Sunday, November 16, 2008

Kerajaan enggan ambil kaedah Islam selesai jenayah
Intan Abdullah
Mon | Nov 17, 08 | 12:33:42 pm MYT
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) - Kerajaan masih enggan mengambil kaedah Islam bagi menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat mutakhir ini.

Kenyataan tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Wira Chong Chee Heung kepada soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sesi soal jawab lisan sidang parlimen pagi ini.

"Kita tidak boleh buat sekali gus ala Kelantan kerana negara kita Malaysia ini majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya kepada sidang dewan.

Siti zailah dalam soalan asalnya, meminta penjelasan kerajaan bagi mempertimbangkan cadangan untuk menggunakan undang-undang yang terkandung dalam agama Islam bagi menyelesaikan peningkatan masalah jenayah saban tahun.

"Ini adalah memandangkan Malaysia merupakan negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi persekutuan," ujarnya tegas.

Ia merupakan soalan tambahan yang dikemukakan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) yang meminta penjelasan mengenai langkah yang diambil kerajaan bagi mencegah kadar peningkatan indeks jenayah pada masa hadapan. - mns_

Angkasawan akui terima sumbangan, nafi minta bayaran

Azamin Amin
Mon | Nov 17, 08 | 9:02:04 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) - Angkasawan pertama, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengaku menerima sumbangan apabila beliau memberikan ceramah namun menafikan meminta bayaran bagi sesi berkenaan.
"Saya telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadilah Yusof dan memberikan penjelasan terperinci. Dan beliau berpuas hati dengan penjelasan saya.
"Dan saya harap kami dapat menyelesaikan insiden malang ini kerana kesan negatifnya akan menjejaskan kewibawaan saya untuk terus memberikan ceramah di seluruh negara," katanya yang dipetik daripada agensi berita ketika ditemui Ahad lalu dan memberitahu beliau biasanya memberi ceramah di sekolah-sekolah secara percuma.

Sebelum ini, Menterinya, Dato' Dr. Maximus Ongkili dipetik sebagai berkata jika terbukti dakwaan itu benar, angkasawan terbabit akan dikenakan penalti jika melanggari kontrak dengan Mosti.

Mereka juga dilarang untuk menerima apa-apa ganjaran selain daripada ganjaran yang diberikan oleh kementerian, kata Maximus Ongkili.

Sebelum ini akhbar Harakah dan laman web Harakahdaily.net mendedahkan dakwaan bahawa beliau mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah dan boleh memperolehi kira-kira RM1.2 juta hasil bayaran yang ditetapkan jika diambil secara purata sejumlah 150 badan korporat yang menganjurkan ceramahnya.

Sehingga kini, Sheikh Muszaphar dilaporkan telah menyampaikan ceramah lebih 200 buah sekolah dan ratusan ceramah motivasi bagi jemputan kerajaan, korporat dan swasta.

Menurut satu sumber rapat, bagi ceramah yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah, Sheikh Muszaphar tidak mengenakan sebarang bayaran sebaliknya meminta pihak sekolah membeli atau 'mewajibkan' para pelajar membeli buku yang bertajuk 'Reaching For The Stars' sekurang-kurangnya 300 buah yang setiap satunya berharga RM20.00, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000.00

Buku tersebut hasil karya adik beliau, arwah Sheikh Mustapha Shukor yang menulis tentang Sheikh Muszaphar sebelum meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku di salah sebuah restoran di ibu kota.

Ramai yang telah membuat aduan dan dakwaan bahawa angkasawan terbabit tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Mosti.

Satu sumber yang mengendali satu projek pengajian Universiti tempatan yang memerlukan kehadiran dan ceramah angkasawan tersebut turut mengakui membayar sejumlah RM3,000 kepada Sheikh Muszaphar untuk program yang berlangsung selama setengah hari yang turut membabitkan kanak-kanak sekolah rendah.

Sementara itu Harakah turut dihujani puluhan email yang secara purata kesal dengan tindakan angkasawan itu malah ada antaranya yang terpaksa membatalkan jemputan kerana harga bayaran yang dikenakan.

"Kami (juga agensi kerajaan) juga ingin menjemput beliau untuk berkongsi pengalaman dalam satu slot 'person that inspires' untuk 'diplomatic training course' telah dimaklumkan oleh pengurus beliau bayaran yang dikenakan adalah RM3000.00 untuk satu jam.Akhirnya pihak pengurusan mengambil keputusan untuk membatalkan. Saya sokong pendedahan selanjutnya," kata seorang pembaca dikenali sebagai noba6076.

Menurut email daripada Malek Sepang juga mengakui mendapat maklumat angkasawan mengenakan bayaran kepada penganjur dalam lingkungan RM5,000 namun merahsiakan pendedahan terperincinya malah kesal angkasawan negara membuat untung di atas duit titik peluh rakyat yang kepingin melihat dan mengenal ruang angkasa Allah swt.

