembangkang jika segala kepincangan yang berlaku dalam proses pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak diatasi.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tidak menolak kemungkinan akan memulaukan pilihan raya umum akan datang tetapi segala keputusan mengenai perkara itu akan ditentukan bila tiba masanya.
‘‘Kemungkinan itu ada kalau tidak diperbaiki, jangan fikir ia tak mungkin (dilakukan). Tetapi saya tidak kata ‘ya’,” kata beliau.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri membayangkan kemungkinan itu kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco di sini, semalam.
PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memboikot pilihan raya kecil Batu Talam 28 Januari ini kerana tidak mahu bertolak ansur dengan perjalanan sistem pilihan raya dan SPR yang dicemari penyelewengan, kepincangan dan penipuan.
Ditanya tentang penyertaan PAS dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir Disember lalu, beliau berkata, pilihan raya kecil itu adalah kes yang berlainan namun mempunyai kaitan.
Di Pengkalan Pasir, katanya, PAS cuba mempertahankan kerusinya yang dirasakan penting kerana ia boleh menggugat kerajaan Kelantan apabila PAS dan Barisan Nasional memiliki jumlah kerusi yang hampir seimbang.
‘‘Perjalanan pilihan raya di Pengkalan Pasir mengukuhkan keputusan Pas untuk tidak menyertai pilihan raya di Batu Talam kerana wujud kes pengundi hantu, penyamaran dan politik wang yang berleluasa,” ujarnya.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam kenyataannya sebelum ini menyifatkan undang-undang dan peraturan pilihan raya yang telah berusia 50 tahun itu tidak lagi sesuai digunakan.
Pengerusi SPR itu juga mencadangkan agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi mengkaji semula undang-undang dan peraturan pilihan raya serta penstrukturan semula SPR.
Abdul Rashid dilihat sebagai memberikan gambaran bahawa pilihan raya di negara ini tidak telus, tidak adil dan tidak saksama apabila berkata, selain memberi lebih kuasa kepada SPR, kajian semula itu juga bertujuan menjadikan proses pilihan raya lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan rakyat negara ini.
Beliau juga dilihat menggambarkan bahawa SPR tidak dapat menjamin keadilan dalam pilihan raya apabila berkata, undang-undang dan peraturan pilihan raya yang telah berusia 50 tahun itu tidak lagi sesuai digunakan pada masa ini dan tidak lagi memberi ruang kepada SPR untuk menjamin keadilan terus wujud bagi semua pihak memandangkan keadaan sosial yang telah berubah.

Wednesday, January 17, 2007

Boikot pilihan raya bertujuan pulihkan demokrasi - BA

Basiron Abdul Wahab Thu Jan 18, 07 05:15:17 AM
RAUB 18 Jan (Hrkh) – Pemimpin Barisan Alternatif (PAS dan Keadilan) mengakui keputusan memboikot pilihan raya khususnya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Talam bukanlah perkara mudah.
Ini kerana asas penubuhan sesebuah parti politik adalah untuk menyertai proses demokrasi iaitu menyertai pilihan raya.
Perkara itu diakui oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chu, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali, Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Paduka Ibrahim Ali dan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasruddin Mat Isa di hadapan lebih 4,000 penyokong Barisan Alternatif (BA), di Raub sempena pelancaran Kempen Bokot Pilihan Raya sembilan jam sebelum penamaan calon Dun Batu Talam, kelmarin.
Menurut Tian Chua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar memberi keadilan kepada parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya dengan menyediakan sistem pilihan raya yang bersih.
Katanya pilihan raya di Malaysia sudah menjadi suatu perniagaan yang menguntungkan melalui kewujudan projek-projek segera yang diwujudkan serta merta apabila berlakunya pilihan raya kecil.
Bagi bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Paduka Ibrahim Ali berdasarkan pengalamannya bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tahun lalu, adalah wajar BA memboikot pilihan raya kecil Batu Talam.
Beliau memuji keberanian BA membuat keputusan yang sangat besar iaitu memboikot pilihan raya kecil Dun Batu Talam pada 28 Januari ini.
Katanya, pemimpin BA tidak perlu merasa bimbang dengan keputusan yang mereka buat kerana pilihan raya kecil ini akan dijadikan medan oleh BN untuk memulihkan kedudukan Perdana Menteri yang tercalar selepas menang dengan undi Pos di Pengkalan Pasir.
Katanya lagi, para pemimpin BA juga tidak wajar berasa dukacita dengan pemboikotan ini sebaliknya memberi tumpuan terhadap isu lain.
Sementara itu Naib Presiden PAS, Haji Mohamd Sabu dalam ucapanya berkata PAS tetap tidak mengubah dasarnya mengambil pendekatan ‘aman’ bukan pendekatan militin dalam usaha untuk menegakkan negara Islam.
Menurutnya pendekatan yang diambil adalah suatu usaha untuk melihat demokrasi terus subur di negara ini daripada terus dipermainkan oleh pihak tertentu.
“Pembokotan pilihan raya ini menunjukkan rakyat mahu melihat perubahan dalam demokrasi di negara ini,” katanya.
Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkata, BA menuntut satu pilihan raya bersih khususnya dalam pilihan raya kecil Dun Batu Talam.
Menurut Ustaz Nasaruddin kempen boikot pilihan raya ini akan terus diadakan sehingga menjelang pilihan raya umum dan sepanjang tempoh itu pihaknya akan mengadakan seminar, pertemuan, mengedarkan poster, risalah dan sebagainya bagi menyedarkan orang ramai tentang pilihan raya bersih dan adil.
Katanya satu perhimpunan rakyat secara besar-besaran juga akan diadakan untuk menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa. - mns

Tahniah Kepada Kerajaan PAS Kelantan, Derma RM1 Juta Kepada Johor

Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)
TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Kelantan kerana bermurah hati menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta kepada Kerajaan Johor bagi membantu mangsa banjir di negeri berkenaan.
Langkah Kerajaan Kelantan itu sungguh mengharukan kita semua. Siapa sangka Kelantan yang dilaung-laungkan sebagai negeri paling miskin kerana ia berada di bawah pembangkang tiba-tiba muncul menjadi negeri penderma tertinggi untuk mangsa banjir di Johor, negeri yang berkarat dengan Umno.
Negeri-negeri lain, yang semuanya berada di bawah Kerajaan Umno dan BN, seharusnya merasa malu dengan tindakan Kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat itu. Semua Menteri Besar negeri-negeri di bawah Umno/BN sepatutnya memukul diri mereka sendiri atau melihat alat kelamin masing-masing apabila mengetahui langkah Kerajaan Kelantan itu!
Semua kerajaan negeri di bawah BN, dari Perlis hingga ke Sabah kena merasa malu. Paling memalukan lagi ialah apabila serentak dengan pengumuman Kerajaan Kelantan itu, Kerajaan Terengganu telah menghulurkan bantuan kepada Johor tetapi nilaian beribu kali ganda lebih rendah daripada apa yang Kerajaan Kelantan berikan.
Sebanyak dua kali, Idris Jusoh (MB rambut keras) menyebut angka yang didermakan itu, iaitu sebanyak RM100,000. (Seratus ribu sahaja).
Semasa menyebut angka itu Idris nampak begitu berbangga dengan apa yang didermakan itu. Beliau merasakan Teregannulah satu-satunya negeri berderma sebegitu banyak. Tetapi kalau beliau ada maruah selepas beliau mengetahui kerajaan Kelantan menderma sebanyak RM1 juta beliau seharusnya segera menambahkan nilai dermanya sebanyak RM9,900,000. lagi.
Tidak mengapalah, mungkin Kerajaan Terengganu sudah tidak ada wang, kerana telah dibelanjakan untuk pesta Monsoon Cup baru-baru ini. Tetapi bagaimana dengan Kerajaan Negeri-Negeri lain. Macam mana dengan Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Perak Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Pahang yang kononnya merasakan diri mereka lebih kaya daripada Kelantan?
Sehingga ini tidak terdengar lagi mereka juga terbuka hati untuk menghulurkan bantuan kepada Johor. Setakat beri seluar dalam, coli dan magge tidak berbaloi. Apa lagi barangan itu mungkin diambil daripada syarikat-syarikat tertentu dan bukan dikeluarkan daripada kantung Kerajaan Negeri.
Dengan sumbangan Kerajaan Kelantan itu, maka jelaslah segala-galanya. Ia menjawab bahawa tuduhan dan ejekan kepada Kerajaan Kelantan selama ini, miskin, papa kedana, merempat, tidak betul sama sekali. Sebaliknya segala tuduhan itu terbalik dan terkena ke batang hidung diri mereka sendiri.
Jelas dengan huluran derma sebanyak itu menunjukkan Kerajaan Kelantan mempunyai wang dan ekonominya stabil. Kalau tidak ada wang dan ekonominya tidak stabil, sudah tentu Kelantan tidak mampu untuk menderma sebanyak itu kepada negeri yang selalu mengejeknya selama ini.
Dan bercakap fasal ada wang dan ekonomi stabil, mungkin orang tidak teringat siapakah insan yang siang malam memerah otak untuk mendapatkannya. Selalunya terjadi di dalam hidup manusia, apabila mereka sudah mendapat cahaya, mereka tidak pernah bertanya siapakah yang mengambil cahaya itu daripada Tuhan untuk menerangi kehidupannya!
Selain itu, sikap Kerajaan itu juga menunjukkan keprihantinannya kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira sesiapa. Inilah sikap yang sepatutnya dicontohi dan diteladani oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri lain. Tidak memilih bulu atau bertindak pilih kasih. Mungkin atas amalan dan pendekatan inilah menyebabkan Kelantan sentiasa makmur dan rakyatnya tidak pernah gundah walaupun ditimpa masalah. – Reformasi.