Terdahulu Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli meminta pihak Mosti memberi penjelasan berhubung isu ceramah angkasawan terbabit kerana ianya akan menjejaskan nama baik kementerian dan negara jika dakwaan itu terbukti benar.

"Beliau adalah duta kecil negara dan utusan Mosti yang mesti memberi peranan yang baik demi membawa manfaat serta kebaikan kepada negara bukannya mencari kekayaan atau pendapatan sampingan sebagai pegawai kerajaan," kata Dr Hatta yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai.-az _

Wednesday, November 12, 2008

Ceramah RM8,000 sejam: Tempoh dua minggu dedahkan bukti

Azamin Amin
Thu | Nov 13, 08 | 10:32:10 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh)- Tempoh dua minggu diberikan kepada orang awam atau pihak yang mendakwa dikenakan bayaran dalam siri ceramah angkasawan negara tersebut untuk tampil mengemukakan maklumat dan mendedahkan bukti kepada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi membantu siasatan.

Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof berkata selepas tempoh dua minggu tersebut berakhir, pihaknya akan menganalisa bukti-bukti yang diperolehi untuk melihat sama ada tuduhan ke atas Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mengenakan caj siri ceramah sehingga RM8,000 sejam berasas atau sebaliknya.

"Hingga hari ini pihak kami masih belum terima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung dakwaan ke atasnya (Sheikh Muszaphar)," katanya kepada mStar Online semalam.

"Saya beri mereka (orang ramai) tempoh selama dua minggu untuk kemukakan bukti-bukti untuk menyokong dakwaan tersebut." katanya kepada mStar Online semalam.

Setakat ini katanya kementerian menyifatkan tuduhan itu sebagai tohmahan semata-mata, kerana tiada bukti-bukti yang boleh menyokong dakwaan tersebut namun menjelaskan bahawa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Maximus Ongkili akan membuat kenyataan rasmi berhubung isu tersebut setelah laporan kes itu siap sepenuhnya.

Menurut laman web itu lagi, Fadillah dipetik sebagai berkata orang ramai boleh mengemukakan aduan secara formal dengan menyertakan maklumat dalam bentuk seperti baucer bayaran, resit serta menyatakan berapa jumlah yang dibayar, tempat dan siapa ejennya kepada kementerian untuk siasatan selanjutnya.

Pulau Pinang : Tidak boleh guna tiket kelas pertama, hotel mewah

Harakahdaily
Thu | Nov 13, 08 | 11:28:46 am MYT
BUKIT MERTAJAM, 13 Nov (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah yang drastik dalam mesyuarat exco semalam, apabila bertindak menarik balik segala kemudahan yang dinikmati pegawai-pegawai tinggi sebagai salah satu langkah berjimat cermat.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin berkata, semua pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hanya akan menggunakan penerbangan kelas ekonomi atau tambang murah dalam melakukan segala urusan kerajaan.

Katanya, tiada penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan dibenarkan, tiada penginapan di hotel empat atau lima bintang dan segala majlis tidak akan dianjurkan di hotel mewah.

Dengan penarikan balik segala kemudahan ini katanya, Ketua Menteri, anggota exco dan pegawai tinggi negeri hanya akan menggunakan penerbangan ekonomi dan menginap di bajet hotel apabila menjalankan tugas di luar Pulau Pinang.

Sebelum arahan dikeluarkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan exco semalam, Lim Guan Eng telah pun mengamalkan kesederhanaan sewaktu beliau mula memimpin kerajaan negeri.

Langkah yang diambil beliau ini, diperluaskan kepada semua anggota exco dan pegawai tinggi kerajaan negeri, sebagai salah satu usaha mengelakkan pembaziran wang rakyat.

Guan Eng baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak pernah rasa terganggu atau tidak selesa sewaktu menjalankan tugas di luar kawasan walaupun menaiki penerbangan kelas ekonomi dan menginap di hotel sederhana.

Katanya, beliau merasakan lebih selesa mengamalkan sikap berjimat cermat kerana tidak mahu dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin yang membazirkan wang rakyat.

Mengulas lanjut isu berkenaan Fairus menjelaskan, "Jika perlu, mereka boleh menaiki Air Asia. Arahan ini membabitkan semua pegawai tertinggi kerajaan."

Mengenai majlis anjuran kerajaan negeri, Timbalan Ketua Menteri menjelaskan, ia boleh diadakan di Dewan Serbuna atau Kompleks Sukan yang bersesuaian.

"Arahan telah dikeluarkan, tidak dibenarkan sebarang penganjuran program kerajaan negeri di hotel.

"Tidak perlu beri hadiah (kepada pemimpin kerajaan), yang penting majlis yang dianjurkan mencapai objektif. Oleh itu kita harap semua ketua jabatan kerajaan akur dengan arahan ini," tegasnya. - mr_

Monday, September 29, 2008

KEMAAFAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, September 24, 2008

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN

Intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Thu | Sep 25, 08 | 01:55:26 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.
Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.
"Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily."Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,"
Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak.
"Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.
"Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini," ujarnya.
Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.
Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.
"Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,"
Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.
Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.
Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter

Perlantikan penasihat bukti kelemahan kerajaan

Abdul Aziz Mustafa
Thu | Sep 25, 08 | 11:12:17 am MYT
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Perlantikan tokoh-tokoh yang dipersoalkan kredibiliti mereka mengukuhkan bukti bahawa kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah kerajaan yang lemah dan suka membazir, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
Beliau berkata demikian mengulas perlantikan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan perlantikan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman sebagai penasihat kementerian tersebut.
"Rakyat yang tidak berpuas hati telah pun membangkitkan pelbagai kisah ketika Shahidan menerajui pentadbiran Perlis.
"Antaranya, Majlis Perbandaran Kangar pernah disita manakala bekalan elektrik di jalan-jalan di Kangar pula pernah dipotong kerana kegagalan membayar bil," katanya.
Persoalan juga timbul, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apa yang dilakukan oleh kumpulan pelaksana projek NCER sehingga memerlukan Shahidan dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai projek itu.
"Adakah pegawai-pegawai pelaksana itu tidak tahu bagaimana hendak menasihat, atau tidak ada benda yang hendak dinasihatkan kerana tidak ada apa-apa pun yang dibuat atau memang mereka tak tahu apa-apa?" soal beliau.
Begitu juga dengan perlantikan Zainal Abidin yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Tidak tahu buat kerja

"Adakah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang tidak tentu arah dan hari-hari menguap di dalam pejabat kerana tidak tahu buat kerja?
"Kalau benar demikian, mengapa dilantik orang yang junior dan tidak berpengalaman seperti Zainal Abidin yang berada di kementerian berkenaan tidak sampai satu penggal setelah dinaikkan pangkat dari kedudukannya sebelum itu sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar?" Mahfuz mempersoalkan.
Sambil menyifatkan perlantikan-perlantikan itu membuktikan betapa tidak cerdiknya kepimpinan negara hari ini, beliau mengingatkan rakyat tentang bahaya kerajaan yang lemah dan suka membazir.
"Kerajaan yang lemah dan suka membazir melemahkan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabngsa kepada negara ini yang akhirnya akan mengakibatkan bencana ekonomi," katanya.
Beliau menyatakan kebimbangannya terhadap masa hadapan negara ini kerana kelemahan pentadbiran yang ada sekarang ternyata bermula dari atas.
"Kalau kepimpinan atasan tidak lemah, ia boleh memperbaiki kelemahan di bawah.
"Masalahnya, krisis yang dialami sekarang berpunca dari kelemahan di atas - dari Perdana Menteri, timbalannya, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri sehinggalah penasihat-penasihat yang dilantik tidak tentu fasal.
"Malah, penasihat-penasihat itulah yang paling lemah," kata Mahfuz

Ganjaran kerja politik

Menurut beliau, rakyat kini mula mendakwa bahawa penasihat-penasihat itu termasuk yang bertaraf menteri itu dilantik memegang pelbagai jawatan bukan untuk melaksanakan tugas berkenaan, tetapi sebenarnya untuk menjalankan kerja-kerja politik bagi kepentingan Perdana Menteri.
"Pengurniaan jawatan-jawatan tersebut hanyalah untuk membolehkan mereka menikmati ganjaran lumayan setiap bulan sebagai membalas jasa mereka menjalankan kerja-kerja politik untuk kepentingan Perdana Menteri.
"Jika mereka yang dilantik itu tidak boleh digunakan bagi menjalankan kerja-kerja politik Perdana Menteri, sekurang-kurangnya perlantikan itu akan mengikat mereka untuk menyokong pelan peralihan kuasa yang ditetapkan Abdullah di samping memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan Umno Disember ini," katanya