Pas tidak akan berada di Batu Talam: Salahuddin

RAUB: Jentera parti PAS tidak akan berada di kawasan Dewan Undangan (DUN) Batu Talam sepanjang pilihan raya kecil DUN itu berlangsung, kata Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub.Malah, katanya, PAS tidak akan terlibat langsung dalam pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) menentang calon Bebas itu."Kita dah 'call off' (batalkan), malah kita takkan tanya dan tak akan terlibat langsung di sana," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.Salahuddin berkata langkah itu adalah selaras dengan keputusan parti untuk memboikot pilihan raya kecil tersebut yang dijadual pada 28 Jan ini."Kita sebaliknya telah mengerahkan jentera kita ke Johor bagi membantu mangsa banjir di sana," katanya.Ditanya mengenai kehadiran calon Bebas tersebut, Salahuddin berkata ia adalah hak individu berkenaan.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilaporkan berkata BN percaya kehadiran calon Bebas itu adalah atas tajaan pembangkang dan yakin mereka akan berkempen meminta sokongan untuk calon tersebut.PAS dan Parti Keadilan Rakyat telah berulang kali dilapor memboikot pilihan raya kecil DUN Batu Talam bagi mengisi kekosongan wakil rakyat kawasan itu selepas penyandang BN Datuk Tengku Paris Tengku Razlan meninggal dunia bulan lalu.DAP pula menyatakan tidak berminat untuk bertanding, bagaimanapun kehadiran Ng Chee Pang, iaitu anak kepada bekas pemimpin DAP Pahang, sebagai calon bebas menimbulkan spekulasi bahawa anak muda berusia 21 tahun itu ditaja parti tersebut.Dalam pilihan raya kecil ini, Ng akan mencabar calon BN Abdul Aziz Mat Kiram.

Pas tidak akan berada di Batu Talam: Salahuddin

RAUB: Jentera parti PAS tidak akan berada di kawasan Dewan Undangan (DUN) Batu Talam sepanjang pilihan raya kecil DUN itu berlangsung, kata Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub.Malah, katanya, PAS tidak akan terlibat langsung dalam pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) menentang calon Bebas itu."Kita dah 'call off' (batalkan), malah kita takkan tanya dan tak akan terlibat langsung di sana," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.Salahuddin berkata langkah itu adalah selaras dengan keputusan parti untuk memboikot pilihan raya kecil tersebut yang dijadual pada 28 Jan ini."Kita sebaliknya telah mengerahkan jentera kita ke Johor bagi membantu mangsa banjir di sana," katanya.Ditanya mengenai kehadiran calon Bebas tersebut, Salahuddin berkata ia adalah hak individu berkenaan.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilaporkan berkata BN percaya kehadiran calon Bebas itu adalah atas tajaan pembangkang dan yakin mereka akan berkempen meminta sokongan untuk calon tersebut.PAS dan Parti Keadilan Rakyat telah berulang kali dilapor memboikot pilihan raya kecil DUN Batu Talam bagi mengisi kekosongan wakil rakyat kawasan itu selepas penyandang BN Datuk Tengku Paris Tengku Razlan meninggal dunia bulan lalu.DAP pula menyatakan tidak berminat untuk bertanding, bagaimanapun kehadiran Ng Chee Pang, iaitu anak kepada bekas pemimpin DAP Pahang, sebagai calon bebas menimbulkan spekulasi bahawa anak muda berusia 21 tahun itu ditaja parti tersebut.Dalam pilihan raya kecil ini, Ng akan mencabar calon BN Abdul Aziz Mat Kiram.

Tuesday, January 16, 2007

Boikot pilihan raya merupakan mesej pada BN - Tuan Ibrahim

Basiron Abdul Wahab Wed Jan 17, 07 06:35:42 AM

RAUB, 17 Jan (Hrkh) - Ketiadaan calon pemangkang bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri N 6, Batu Talam membuktikan usaha memboikot pilihan raya kecil itu berjaya, kata Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, beliau berbangga kerana ahli PAS mempunyai kepatuhan yang tinggi terhadap arahan dan keputusan parti walaupun ia suatu keputusan yang amat sukar diterima oleh ahli iaitu memboikot pilihan raya.
”Pada asasnya kita berjaya menghantar mesej kepada Barisan Nasional,” katanya ketika mengulas isu tersebut.
Sebelum ini timbul desas desus mengatakan ada pihak tertentu daripada kalangan ahli PAS akan bertanding sebagai calon bebas kononnya sebagai proksi kepada PAS atau Keadilan tetapi meleset apabila tiada calon daripada kalangan ahli PAS atau Keadilan yang bertanding.
Malam tadi, sempena pelancaran Kempen Boikot Pilihan Raya di Dong, Raub, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasruddin Mat Isa memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk memecat mana-mana ahli PAS yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Batu Talam.
Mengenai calon bebas yang bertanding di Batu Talam, Dato' Tuan Ibrahim berkata ia tiada kiatan langsung dengan PAS malah calon bebas tersebut Ng Chee Pang 21, belum menganggotai mana-mana parti politik.
Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri N6 Batu Talam menyaksikan pertandingan satu lawan satu BN dengan Bebas, Ng Chee Pang, 21, manakala calon BN, Abdul Aziz Mat Kiram 43.
“Ia juga suatu isyarat kepada agar terpaksa bertanding dengan seorang bebas,” ujarnya.
Hari pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Batu Talam ialah pada 28 Januari ini, Batu Talam mempunyai 10,525 pengundi berdaftar, 12 pusat mengundi 23 saluran mengundi.
Kerusi Dun berkenaan kosong berikutan kematian Adunya Dato’ Tengku Paris Razlan pada 27 Disember lalu. - mns