Saturday, September 20, 2008

Sumbangan fakir miskin,PAS turut bantu bukan Islam

Mohd Sabri Said
Sun | Sep 21, 08 | 11:02:37 am MYT
PULAU PINANG, 21 Sept (Hrkh) - Dua individu India yang mewakili Kelab Penyokong PAS antara 302 orang penerima sumbangan Aidilfitri daripada Lajnah Ekonomi PAS Negeri Pulau Pinang yang diadakan di pekarangan Masjid Jamek Kubang Semang semalam.
Pengerusinya, Zulkifly Mohd Lazim semasa ditemui selepas penyampaian sumbangan berkenaan berkata, kali ini lajnah bukan tertumpu pada sumbangan untuk fakir miskin sehaja malahan kepada aktivis PAS di setiap cawangan dan Kelab Penyokong PAS.
Beliau berharap ianya menjadi turutan kepada mana-mana program seumpama ini di tahun-tahun akan datang sama ada peringkat kawasan dan cawangan.
"Selalunya kita hanya bagi sumbangan kepada fakir miskin tetapi kali ini kita buat kelainan iaitu sampaikan juga pada aktivis PAS dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dikira memberi sumbangan fikiran dan tenaga menjayakan mesej PAS selama ini, " ujarnya.Tanpa penglibatan aktif mereka tambah beliau, PAS tidak ke mana kerana jentera parti bermula dari bawah bukan di peringkat atasan.
Peringkat atasan hanya pembuat dasar dan polisi manakala di peringkat akar umbi merupakan pengerak atau penjana kejayaan sesuatu organisasi maka jasa mereka harus dihargai.Adanya Kelab Penyokong PAS juga ujar Zulkifly, memberi manafaat yang cukup berkesan pada PAS keseluruhanya kerana mereka boleh mendekati kaum mereka sendiri tanpa rasa takut bagi tujuan menyampaikan maklumat PAS.
"Dulu PAS memang sukar untuk memecah tembok masyarakat bukan Islam dalam usaha dakwahnya tetapi kini agak mudah sebab wujudnya Kelab Penyokong PAS yang diterajui oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa di peringkat PAS Pusat, " katanya.
Kesemua sumbangan fakir miskin diberikan barangan keperluan seharian dan sekampit beras manakala aktivis PAS dihadiahkan sehelai kain pelekat.
Turut memberi sumbangan pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Pengerusi Masjid Jamek Kubang Semang, Ustaz Suhaimi Harun. - mks.

Kes RM60 juta: MB Pahang wajar letak jawatan

Basiron Abdul Wahab
Sun | Sep 21, 08 | 10:17:03 am MYT
KUANTAN, 21 Sept (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pahang menyifatkan keangkuhan Menteri Besar menjadi punca kerajaan negeri terpaksa membayar berganda (RM60 juta) kepada Syarikat Pembalakan Seruan Gemiliang Makmur (SGM) atas arahan mahkamah dan wajar bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan.
Ketuanya Suhaimi Md Saad berkata,sikap 'bodoh sombong' pemimpin berkenaan yang enggan berunding serta memperlekehkan SGM akhirnya membawa padah kepada kerajaan dan rakyat.
Difahamkan SGM tidak berkeras untuk menyelesaikan masalahnya dengan kerajaan negeri malah syarikat itu telah beberapa kali memohon untuk mengadakan perbincangan tetapi tidak mendapat layanan, membawa kes ke mahkamah adalah tindakan terakhir yang diambil syarikat itu setelah semua usaha untuk mengadakan rundingan gagal.
Kerajaan negeri, pada awal kes berkenaan dibicarakan di mahkamah langsung tidak menghantar peguamnya sehinggalah kerajaan negeri terdesak.
Suhaimi berkata, tindak tanduk Menteri Besar dalam mengendalikan kes berkenaan jelas sekali tidak bijak dan angkuh yang akhirnya membawa padah kepada kerajaan negeri.
"Mungkin pemimpin berkenaan menyangka tiada apa yang boleh dilakukan terhadapnya kerajaan yang berkuasa, sedangkan tindakanya jelas merugikan rakyat," katanya.
Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonan kerajaan negeri Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri (defenden) untuk membenarkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan defenden membayar RM37 juta kepada SGM.
SGM memfailkan saman terhadap defenden bersabit satu kawasan pembalakan di atas tanah milik Umno, di mukim Bebar, Pekan.
Suhaimi berkata, sepatutnya pemimpin berkenaan segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana bertanggungjawab di atas kes berkaitan.
"Melihat kepada cara pemimpin berkenaan mengendalikan isu saman SGM jelas beliau tidak mempunyai kelayakan sewajarnya untuk terus memimpin negeri Pahang.
"Semua pihak di dalam Umno wajar mendesak supaya menteri besar berkenaan diganti segera demi memulihkan imej kerajaan negeri," katanya.
Sementara itu, Pengarah SGM, Syed Ali Badruddin Othman berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk mengemukakan saman kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana gagal menjelaskan bayaran sebagaimana telah diputuskan oleh Mahkamah.
Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima apa-apa 'respon' daripada kerajaan negeri sama ada dalam bentuk bayaran atau memanggilnya untuk berunding mengenai cara-cara pembayaran.
Difaham tempoh kerajaan negeri menyelesaikan pembayaran kepada SGM telah luput pada 6April lalu.

Wednesday, September 17, 2008

Blogger Kickdefella ditahan polis

Irwan Muhammad Zain
Thu | Sep 18, 08 | 9:38:48 am MYT
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) - Penulis Blog terkenal dengan nama Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz atau Sheih ditahan polis di rumahnya di Kota Bharu semalam.
Menurut isteri beliau, Bariah Ishak yang dihubungi petang semalam, Sheih ditahan dibawah Akta Hasutan.
"Polis yang datang ke rumah pukul lima petang dan tahan Azidi untuk dibawa ke Kuala Lumpur," kata Bariah.
Tambah Bariah, tiga orang polis berpakaian preman itu datang menaiki sebuah pajero berwarna putih dan bercermin gelap menahan suaminya tanpa sebarang waran.
Sheih yang menulis diblog beliau kickdefella.wordpress.com, baru-baru ini menimbulkan kontroversi bila mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan terbalik sempena sambutan kemerdekaan.
Beliau membuat kempen tersebut kerana kecewa dengan nasib malang yang menimpa rakyat Malaysia akibat daripada kelemahan pentadbiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.
Sheih (gambar)bagaimanapun mempertahankan tindakan beliau itu dan menafikan bahawa beliau seorang yang tidak patriotik.- mr_

Monday, September 15, 2008

Mahkamah Persekutuan sahkan kemenangan PAS di Manir

Harakahdaily
Tue | Sep 16, 08 | 01:42:49 pm MYT
PUTRAJAYA, 16 Sept (Hrkh) - Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan kemenangan Dato' Harun Taib daripada PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Manir setelah menolak dengan kos petisyen pilihan raya calon Barisan Nasional, Wan Sagar Wan Embong.
Panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohamed Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Arifin Zakaria dan Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya kawasan Manir adalah cacat.
Bernama melaporkan,Mahkamah Persekutuan mendapati dakwaan Wan Sagar dalam petisyennya kononnya agen-agen Harun telah melakukan rasuah seharusnya lebih spesifik.
Hakim Zulkefli, yang membacakan penghakiman itu, berkata hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dalam mendapati petisyen Wan Sagar itu cacat kerana ia tidak mengandungi butir-butir mengenai amalan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Harun.
Wan Sagar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei yang menerima bantahan awal oleh Harun dan mendapati petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Manir adalah cacat kerana ia tidak mengandungi butiran mengenai amalan rasuah, dan menolak petisyen itu.
Dalam pilihan raya 8 Mac lepas Harun menang dengan majoriti 406 undi.
Harun diwakili peguam Mohd Ariff Yusof manakala Wan Sagar diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. - mks._

Mahkamah isytihar Hashim Jasin menang Dun Sanglang

Salmiyah Harun
Tue | Sep 16, 08 | 01:39:40 pm MYT
PUTRAJAYA, 16 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin hari ini diisytiharkan sebagai pemenang untuk kerusi Dun Sanglang dalam pilihan raya lalu.
Pada 18 Jun lalu, Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Hamid memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Ustaz Hashim selaku calon PAS.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, kerusi Dun Sanglang telah diumumkan dimenangi calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.
Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) dan Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi. -

Sunday, September 14, 2008

ISA: Zaid Ibrahim sedia letak jawatan

Harakahdaily
Mon | Sep 15, 08 | 10:20:53 am MYT
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) -Dalam perkembangan yang dilihat sebagai menarik dan jarang berlaku, beberapa anggota Kabinet menyuarakan pandangan peribadi dan parti masing-masing supaya kerajaan mengkaji semula penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap orang awam.
Mstar online melaporkan, antara mereka yang memberi pandangan sedemikian ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim yang berpendapat ISA tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.
Menteri yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman itu berkata, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.
Kata beliau, sudah tiba masa bagi kerajaan Persekutuan kembali kepada matlamat asal penggubalan ISA, yang digubal untuk mengawal komunis, ataupun pada hari ini untuk menangani pengganas ataupun mereka yang hendak menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.
"Saya tidak meminta supaya ISA dimansuhkan tetapi hanya menggunakannya apabila wujud ancaman ke atas keselamatan negara seperti pengganas dan bukan orang awam," kata beliau kepada wartawan di Kota Baharu, Kelantan semalam.
"Saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawui untuk mengadakan perbincangan terus terang bagi mendapatkan pandangan beliau dalam isu ini secepat yang mungkin," jelas beliau.
Kata Zaid, dengan memberikan pandangan sedemikian beliau kemungkinan dilihat bertindak bertentangan dengan 'dasar kerajaan' tetapi bersedia untuk menghadapi kesannya.
"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya.
Tambah Zaid, beliau bukan pencetus masalah dan tidak mahu menyusahkan Perdana Menteri dalam isu berkenaan.
Sebaliknya, katanya, beliau mempunyai prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.
Kata beliau lagi, kerajaan mempunyai undang-undang secukupnya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan didapati kesalahan, antaranya Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Pada Jumaat lalu, tiga orang iaitu masing-masing seorang penulis blog, wartawan dan ahli politik ditahan di bawah ISA.
Penulis laman blog Raja Petra Kamaruddin yang pertama ditahan di rumahnya pada pukul 1.50 tengah hari di Sungai Buloh dekat sini berkaitan artikel yang disiarkan dalam laman webnya yang bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" dan juga "Not all Arabs are descendants of the Prophets".
Kedua-dua artikel itu didakwa menggunakan ayat yang menghina orang Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA.
Beliau pertama kali ditahan pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping.
Selepas penahanan Raja Petra, polis menahan pula wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tan ialah wartawan yang menulis berita yang mendakwa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa memberi ceramah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, telah melabelkan masyarakat Cina di negara ini sebagai "penumpang."
Selepas Tan, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, turut ditahan di bawah akta sama di hadapan kondominiumnya di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Tan telah dibebaskan petang kelmarin.
Sejak operasi ISA terbaru ini banyak pihak menyuarakan pandangan supaya penggunaan akta berkenaan dikaji semula.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ketiga-tiga mereka ditahan bagi memastikan ketenteraman negara adalah terkawal.
Dalam pada itu, MCA berpendapat bahawa jika ISA benar-benar perlu, ia sepatutnya hanya digunakan dalam kes yang sangat ekstrem.
Presidennya Dato' Seri Ong Ka Ting berkata, "Jika tidak Akta ini sendiri adalah satu ancaman terhadap peraturan perundangan dan asas kebebasan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan kita," katanya.
Ong berkata, penggubal ISA sendiri, mendiang Profesor RH Hickling, pernah berkata bahawa akta tersebut hanya untuk melawan pemberontak Komunis dan mereka yang terlibat dalam perjuangan bersenjata.
"Jika benar keselamatan negara terancam, mesti ada bukti kukuh untuk membuktikannya. Jika tidak mereka yang ditahan (mengikut ISA) perlu didakwa di mahkamah di mana terdapat undang-undang yang mencukupi untuk tujuan itu," katanya.
Setiausaha Agung MIC, Dato' Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan perlu menerima hakikat bahawa sebahagian besar rakyat negara ini tidak gemar penggunaan ISA.
Kata beliau, negara mempunyai cukup undang-undang untuk digunakan terhadap pelbagai kelakuan yang terpesong, tidak bertanggungjawab dan merbahaya.
"Mengapa undang-undang ini tidak digunakan? Individu yang ditahan (di bawah ISA) tanpa didengar penjelasan dan peluang membela diri adalah bertentangan dengan kepercayaan yang kita amalkan pada masa ini.
"Setiap kali seseorang itu ditahan di bawah ISA, ia akan menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan melakukannya kerana tidak mampu untuk mendakwa dan menghukum orang itu di bawah undang-undang yang sedia ada di negara ini," kata beliau yang juga Menteri Sumber Manusia dalam kenyataan dikeluarkan semalam