Dana Kami Prihatin - Bantuan Mangsa Banjir Johor

Posted by jaLiey_M on 2007/1/16 13:48:46

Atas keprihatinan dan kesinambungan usaha2 LajnahKebajikan PAS Pusat membantu Perhubungan Johorkhususnya LKK Johor dalam menangani bencana banjir,satu Badan Bertindak Banjir Johor peringkat Pusattelah ditubuhkan pada hujung minggu lalu. Badan iniditubuhkan untuk menyelaras dan melicinkan usaha2menyalur bantuan ke Johor dan juga negeri2 lain jikabanjir merebakNamun begitu usaha2 bantuan telah bermula sejakgelombang pertama banjir dan penubuhan badan ini hanyauntuk 'merasmikan' gerak kerja sebelum ini.LKK Negeri2 telah diberi jadual waktu tersusun untukturun ke Johor bersama sukarelawan masing-masing dansumbangan material. Sumbangan berbentuk wang atau RM adalah keutamaanBBBJ, tetapi pelbagai sumbangan lain juga dialu2kanseperti peralatan tidor, makanan ringan, peralatanletrik kecil seperti periok nasi dan cerek air, tikar,air minuman, keperluan harian wanita dan lelaki,lampin dan susu bayi, beras dan makanan dalam tin danperalatan solat. Pakaian terpakai juga diperlukantetapi hendaklah yang terpilih dan telah diasing2kanantara pakain lelaki, wanita dan kanak-kanak. padamasa yang sama kita amat memerlukan sukarelawan yangmembawa bersama peralatan membersih, sukarelawan yangboleh memberi kaunseling dan tazkirah kepada mangsabanjir yang begitu trauma.Kenderaan yang digunakansebaiknya adalah Kenderaan pacuan 4 roda atau MPV.Sukarelawan diminta membawa makanan dan minuman yangmencukupi untuk kegunaan sendiri serta berada dalamkeadaan sihat, supaya dengan ini tidak menyusahkantuan rumah yang sudah sedia susahPusat pengumpulan barang adalah di Markaz Tarbiyah PASTaman Melewar Dana Kami Prihatin- bantuan mangsabanjirAtas keprihatinan dan kesinambungan usaha2 LajnahKebajikan PAS Pusat membantu Perhubungan Johorkhususnya LKK Johor dalam menangani bencana banjir,satu Badan Bertindak Banjir Johor telah ditubuhkanpada hujung minggu lalu. Badan ini ditubuhkan untukmenyelaras dan melicinkan usaha2 menyalur bantuan keJohor dan juga negeri2 lain jika banjir merebakNamun begitu usaha2 bantuan telah bermula sejakgelombang pertama banjir dan penubuhan badan ini hanyauntuk 'merasmikan' gerak kerja sebelum ini. LKKNegeri2 telah diberi jadual waktu tersusun untuk turunke Johor bersama sukarelawan masing-masing dansumbangan material. Sumbangan berbentuk wang atau RM adalah keutamaanBBBJ, tetapi pelbagai sumbangan lain juga dialu2kanseperti peralatan tidor, makanan ringan, peralatanletrik kecil seperti periok nasi dan cerek air, tikar,air minuman, keperluan harian wanita dan lelaki,lampin dan susu bayi, beras dan makanan dalam tinserta peralatan solat. Pakaian terpakai jugadiperlukan tetapi hendaklah yang terpilih dan telahdiasing2kan antara pakaian lelaki, wanita dankanak-kanak.Pada masa yang sama kita amat memerlukan sukarelawanyang membawa bersama peralatan membersih, sukarelawanyang boleh memberi kaunseling dan tazkirah kepadamangsa banjir yang begitu trauma, sukarelawan darikalangan doktor dan para medik. Kenderaan yangdigunakan sebaiknya adalah Kenderaan pacuan 4 rodaatau MPV. Sukarelawan diminta membawa makanan danminuman yang mencukupi untuk kegunaan sendiri sertaberada dalam keadaan sihat, supaya dengan ini tidakmenyusahkan tuan rumah yang sudah sedia susahPusat pengumpulan barang adalah di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar Sumbangan RM boleh disalurkan terus ke akaun
DANA KAMI PRIHATIN, Bank Islam Taman Melawati12113010026150
Nombor perhubungan Puan Aliza 0123404120. 0192434120,Sdra Anis Sofian 0192357231,
Puan Marlina 0193886054

Semoga usaha kita yang ikhlas ini akan memberimunafaat kepada saudara-saudara kita yang ditimpabencana dan mendapar ganjaran dari Allah swt.

Dr Lo?lo bt Hj Mohamad Ghazali
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PASPusat

Mana calon Bebas tajaan PAS?

Akhirnya berlaku juga pertandingan di Batu Talam. Ramai menjangkakan yang calon BN berkemungkinan besar menang tanpa bertanding apabila PAS dan PKR mengisytiharkan yang mereka memboikot pilihanraya kecil ini. Rupanya tidak.Yang menariknya calon Bebas yang ditunggu-tunggu itu rupanya bukan Mamat bukan Dollah sebagaimana yang diduga tetapi calon bebas yang mengemukakan kertas pencalonannya siang tadi adalah Ng Chee Pang, 21 tahun.

Saya tersenyum mendapat berita ini kerana semalam saya menggeleng kepala membaca rencana wartawan Utusan NAZRULLAH ROSLI dan ARSHAD KHAN yang menulis berkenaan analisa politik mereka di bawah tajuk:Berselindung disebalik calon BebasMereka menulis:
Strategi Pas di Batu Talam dengan meletakkan calon bebas bukannya menggugat BN, tetapi diibaratkan sebagai menggali kubur sendiri.
Penyokong mereka sendiri yang mengharapkan satu pertandingan hebat pastinya kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang dibayangi oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memandangkan Pas sudah melakukan kesilapan, adalah lebih baik jika parti itu tidak meneruskan dengan sebarang idea yang tidak masuk akal.
Harus diingatkan, Batu Talam bukan kawasan hitam atau kelabu buat BN, ia adalah kubu kuat parti itu dan telah mendapat sokongan majoriti lebih besar daripada pengundi pada pilihan raya umum lalu.
Justeru, walau apa pun keputusan Pas pada penamaan calon esok, yang pastinya, baik parti itu mahupun calon bebas yang ditaja kelak tidak berupaya menandingi jentera pilihan raya BN yang sudah bersiap sedia dengan secukupnya.
Membaca tulisan pasangan ini sahaja membayangkan kepada kita akan betapalah BEBAS sebenarnya Utusan itu. Rencana ini terbit semalam iaitu sehari sebelum penamaan calon dalam waktu PAS dan PKR telah pun membuat pengisytiharan tidak akan bertanding malah akan memboikot pilihanraya kecil ini.Jadi kenapalah pasangan penulis ini yang menganggap akhbar mereka sebagai akhbar Melayu yang kononnya bebas tergamak menggambarkan sesuatu yang bohong, palsu dan berbau fitnah.Nah ambil, siang tadi yang mengemukakan kertas pencalonan adalah NG CHEE PANG! Lalu apa lagi yang akan kedua pasanagan ini tulis pula selepas ini. PAS taja calon Cina yang bukan Islam!?Kerusi Batu Talam ini adalah kerusi majoriti Melayu. Kalaulah benar ada suara halus telah membisik ke telinga pasangan ini bahawa PAS akan menaja calon Bebas dengan maksud menentang calon Umno takkanlah PAS memasang seorang Cia yang bukan Islam sedangkan peratus pengundi Melayu adalah seramai 79%.Kalau pun kita diarahkan untuk menulis bagi memenangkan BN dan meranapkan pembangkang, tulislah dengan fakta. Sesungguhnya kita tidak sekali-kali akan terlepas dari pertanggungjawaban di hadapan Allah swt atas segala kerja dan dalam hal ini karya yang kita usahakan di dunia. Jelas kalaulah orang merungut bahawa jika berlaku penggabungan NST-Utusan kelak maka akan hilanglah kebebasan Utusan nanti, saya percaya saya tidak keseorangan dalam berkata: lantaklah mereka, kerana kebebasan Utusan itu sebenarnya telah lama mati berkubur tanpa nisan.
posted by Roslan SMS 3:27:00 PM

Monday, January 15, 2007

Kecanggihan sains tidak mampu tolak kedatangan bala

Salmah Mat Husain Tue Jan 16, 07 05:16:14 AM
PENGKALAN CHEPA, 16 Jan (Hrkh) – Banjir besar yang melanda Johor sekarang adalah masa terbaik bagi manusia untuk melihat kebesaran Allah SWT yang boleh menurunkan bala ke atas sesiapa sahaja.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekali pun manusia mempunyai peralatan canggih, namun mereka tidak dapat menolak ujian yang didatangkan dari Allah.
“Umat Islam tidak boleh berpandu kepada kecanggihan sains semata-mata tanpa melihat kebesaran Allah SWT terhadap apa yang berlaku. Namun malangnya sekarang manusia hanya berpandukan kepakaran sains semata-mata tanpa melihat kebesaran Allah.
“Selagi kita hanya fikir tentang sains, selamanya kita tidak akan faham, kecuali apabila mengingati kebesaran Allah,” ujarnya sebagai mengulas perkembangan banjir besar yang melanda selatan Semenanjung sekarang.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian dividen Program Pembangunan Ladang Rakyat peringkat Parlimen Pengkalan Chepa, di Sekolah Menengah Agama Arab Badang, dekat sini kelmarin.
Johor dilaporkan hampir lumpuh sejak banjir melanda beberapa hari lalu. Sehingga malam tadi hampir 100,000 penduduk dipindahkan. Banjir yang menenggelamkan semua bandar di Johor dikatakan akan berlarutan beberapa hari lagi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, walaupun peralatan canggih yang mampu mengesan tompokan awan tebal di tempat-tempat tertentu, namun pada bila-bila masa sahaja Allah boleh mengalihnya ke tempat lain.
“Allah menurunkan hujan yang lebat di tempat-tempat yang dikehendakiNya, namun sekiranya ada di kalangan hambaNya berdoa apabila melihat awan tebal, ia boleh dialih ke tempat lain pula.
“Rasulullah sendiri pernah berdoa apabila melihat tompok awan hitam yang tebal agar Allah menurunkan hujan di tempat lain seperti bukit-bukau,” ujarnya.
Beliau berkata, kemungkinan disebabkan doa berkenaan sudah menjadi amalan rakyat di Kelantan banjir besar tidak melanda tahun ini.
Pada majlis itu seramai 135 peserta menerima dividen Ladang Rakyat bagi peringkat Parlimen Pengkalan Chepa iaitu sebanyak RM600 setiap seorang.
Sementara itu, Pengurus Eksekutif Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, sebanyak RM2.9 juta yang membabitkan 2,500 penerima telah dagihkan bermula Julai tahun lalu. Menurutnya, setiap penerima memperolehi sejumlah RM600 untuk tempoh tiga bulan.
Beliau juga berkata, Ladang Rakyat akan memperluaskan ladangnya di beberapa lokasi baru yang telah dikenal pasti bagi membolehkan lebih ramai lagi penduduk miskin menerima bantuan.

SPR permainkan cadangan pembangkang

Abu Bakar Rahman Mon Jan 15, 07 09:39:06 PM
RAUB, 16 Jan (Hrkh) - Kemerosotan demokrasi di negara ini lengkap apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih pemerintahan.
Berucap kepada kira-kira 10,000 rakyat dalam perhimpunan melancarkan kempen kempen mobilisasi rakyat memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam serta menuntut proses pilihanraya yang bersih, telus, adil dan saksama di sini malam tadi, Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu berkata, demokrasi di Malaysia merosot dari satu Perdana Menteri ke satu Perdana Menteri yang lain.
"Kemerosotan demokrasi complete (lengkap) bila Abdullah mengambilalih pemerintahan dan menjadi Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri," katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digunakan untuk mengalahkan pembangkang.
"SPR kalahkan Barisan Alternatif (BA) dua kali di Selangor, iaitu dalam pilihan raya 1999 dan pilihanraya 2004," katanya.
Dalam pilihan raya 2004, katanya, lebih 200,000 orang tidak dapat mencari tempat mengundi akibat perbuatan SPR.
"SPR juga yang mengalahkan PAS dan BA di Terengganu. Sepatutnya pertambahan pengundi dalam daftar pemilih hanya sekitar empat hingga lima peratus sahaja. Itu kebiasaannya. Tetapi pertambahan pengundi dalam daftar pemilih di Terengganu meningkat hingga 17 peratus. Dari mana datangnya ini semua?" beliau mempersoalkan.
Bagi mengatasi kesemua itu, beliau menjelaskan, pembangkang bukan hanya mengkritik malah mencadangkan supaya dibersihkan daftar pemilih serta mereka yang berumur 21 tahun ke atas didaftarkan secara otomatik dalam daftar pemilih, dihapuskan undi pos dan digunakan sistem celup jari selepas mengundi.
"Tetapi satu pun SPR tak pandang malah mempermain-mainkan cadangan kita," beliau mendedahkan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berdolak-dalik untuk menerima sistem celup jari malah menyifatkannnya ketinggalan zaman, kata Mohamad Sabu.
"Tetapi dia tidak kemuka apa yang sesuai dengan zaman ini," katanya lagi.
Manakala cadangan pembangkang mengenai pembersihan daftar pemilih dan penghapusan undi pos, kata beliau, langsung tidak dipeduli dan didiamkan begitu sahaja oleh SPR.
Mohamad Sabu menyifatkan dakwaan Abdul Rashid terhadap cadangan pembangkang itu sebagai angkuh.
Malah, dengan mengaitkan dua jawapan berbeza Abdul Rashid kepada DAP dan PAS mengenai sistem celup jari, beliau menyifatkan Pengerusi SPR itu penipu.

PAS tidak taja calon bebas, awasi sabotaj BN

Mohd Rashidi Hassan Mon Jan 15, 07 08:17:55 AM
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Hrkh) - PAS sama sekali tidak menaja sebarang calon bebas untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Raub pada penamaan calon 16 Januari ini (esok) tegas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
"Mana-mana pihak yang berarak dengan membawa bendera PAS atau lambang PAS, atau mendakwa dirinya ahli PAS adalah sabotaj dari pihak lawan," tegas beliau.
Kerusi Batu Talam kosong berikutan kematian Adun Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu.
Ustaz Nasharudin berkata, apabila pucuk pimpinan PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) memutuskan untuk memboikot PRK Kecil Batu Talam yang dijadualkan berlangsung pengundian 28 Jan ini, maka tiada sebab pembangkang hendak menaja calon bebas.
Sejak beberapa hari lalu, media massa milik BN mengembar gemburkan berita kononnya pembangkang hendak menaja calon bebas untuk menentang calon BN.
Kebimbangan tersebut dizahirkan dengan kerahan besar-besaran jentera BN seluruh negara untuk memulakan kempen di Raub sejak dua minggu lepas.
Penganalisis politik berpendapat, bagi kawasan sekecil Batu Talam yang mempunyai pengundi sekitar 10 ribu, SPR tidak wajar memanjangkan tempoh kempen sehingga 12 hari.
"Sejak beberapa tahun lepas, pilihan raya umum dan pilihan raya kecil SPR hanya memperuntukkan 10 atau tujuh hari sahaja, jelas di Batu Talam mereka tidak yakin," kata seorang penganalisis politik.
Tambahan pula bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat rakyat semakin tidak gembira dengan kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka akan menterjemahkannya dalam bentuk undi untuk menolak BN.
Sesetengah pihak dalam BN menjangkakan parti itu akan memenangi kerusi Dun Batu Talam, namun mengakui mereka sukar mengekalkan majoriti.
Bagaimanapun PAS dan KeADILan tetap memboikot PRK Batu Talam dan mendesak sistem pilihan raya dirombak bagi memastikan ketelusan dan keadilan untuk semua parti yang bertanding.
Antara faktor yang mendorong pemboikotan antaranya, adalah:
* Daftar Pemilih yang tidak tepat dan diragui. * Pengundi Pos yang sering disalahgunakan bagi kepentingan kerajaan BN. * Proses penjalanan pilihanraya yang tidak telus, prejudis dan bersifat berat-sebelah. * Sikap dan pendirian Pengerusi SPR yang tidak konsisten dan memihak kepada kerajaan BN. * Tindakan SPR dalam pengendalian persempadanan yang tidak mengikut semangat dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bersifat tidak adil. * Sikap SPR yang rela diperkudakan oleh parti pemerintah sehingga menjejaskan maruah dan wibawa SPR sebagai Suruhanjaya bebas yang seharusnya memelihara proses pilihanraya.
Ketegasan PAS dan Keadilan memboikot pilihan raya di Batu Talam mengejutkan banyak pihak.