Wednesday, September 10, 2008

Cetus kemarahan, Dr Siti Mariah buat laporan polis terhadap Khir Toyo

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Sep 11, 08 | 2:27:13 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Hrkh) - Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood telah membuat satu laporan polis ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berikutan satu kenyataan mengenai isu petisyen azan di Puchong.
Beliau membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini dengan ditemani oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Atihirah Al-Jundi.
Menurut Siti Mariah, laporan itu dibuat berikutan laporan media Utusan Malaysia 9 September 2008, yang menyebut bahawa Khir kononnya berkata wujud usaha daripada sebuah parti dalam komponen Pakatan Rakyat untuk melarang azan daripada berkumandang di masjid-masjid seluruh Selangor.
"Bahkan Khir Toyo juga secara ambil mudah memperakui bahawa kononnya wujud usaha pihak tertentu (penduduk Puchong) bagi menyediakan satu petisyen membantah azan daripada dikumandangkan di kawasan tersebut.
"Jelas ini semua adalah fitnah dan Khir bercakap tanpa sebarang fakta dan bukti yang dapat disandarkan kepada kenyataannya," ujar Siti Mariah yang juga AJK PAS Pusat.
Ujar beliau, PAS melihat kenyataan ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Beliau turut mendakwa ia sebagai satu kenyataan provokatif terhadap umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
"Saya menyeru rakyat agar bertenang dan jangan mudah mempercayai fitnah dan berbaur perkauman ini," katanya.