Sunday, January 14, 2007

Johor hampir lumpuh

Oleh Sufian Abu Bakar, Mohd. Fairuz Yusof dan Wan Syamsul AmlyUtusan Malaysia

Johor hampir lumpuh hari ini selepas kesemua lapan daerah di negeri ini ditenggelami air menyebabkan lebih 103,000 penduduk kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.Kecuali keadaan banjir semakin pulih dalam beberapa hari ini, darurat mungkin diisytiharkan di negeri ini bagi memudahkan kerja-kerja bantuan dan pemulihan banjir.Dengan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Rabu, gelombang kedua banjir di Johor memasuki fasa kritikal yang menyaksikan banyak sekolah, jaringan pengangkutan, pentadbiran pihak berkuasa tempatan, hospital dan aktiviti perniagaan tergendala.Dalam ramalan cuacanya lewat petang ini, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran peringkat merah untuk negeri Johor dan meminta penduduk negeri ini bersedia menghadapi hujan lebat selama empat hari lagi. Pada pukul 11 malam ini, seramai 103,944 orang daripada 25,579 keluarga ditempatkan di 335 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri. Jumlah rakyat yang terjejas kerana banjir itu lebih ramai berbanding mangsa ketika banjir gelombang pertama 19 Disember lalu yang mencatatkan bilangan mangsa banjir sebanyak 80,000 hingga 90,000 orang. Pengarah Direktorat Pengurusan Bencana dan Krisis Bahagian Keselamatan Negara (BKN) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Muin Umar memberitahu Utusan Malaysia, para pegawai BKN telah menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini untuk memberi taklimat kepadanya mengenai situasi di Johor.Najib yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari luar negara kira-kira pukul 6 petang ini.Para pegawai BKN dikatakan menemui Najib sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA bagi menyampaikan maklumat terkini berhubung keadaan banjir yang begitu luar biasa di Johor. Difahamkan langkah mengisytiharkan darurat di Johor ada dibincangkan bagi memudahkan kerja-kerja bantuan dan pemulihan banjir, tetapi mengikut peraturan, darurat hanya boleh diisytiharkan dengan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri ketika ini sedang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu, Filipina. Muin berkata, Timbalan Perdana Menteri akan ke Johor dan Pahang esok bagi melawat beberapa kawasan banjir di kedua-dua negeri itu.Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini daerah Batu Pahat mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 33,495 orang.Ini diikuti daerah Kluang seramai 16,383 orang, Kota Tinggi (11,329), Johor Bahru Selatan (10,586), Johor Bahru Utara (7,374), Mersing (6,447), Segamat (6,382), Pontian (3,420) dan Muar (5,604).Bandar Kota Tinggi pula dilaporkan masih ditenggelami air sedalam satu meter di beberapa kawasan akibat paras air Sungai Johor yang melimpah sejak dua hari lepas.Semua jalan darat ke Kota Tinggi dari Johor Bahru, Mersing dan Kluang terputus sama sekali. Kota Tinggi kini hanya dihubungi dengan helikopter. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman melawat Kota Tinggi dengan helikopter hari ini.Para pesakit kritikal yang dirawat di Hospital Kota Tinggi juga telah dipindahkan secara berperingkat-peringkat dengan helikopter dan bot tentera ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Para pegawai kesihatan bimbang nyawa para pesakit di Hospital Kota Tinggi dalam bahaya kerana banjir semakin menghampiri kawasan hospital tersebut.Selain itu banyak jalan raya utama di beberapa daerah yang dinaiki air di negeri ini masih lagi ditutup kepada semua kenderaan. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang berteduh di pusat pemindahan sementara di Rompin meningkat kepada 2,447 orang apabila paras air di beberapa batang sungai di daerah itu kini berada pada tahap bahaya.Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kesemua mangsa yang terlibat ialah penduduk Kampung Kurnia, Kampung Perpat, Kampung Rekoh, Ladang Yayasan, Kampung Bukit Seruk, Batu 8 dan Kampung Garung.Kesemua jalan utama ke kampung-kampung berkenaan masih ditutup kepada semua jenis kenderaan manakala paras air Sungai Keratong, Rekoh dan Garung kini berada pada tahap bahayaDi SABAH, jumlah mangsa di pusat pemindahan bertambah kepada 2,178 orang apabila lima daerah di negeri itu terus ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.Sehingga pukul 4 petang ini, 695 orang masih berada di pusat pemindahan banjir yang membabitkan 39 kampung di Beaufort; 602 mangsa dari 42 kampung di daerah Pitas; 491 orang dari 30 kampung di Kota Marudu; 222 orang membabitkan 20 kampung di Tenom dan 168 mangsa dari empat buah kampung di Beluran.Paras air di Pengkalan Bukit Garam di Kinabatangan, Sabah telah mencecah paras amaran iaitu 9.3 meter dan penduduk tiga buah kampung di daerah itu diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk dipindahkan.Pengerusi Bilik Gerakan Bencana Alam Daerah, Latif Ahmad berkata, tiga buah kampung tersebut ialah Kampung Buang Sayang, Pengkalan Bukit Garam dan Muihbbah.Di KELANTAN, paras air di sungai-sungai utama Kelantan hari ini kembali ke paras normal berikutan cuaca baik.Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan berkata, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang susut kepada 6.54m berbanding 6.88 meter semalam (waspada 7m/ bahaya 9m).Tempat menyukat banjir Sungai Kelantan di Kuala Krai pula mencatatkan paras 18.83m (waspada 20m/bahaya 25m) manakala di Kusial, Tanah Merah 11.44m (waspada 12m/bahaya 16m) dan paras air di Tambatan Diraja di Kota Bharu susut kepada 1.64m (waspada 3m/bahaya 5m).

PAS rela kalah tetapi tidak rela terus ditipu SPR - Presiden

Saidah Hairan Mon Jan 15, 07 03:46:57 AM
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Hrkh) - PAS rela kalah dan hilang wang deposit seandainya pilihan raya dijalankan secara bersih tetapi tidak sanggup menyertai pilihan raya jika terus ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya) (SPR) yang menjadi kuda tunggangan Umno/Barisan Nasional (BN).
Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyelar tanggapan negatif pimpinan Umno/BN yang mendakwa PAS tidak menyertai pilihan raya di Dun Batu Talam kerana takut menghadapi kekalahan.
"PAS bukan penakut, yang penakut ialah Umno/BN, apa yang PAS nak takut PAS tidak buat salah tidak ada rasuah, tidak ada penyelewengan. PAS bukan sahaja kalah malahan mengalami hilang wang pertaruhan dalam beberapa pilihan raya," katanya ketika berceramah di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markas PAS Taman Melewar dekat sini malam semalam.
Menurut beliau, sejak tahun 1955, PAS tidak berhenti bertanding dalam pilihan raya dan kalah untuk memerintah Terengganu dan Kelantan pada tahun 1959.
Katanya, Terengganu pula dikalahkan pada tahun 1961 dengan cara kotor iaitu menculik wakil rakyat dan membeli wakil rakyat, begitu juga di Kelantan dikalahkan dengan menculik dan membeli wakil rakyat.
Beliau berkata, walaupun pelbagai taktik kotor dilakukan terhadap PAS tetapi ia terus menyertai pilihan raya, tidak takut dijatuhkan dan tidak pernah takut hilang wang pertaruhan.
"Umno yang tidak boleh menerima kekalahan kerana jika mereka kalah, pelbagai kes penyelewengan, rasuah dan jenayah akan terdedah. Ini yang menyebabkan mereka bermati-matian mempertahankan kemenangan," tegasnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia memahami bahawa sistem pilihan raya sangat kotor, tidak betul dan ia perlu diperbetulkan maka PAS bertanggungjawab untuk memulakan anjakan paradigma melalui pilihan raya kecil Dun Batu Talam.
Oleh itu, katanya, PAS, KeADILan serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memulakan tindakan boikot itu dan akan disusuli langkah lain kerana mahu menyelamatkan negara daripada musibah dan kemungkaran politik dan pelbagai perkara lagi.
Dalam ceramah itu, beliau turut menasihati penduduk di negeri Johor yang dilanda banjir, supaya melakukan muhasabah diri iaitu merenung kembali perbuatan sendiri apabila ditimpa sesuatu bencana termasuk mereka yang menganggap diri tidak melakukan kesalahan.
Ini kerana katanya, apabila Allah SWT menurunkan suatu bencana ke atas suatu kaum maka Allah memilih secara umum tanpa mengira mereka yang berdosa atau tidak terlibat dengan dosa.
Beliau juga mengucapkan syabas kepada PAS negeri Johor yang mengambil langkah proaktif tanpa arahan daripada PAS Pusat.
"Alhamdulillah PAS negeri Johor menunjukkan pendekatan yang amat baik," katanya. - lanh

Banjir buruk di Johor - PAS ajak rakyat solat hajat

Mohd Rashidi Hassan Sun Jan 14, 07 03:55:27 PM
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - PAS mengajak rakyat Malaysia menunaikan solat hajat bagi memohon kehadrat Allah SWT agar segera meredakan hujan lebat khususnya di Johor kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Beliau berkata, PAS amat simpati dengan rakyat Johor yang sedang dilanda banjir besar kali kedua yang nampaknya lebih buruk daripada banjir pertama yang melanda pada 18 Disember lepas.
Ustaz Nasharudin memberitahu pihaknya akan bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir khususnya bagi kerja-kerja menyelamat dan menghulurkan bantuan sekadar yang termampu.
Beliau memaklumkan perkara demikian ketika dihubungi semasa lawatan beliau ke Johor hari ini.
Dalam pada itu Timbalan Presiden PAS menggesa semua Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri agar menggerakkan jenteranya bagi membantu PAS Johor seberapa segera.
Jentera pemuda PAS turut dikerahkan untuk turun segera ke Johor bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
Berdasarkan laporan media setakat ini lebih 100 ribu mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.
Banjir juga mengakibatkan sebahagian besar daerah-daerah di negeri Johor terputus hubungan dan menyebabkan perniagaan lumpuh sama sekali.
Banyak pejabat kerajaan, bank, pusat perniagaan dan sekolah ditutup.
Menurut sekretariat PAS Johor, mereka amat memerlukan makanan segera (yang tidak perlu dimasak) seperti roti, biskut dan minuman botol atau kotak kerana ketiadaan peralatan memasak.
Antara barangan lain yang diperlukan seperti pakaian, selimut, lampin bayi dan lain-lain keperluan harian.
Bantuan anda diperlukan! PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir melalui Tabung Kebajikan PAS Pusat (no akaun Maybank : 564070705537).
Mereka yang bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk Johor boleh hubungi Penyelaras bilik Gerakan Banjir Johor, Mazlan Aliman (0137130103), Mustafa Abdul Rahman (019-3635546), Rohaizat (013-7678474), Onn Jaafar (019-7617220) atau masukkan terus bantuan kewangan ke dalam akaun Bank Islam 01032010007572.

Pihak tertentu mungkin taja calon bebas, tuduh PAS

Abu Bakar Rahman Sun Jan 14, 07 01:25:46 PM
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) -PAS mengulangi penegasan tidak akan menaja, menyokong atau merestui calon bebas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam dan mengingatkan rakyat tentang kemungkinan pihak tertentu menaja calon bebas di dalam pilihan raya itu dan menuduh PAS melakukannya.
Malah, pada sebelah malam Isnin 15 Januari ini, PAS akan melancarkan kempen mobilisasi rakyat memboikot pilihanraya berkenaan serta menuntut proses pilihanraya yang bersih, telus, adil dan saksama, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.
"Pelancaran kempen mobilisasi itu akan diadakan di Batu Talam sendiri dan oleh itu PAS mengulangi penegasan menolak sebarang kemungkinan akan menyokong, merestui jauh lagi menaja calon bebas di dalam pilihanraya kecil itu," jelas beliau.
Selepas itu, katanya, kempen itu akan diadakan ke seluruh negara dan gerakan menuntut pilihanraya yang bersih, telus, adil dan saksama akan digerakkan sehinga tuntutan-tuntutan yang dikemukakan tercapai.
"Walaupun kita yakin tidak berlaku, tetapi jika didapati ada mana-mana individu yang mempunyai keahlian di dalam PAS menjadi calon bebas dalam pilihanraya kecil Batu Talam itu, beliau akan dipecat dari PAS," tegas beliau.
Mahfuz mengingatkan mana-mana pihak yang hendak menaja calon bebas di dalam pilihanraya kecil itu dan kemudiannya menuduh PAS yang melakukan perkara itu supaya melupakan politik lekeh dan murahan mereka.
Beliau juga menyatakan rasa hairannya dengan para pemimpin Umno yang kelihatan "sewel" kerana jelas begitu marah terhadap keengganan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai pilihanraya kecil itu.
"Para pemimpin Umno semakin hari semakin ganjil dan kelihatan sewel. Sepatutnya mereka suka kerana PAS dan PKR memberi laluan percuma pepada mereka atas apa alasan sekalipun.
"Sepatutnya mereka gembira dan tidak marah-marah kerana kita tidak mahu lawan mereka. Rupa-rupanya ada juga di dalam dunia ini orang yang marah kerana kita tidak mahu cabar dan lawan mereka. Mungkin ini satu lagi rekod hebat Umno," kata Mahfuz.

Saturday, January 13, 2007

Arah Pemuda BN kekal di Batu Talam: Hishamuddin jilat ludah sendiri

Ahmad Tajdid Sun Jan 14, 07 04:15:29 AM
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bahawa Pemuda BN akan hanya dibawa ke Johor bagi membantu mangsa banjir jika tidak berlaku pertandingan dalam pilihan raya Dun Batu Talam membuktikan sikap sebenar Umno yang lebih mementingkan politik daripada kebajikan rakyat.
Pendirian Hishamuddin itu juga diumpamakan seperti 'menjilat ludah sendiri' kerana beliau dan beberapa pemimpin kanan Umno pernah mendakwa kononnya PAS tidak prihatin dengan nasib rakyat kerana mengadakan perhimpunan Pemuda PAS di KOta Bahru di saat negeri-negeri selatan tanah air dilanda banjir, bulan lalu.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Sallahuddin Ayub ketika dihubungi kesal dengan sikap tidak bertanggung jawab Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Semberong kerana lebih mengutamakan pilihan raya kecil Batu Talam, Pahang daripada rakyat yang diwakilinya yang kini menghadapi kesulitan dan penderitaan akibat banjir.
"Apakah yang dapat Hishamuddin dan Pemuda Umno buktikan di Batu Talam selain daripada keserekahan untuk mendapatkan kuasa sedangkan rakyat Johor yang perlukan bantuan wakil rakyat mereka menderita kerana sikap tidak acuh para pemimpin Umno dan BN," katanya.
Sallahuddin juga menggesa Ahli-ahli Parlimen BN termasuk Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut sibuk membantu persiapan kempen Umno di Batu Talam supaya menginsafi tugas hakiki mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat daripada leka dengan congakan sama ada parti pembangkang akan meletakkan calon di Batu Talam.
"Janganlah terlalu tamak dan gilakan kuasa sehingga tidak dapat membezakan keutamaan antara pilihan raya kecil dengan bencana besar yang menimpa negara dan rakyat," kata Salahuddin. Hishamuddin yang juga Pengerusi Pemuda BN ketika ditemui pemberita, sangsi parti pembangkang akan memberikan kemenangan mudah kepada BN pada pilihan raya kecil Batu Talam yang dijadualkan pada 28 Jan ini.
Dalam kenyataannya yang dipetik Bernama, Hishamuddin mendakwa tidak mustahil parti pembangkang akan meletakkan calon bebas bagi bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi menentang calon BN.
Hishammuddin berkata, Pemuda BN telah mengambil pendirian bahawa persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya kecil Batu Talam diteruskan seperti biasa sekalipun pembangkang telah mengambil keputusan memboikot pilihan raya tersebut.
"Selepas hari penamaan calon pada 16 Januari ini, dan tidak berlaku pertandingan, (barulah) semua jentera Pemuda BN akan dibawa ke Johor," kenyataan Hishamuddin dipetik.
Gelombang kedua banjir mula melanda Johor mulai Jumaat lalu mengakibatkan lebih 90,000 penduduk dipindahkan ke 273 pusat penempatan di semua lapan daerah.
Daerah Semberong yang diwakili Hishamuddin adalah antara kawasan yang teruk dilanda banjir. tajdid