PAS tentang cubaan cetus isu perkauman - Nik Aziz

Salmah Mat Husain Thu | Sep 11, 08 | 01:42:40 pm MYT
KOTA BHARU, 11 Sept (Hrkh) - Peringatan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengenai isu-isu perkauman yang dicetus pemimpin-pemimpin politik perlu diberi perhatian semua pihak.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pandangan Jeneral tersebut perlu diambil perhatian kerana isu perkauman yang ditimbulkan sesetengah pihak kebelakangan ini begitu membimbangkan.
"Pihak tentera amat bimbang dengan senario itu dan menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menimbulkan isu perkauman," katanya di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Angkatan Tentera yang mendakwa isu perkauman yang ditimbulkan ahli-ahli politik sekarang boleh menjurus kepada keadaan huru-hara.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa kenyataan seperti itu mungkin secara langsung ditujukan kepada Umno dan Gerakan memandangkan mereka sedang bertelagah sesama ekoran isu perkauman yang ditimbulkan Umno.
Menurutnya juga sejak awal lagi Islam menolak perjuangan berasaskan kebangsaan kerana ia boleh menjurus kepada semangat perkauman.
"Dalam al-Quran disebut "Sengaja Allah jadikan kaum itu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain," ujarnya.
Kata beliau Umno dan Barisan Nasional (BN) bergerak atas asas perkauman di mana parti itu memupuk semangat perkauman mengikut sentimen bangsa masing-masing.
Katanya, kaum Cina dengan MCA, India dengan MIC dan Melayu dengan Umno yang akhirnya bertembung sesama sendiri akibat masalah perkauman yang ditiupkan dalam perjuangan mereka," katanya.
Sedangkan PAS, tambahnya sejak awal lagi menolak soal perkauman yang telah menjadikan Islam sebagai dasar dalam perjuangannya.
Beliau berkata, PAS memberi kesedaran kepada penganutnya supaya menjalin hubungan baik semua bangsa seperti saudara sendiri.
"Di Kelantan kerajaan negeri yang mentadbir secara Islam tidak pernah meminggirkan golongan minoriti, antaranya Skim Takaful Kifaalah dan Takaful Armalah diberikan kepada semua kaum.
"Selain itu, kita juga menterjemahkan gabungan tiga budaya pada Masjid Jubli Perak di Rantau Panjang bagi menggambarkan penghormatan pimpinan kerajaan negeri kepada golongan terbabit," katanya.
Oleh itu beliau berkata, PAS menentang habis-habisan mereka yang membangkitkan isu perkauman kerana ia mendatangkan mudarat besar kepada seluruh rakyat.
Sementara itu, ada sumber menyebut isu perkauman seperti sengaja dibangkitkan pemimpin Umno dalam usaha mereka menggagalkan rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan pada 16 September ini.
Katanya, ia dibuktikan apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi lambat mengambil tindakan terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail biar pun tindakan dan kenyataannya ternyata boleh menggugatkan perpaduan kaum di negara ini.
"Perdana Menteri hanya menggantungkan jawatan pemimpin itu dalam Umno dan bukannya mengenakan tindakan mengikut undang-undang seperti dikenakan terhadap pemimpin pembangkang sebelum ini," katanya.

Peralihan kuasa 16 September ? PAS Johor adakan Munajat Perdana

Salman Hussin .Thu | Sep 11, 08 | 1:39:50 pm MYT
BATU PAHAT, 11 Sept (Hrkh) PAS Johor akan mengadakan munajat perdana khusus bagi memohon pertolongan Allah swt agar usaha untuk merealisasikan peralihan kuasa pada 16September ini berjalan dengan lancar dan aman.
"Munajat perdana yang akan diadakan ini merupakan inisiatif PAS Johor dalam usaha untuk memastikan proses peralihan kuasa ini berlaku dalam suasana aman serta tidak menimbulkan sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini, kelmarin.
Menurutnya, solat hajat perdana yang akan diadakan di Dataran Dewan Pemuda PAS Johor, Taman Renggam Jaya Simpang Renggam, 12 September ini akan bermula dengan majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat hajat dan disusuli dengan ceramah oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub serta Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamad.Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, menyeru seluruh umat Islam di Johor turut serta dalam majlis yang sangat penting ini.
"Kita semua tentunya mengharapkan segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan yang boleh membantutkan proses peralihan kuasa ini, kita mahu proses ini berlangsung secara aman serta tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. "Bagi kita tiada tempat lain lagi untuk memohon pertolongan selain Allah swt, hanya kepada Allah swt sahaja tempat kita bermunajat dan memohon pertolongan supaya matlamat untuk mengambil-alih kuasa yang sekaligus menyelamatkan negara ini tercapai," katanya.
Sehubungan dengan itu beliau amat mengharapkan seluruh umat Islam di negeri ini turut serta dalam solat hajat perdana ini.
"Selain itu PAS Johor juga mengharapkan komitmen seluruh pimpinan dan ahli PAS di negeri ini untuk sama-sama menjayakan program ini, katanya.