Salahuddin cabar Pengerusi SPR bersumpah tidak lakukan penipuan

Abdul Aziz Mustafa Sat Jan 13, 07 03:42:16 PM
KUALA LUMPUR, Jan 13 (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bersumpah dengan kalimah "waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi" di Masjid Negara bahawa beliau tidak pernah melakukan sebarang penipuan di dalam pilihan raya.
Ketika berucap dalam majlis anjuran PAS Johor bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Taman Melewar malam ini, Salahuddin juga mencabar Abdul Rashid berdebat secara terbuka dengannya mengenai pengundi hantu.
Mengulangi apa yang ditegaskannya kepada pemberita petang tadi, beliau menyifatkan pilihan raya di Malaysia adalah yang "paling kotor" sepanjang Abdul Rashid menerajui SPR.
"Kita akan lawan sampai kita dapat pilihan raya yang adil," tegas beliau.
Salahuddin juga mendedahkan apa yang disifatkannya sebagai pembohongan Pengerusi SPR itu.
"Kira-kira lima bulan yang lalu, Haji Mohamad Sabu, Dr Syed Azman (Syed Nawawi), Hanifah Mydin dan saya sendiri berjumpa dengan Abdul Rashid untuk menyerahkan memorandum tiga perkara yang menuntut dibersihkan daftar pemilih, menghapuskan undi pos dan celup jari selepas mengundi untuk mengelakkan penipuan.
"Sebelum kami berjumpa (dengan Abdul Rashid), DAP terlebih dahulu berjumpa dengannya. (Setiausaha Agung) DAP, Lim Guan Eng memberitahu kami bahawa Abdul Rashid telah memberitahu mereka bahawa PAS membantah (sistem) celup jari kerana bertentangan dengan Islam.
"Apabila kami bertemu Abdul Rashid, kami soal dia, betul dia kata begitu? Dia kata bukan PAS kata, ulamak India kata. Inilah lidah biawak, lidah bercabang," beliau mengecam Pengerusi SPR itu.
Dalam perjumpaan itu juga, Salahuddin menceritakan, Abdul Rashid mendakwa mahu membuat perubahan dan melakukan reformasi.
"Bila saya berkata, jangankan pembaharuan, undang-undang yang ada pun dia langgar, contohnya menganjakkan waktu mengundi di Selangor pada pilihanraya (2004) lalu. Kita tanya, peraturan mana? Dia kata, kuasa dia," Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menceritakan.
Dalam majlis yang diadakah khusus untuk menggerakkan bantuan susulan kepada mangsa-mangsa banjir yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu, Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfudz Mohamad turut berucap.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Pemuda PAS petang tadi, Salahuddin menyatakan PAS akan mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta keanggotaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan peraturan berkaitan proses pilihanraya diteliti semula.
Salahuddin berkata, antara kandungan memorandum tersebut ialah tuntutan supaya Abdul Rashid meletak jawatan.
"PAS Pusat sedang merangka memorandum itu dan kita akan cari satu tarikh untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong memohon Seri Paduka meneliti semula perkara-perkara berkaitan SPR dan peraturan pilihan raya ini," katanya.
Penelitian semula itu perlu, katanya, untuk memastikan proses pilihanraya di negara ini berjalan secara telus selaras dengan prinsip demokrasi.
"Kita tengok dalam era Abdul Rashid inilah, SPR paling teruk dengan pelbagai masalah dan perkara-perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini (tetapi) berlaku semasa kepimpinan Abdul Rashid.
"Contohnya isu pengundi hantu yang sememangnya wujud sekalipun ada teknologi maklumat. Itu tak termasuk tindakan SPR melanjutkan waktu mengundi di Selangor dari jam 5 petang kepada 7 petang semasa pilihanraya umum 2004. Tak pernah berlaku sebelum ini dan perkara itu bertentangan dengan peraturan," katanya.
PAS juga menuntut sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk mengkaji semula peraturan dalam proses pilihan raya di negara ini, katanya.
Mengenai isu berkaitan, Salahuddin berkata tindakan PAS memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam direstui penyokongnya di negeri itu.
"Kita dah jelaskan kepada mereka sebab kita boikot itu kerana kita mahu ketelusan daripada SPR dan kita juga mahu SPR diteliti semula. Mereka terima dan tidak timbul isu penyokong parti marah," katanya.

Friday, January 12, 2007

Undi dari kubur, bas dari kubur

Abu Bakar Rahman Sat Jan 13, 07 01:32:49 AM
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan terlebih dahulu "undi dari kubur" di dalam daftar pemilih sebelum Pengerusinya bercakap tentang "gelanggang" yang "adil" dan mendakwa tidak ada pengundi hantu.
Menurut laporan Al-Jazeera, Jumaat lalu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui terdapat kira-kira setengah juta nama orang yang telah mati di dalam daftar pemilih.
"Bila anda bercakap mengenai orang-orang yang telah mati di dalam daftar pemilih, saya mengakui memang begitu banyak," Abdul Rashid dipetik oleh agensi berita itu sebagai berkata.
Di dalam satu kes, lapor Al-Jazeera, nama seorang wanita yang meninggal dunia pada tahun 1975 ketika berusia 77 tahun masih disenaraikan dalam daftar pemilih 2006.
"Jika terdapat begitu banyak 'undi dari kubur', Rashid jangan mendakwa tidak ada pengundi hantu dan jangan melarang rakyat menahan 'bas-bas dari kubur' ketika pilihan raya," Mohamad Sabu mengingatkan.
Menurut beliau, selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih, selagi itulah Abdul Rashid dan SPR tidak berhak melarang dan menghalang rakyat bertindak mempertahankan demokrasi dan amalan pilihan raya yang bersih termasuk menahan bas-bas yang mereka yakini membawa pengundi hantu.
"Banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh SPR untuk memastikan proses pilihan raya yang telus, adil dan saksama. Kita telah berkali-kali menyatakan perkara itu dalam perjumpaan dengan Abdul Rashid sendiri.
"Jika SPR enggan melakukannya, pelbagai perkara yang membongkar penyelewengan dan demokrasi pembohong di negara ini akan terus berlaku dan berlaku, bukan setakat menahan bas-bas yang membawa 'undi dari kubur' sahaja," katanya lagi.
Ketika mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Kecil Batu Talam baru-baru ini, Abdul Rashid memberi amaran supaya "jangan pergi tahan bas".
"Bagi kami, tidak ada pengundi hantu. Dan kita harap orang tak ganggu proses pilihan raya ini. Jangan pergi tahan bas, misalnya, kerana takut (ia membawa) pengundi hantu," dakwa Pengerusi SPR itu.
Diminta mengulas kenyataan para pemimpin Umno yang terus menaruh harapan agar PAS meletakkan calon bebas setelah memboikot pilihan raya kecil itu, Mohamad Sabu menegaskan, mana-mana ahli PAS yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat.

PAS hantar peluru berpandu ke Putrajaya

Abu Bakar Rahman Fri Jan 12, 07 10:01:52 PM
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Keputusan PAS memboikot Pilihan Raya Kecil Batu Talam sama ertinya Pas menghantar peluru berpandu ke Putrajaya, kata bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin.
"Bagi mereka yang tidak ada asas atau belajar sains politik, terutama orang-orang Umno/Barisan Nasional (BN) tentulah keputusan itu sebagai menunjukan satu kekuatan Umno/BN dan berita gembira seperti itu adalah seakan selari dengan komen yang diberi oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) "itu dia punya fasal" .
"Tetapi bagi yang faham apa erti politik, tindakan memboikot itu sama ertinya Pas menghantar peluru berpandu ke Putrajaya, walau pun bomnya tidak nampak melutup tetapi kerosakannya amat terkesan," kata penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad itu dalam blognya, Sang Kelembai.
Beliau menyifatkan isyarat yang dihantar oleh PAS dihantar kepada SPR sebenarnya bertujuan untuk dihantar seluruh dunia.
"Sekarang nama Malaysia tercemar, sebagai pengamal demokrasi yang Perdana Menterinya seorang Pengerusi Pertubuhan Kedua terbesar selepas PBB termasuk Pertubuhan Negara Berkecuali telah dimalukan oleh PAS.
"Isyarat yang dihantar oleh PAS dihantar kepada SPR sebenarnya bertujuan untuk dihantar seluruh dunia walau pun tidak memakai satelit Measat 5," kata Zaharin yang dipecat dari Umno 29 September lalu kerana mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Seorang lagi blogger yang juga penyokong kuat Dr Mahathir, Amin Yatim menyifatkan percaturan PAS kali ini amat tepat dari segi taktikal.
"Saya ingin berbeza pendapat dengan Datuk A Kadir Jasin yang menganggap tindakan Pas dan Keadilan menarik diri sebagai bacul. Bagi saya percaturan PAS kali ini amat tepat dari segi taktikalnya," kata beliau dalam blognya, Cuit Sikit.
Menurut beliau, PAS dan Parti Keadilan Nasional tidak mahu keputusan pilihan raya kecil itu akan mengejutkan Perdana Menteri yang masih dibuai puja dan puji mengenai populariti beliau.
"Bagi mereka Batu Talam bukan agenda perjuangan dan survival politik. Mereka tidak mahu Abdullah berubah kerana ini akan menjejaskan peluang mereka dalam pilihan raya akan datang.
"Dengan kata lain, Pas dan Keadilan tidak mahu Pak Lah sedar bahawa laporan-laporan daripada kumpulan cerdik pandai bawah Khairy adalah palsu belaka," kata beliau.
PAS, kata Amin, mengambil pengajaran daripada pilihan raya kecil di Kelantan lalu, bahawa kekuatan jentera BN amat sukar ditangani dalam pilihan raya kecil.
"Mereka ingin menunggu Pilihan raya umum ketika jentera BN terpaksa berpecah ke serata tempat untuk memberi kejutan," katanya.
Amin juga menarik perhatian tentang "Skim Cepat Kaya" menjelang Pilihan Raya Kecil Batu Talam.
"Kini peluang terbaik kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi cepat kaya. Sekiranya ada popular atau ada sedikit pengaruh di Raub," katanya.
Sediakan RM 5, 000.00 dan bertandinglah sebagai calon bebas dan besar kemungkinan akan menang atau mendapat durian runtuh ditawarkan untuk menarik diri, kata beliau.
"Apakah BN tidak sanggup membayar RM 50 - 100 ribu supaya anda menarik diri berbanding menghabiskan RM 1 juta untuk kempen kali ini?
"Inilah skim cepat kaya paling menarik," katanya.

Boikot pilihan raya kerana tidak mahu pengundi jadi "raja sehari"

Abdul Aziz Mustafa Fri Jan 12, 07 03:52:30 AM
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - Tindakan memboikot Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam adalah tindakan yang tepat untuk memperjuangkan hak asasi rakyat negara ini yang dinafikan proses pilihanraya yang telus, adil dan saksama, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfuz Omar menegaskan.
"Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri memberikan gambaran yang jelas bahawa pilihan raya di negara ini tidak telus, tidak adil dan tidak saksama apabila berkata, kajian semula undang-undang dan peraturan pilihan raya bertujuan menjadikan proses pilihan raya lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan rakyat negara ini.
"Oleh kerana cadangan Pengerusi SPR jelas tidak diterima oleh para pemimpin Umno dan Barisan Nasional, terutama reaksi Perdana Menteri yang jelas membayangkan keengganannya, tindakan yang lebih tegas perlu dilakukan untuk membolehkan rakyat negara ini mendapat hak mereka, iaitu proses pilihanraya yang lebih telus, adil dan saksama," katanya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman baru-baru ini menyatakan undang-undang dan peraturan pilihan raya yang telah berusia 50 tahun itu tidak lagi sesuai digunakan pada masa ini dan tidak lagi memberi ruang kepada SPR untuk menjamin keadilan terus wujud bagi semua pihak.
"Kita tidak mahu pengundi menjadi raja sehari sahaja, iaitu pada hari mengundi sahaja tetapi dalam masa lima tahun selepas itu mereka terus menjadi kuli dan alat untuk kepentingan dan ketamakan pihak yang memperalatkan proses pilihan raya yang tidak telus, tidak adil, dan tidak saksama seperti yang digambarkan oleh Pengerusi SPR sendiri," katanya.
Rakyat yang dikejar-kejar untuk mendapatkan sokongan ketika pilihan raya mestilah dipastikan hak mereka untuk mendapat proses pilihan raya yang telus, adil dan saksama untuk memastikan mereka "menjadi raja setiap hari, bukan raja sehari," katanya.
Mengulas dakwaan Abdul Rashid semalam kepada sebuah stesen televisyen bahawa "gelanggang" yang yang dibukanya adalah "gelanggang" yang adil, Mahfuz menyifatkan kenyataan itu sebagai kenyataan orang yang tertekan.
"Jawapan Abdul Rashid memperlihatkan beliau kini sedang menerima tekanan berikutan kenyataannya sebelum ini malah membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) mahu mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai joki kepada SPR yang selama ini dijadikan kuda tunggangan mereka," katanya.
Mahfuz menyifatkan dakwaan Abdul Rashid bahawa gelanggangnya adalah adil menjatuhkan maruah dirinya sendiri.
Malah, dakwaan itu membuktikan dengan terang dan jelas bahawa keputusan memboikot pilihanraya kecil itu adalah keputusan yang sangat tepat.
"Pilihan raya yang adil semakin ketara tidak boleh diharapkan kerana Pengerusi SPR sendiri cakap berbelit-belit, mula-mula mengakui bahawa undang-undang dan peraturan pilihan raya di negara ini tidak lagi sesuai digunakan pada masa ini dan tidak lagi memberi ruang kepada SPR untuk menjamin keadilan. Selepas itu mendakwa pula gelanggang yang dibukanya adalah adil.
"Apa yang mahu dibuktikan oleh Abdul Rashid sehingga mendakwa beliau boleh membuka gelanggang yang adil dengan menggunakan undang-undang dan peraturan pilihan raya tidak memberi ruang kepada SPR untuk menjamin keadilan?" beliau mempersoalkan.
Mahfuz seterusnya mempersoalkan, bagaimana Abdul Rashid boleh menyediakan "gelanggang" yang adil jika kenyataan demi kenyataannya semakin membuktikan beliau berada dalam kawalan dan tekanan kerajaan BN?
Abdul Rashid, katanya lagi, tidak perlu membuat dakwaan mengenai keadilan kerana tugas utamanya ialah membuktikan keadilan.
"Beliau dan SPR juga mesti membuktikan bahawa mereka berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan kerajaan BN walaupun mereka dilantik dan ada kalanya merayu untuk mendapat jawatan yang kini mereka pegang dari kerajaan BN," katanya.
Mengenai dakwaan para pemimpin Umno dan BN bahawa tindakan memboikot pilihanraya adalah tindakan yang pengecut, sandiwara dan sebagainya, Mahfuz menyifatkan reaksi-reaksi tersebut sememangnya telah dijangkakan dan lapuk.
"Kita memang mahu mendengar pandangan dan kritikan atas sesuatu tindakan kita, tetapi kalau reaksi lapuk seperti itu, tak perlulah dihiraukan kerana sejarah menjadi saksi yang jelas bahawa yang sebenarnya takut ialah Barisan Nasional sehingga tidak malu sedikitpun mempertahankan proses pilihan raya yang digambarkan oleh Pengerusi SPR sendiri sebagai tidak telus, tidak adil, dan tidak saksama," katanya.
Mengenai reaksi keras mereka yang kecewa terhadap pemboikotan itu kerana mengharapkan pilihan raya kecil Batu Talam dapat memberikan mesej bahawa rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi, Mahfuz berterima kasih atas keprihatinan mereka tetapi menegaskan keadilan mesti diberikan keutamaan untuk diperjuangkan.
"Apa yang lebih penting ialah hak rakyat untuk memberikan mesej mereka melalui pilihanraya yang telus, adil dan saksama mesti diperjuangkan," tegas beliau.