Sikap 'double-standard' Umno tangani isu Ahmad Ismail dibidas

Basiron Abdul Wahab
Thu | Sep 11, 08 | 01:37:52 pm MYT
KUANTAN, 11 Sept (Hrkh)Dewan Pemuda PAS Pahang menyifatkan tindakan displin yang dikenakan Umno terhadap ketua Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail mengesahkan parti itu mengamalkan undang-undang berbeza terhadap rakyat.
Ketuanya Suhaimi Md Saad berkata, jika pembangkang bercakap senada dengan Ahmad, sudah tentu kerajaan akan mendakwa dibawah Akta Hasutan atau ISA dan sebagainya tetapi kerana Ahmad ahli Umno, kerajaan Umno hanya mengenakan tindakan displin parti sahaja.
"Perkara ini sudah diperhatikan rakyat jelata seluruhnya kerana kesalahan Ahmad bukan kesalahan kecil bahkan boleh dikena tindakan dibawah pencegahan seperti Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun PAS tidak menyetujuinya," ujar beliau.
Suhaimi mempertikaikan tindakan displin yang lemah dikenakan terhadap Ahmad ini kerana sepatutnya bukan Ahmad seorang yang dikenakan tindakan itu tetapi termasuk juga individu yang menurut, mengoyak dan memijak gambar Dr Koh Tsu Kun itu kerana mereka juga membuat provokasi perkauman.
Tambahnya, tindakan juga sepatutnya dikenakan kepada stesyen televisyen kerana menyiarkan video kejadian itu yang jelas telah mengapi-apikan isu berkenaan.
Bagi PAS, apa yang berlaku membuktikan rapuhnya semangat setiakawan dalam Barisan Nasional ?BN.
"Dulu dia orang tuduh Pakatan Rakyat adalah pakatan longgar tetapi kini BN yang tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain," sindirnya.
Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan Ahmad Ismail digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti Umno selama tiga tahun.
Keputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno di Kuala Lumpur.
MT yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno, mula bermesyuarat jam 2.30 petang.
Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina dan mengoyak gambar pemimpin parti Gerakan, Dr Koh Tsu Kon.
Ahmad didakwa telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.
Menurut Suhaimi, menggantung keahlian Ahmad tidak akan menyelesaikan masalah kerana ia membolehkan beliau terus menyerang pemimpin Gerakan yang dimusuhinya selepas ini dengan lebih bebas kerana tidak terikat lagi dengan displin Umno walaupun dia adalah Umno.

Monday, September 1, 2008

Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini

Mohd Sabri Said
Tue | Sep 02, 08 | 11:21:21 am MYT
PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini. Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.
"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.
Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.
"Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau.
Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.
Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.
"Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya. - mr

Sunday, August 24, 2008

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz

Mohd Sabri Said
Mon | Aug 25, 08 | 9:18:03 am MYT
TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.
Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.
Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.
"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.
Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.
Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.
Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.
Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.
"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.
Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.
Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.
Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.
Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Pengakuan Ramlang Porigi tamparan hebat buat BN.

Mohd Sabri Said
Mon | Aug 25, 08 | 9:40:12 am MYT
PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh)- Umno dan Barisan Nasional (BN) pastinya tersentak dengan pengakuan berani Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang mengatakan dirinya diarahkan oleh orang atasan menjadi saksi sumpah laknat bekas pembantu Dato' Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu.
Mungkin pada hari itu, semua orang terkejut dengan pengakuan bersumpah Saiful kerana sanggup memegang al-Quran, dalam masjid dan disaksikan oleh golongan yang berpengetahuan agama.
Tambahan lagi media terus sahaja memperbesarkan kenyataan tersebut bahkan menjadi tayangan rutin televiyen khususnya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 dalam setiap berita jam 8.00 malam.
Jika tidak siarkan rakaman bersumpah itu ibarat tidak sah maklumlah semua rangkaian media samada cetak dan elektronik dikuasai orang politik yang rakus serta takut pemerintahan yang mereka duduki sekarang jatuh pada pembangkang.
Seandainya jatuh kerajaan, bermakna semua yang mereka lakukan terdedah satu persatu dan mungkin ada yang diheret ke mahkamah atau lebih malang lagi menuju ke penjara di usia tua.
Justeru itu, sebolehnya kepimpinan Umno-BN berhempas pula dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh bagi memastikan talian hayat parti-parti dalam komponen BN tetap sekata bukan masing-masing mencari haluan setelah kalah teruk pada pilihanraya umum ke 12 lalu.
Selepas Saiful bersumpah laknat bahawa dirinya memang diliwat oleh bekas majikanya tiba-tiba Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib pula mendendangkan sumpah di Masjid Guar Perahu kononya beliau tidak terlibat dengan kompirasi serta tidak pun mengenali gadis Monggolia yang dibunuh kejam.
Anehnya sumpah yang dilafazkan oleh Najib dipandang sepi malah ada yang senyum sinis. Bagi rakyat di Permatang Pauh tentunya beruntung kerana dapat melihat sendiri gelagat dua 'badut' yang sedang resah, takut dengan bayang-bayang sendiri sehinggakan sanggup bersumpah walhal sebarang hukuman belum diputuskan lagi di mahkamah.
Pengakuan Imam berkenaan bahawa beliau diarahkan oleh seseorang seharusnya tidak boleh dipandang ringan bahkan perlu disiasat segera oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) atau pihak polis.
Itulah antara reaksi awal Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dalam ceramahnya semalam. Beliau mendesak satu siasatan menyeluruh diadakan sebagaimana siasatan yang dilaksanakan terhadap Anwar.
Pendedahan Ramlang itu sekaligus memberi tamparan hebat kepada Umno-BN menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh esok.
Mungkin itu adalah jaringan terakhir yang Pakatan Rakyat 'gol' kan bagi memenangi perlawanan antara BN dan Pakatan Rakyat.
Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dalam kenyataanya baru-baru ini mendendangkan bahawa pertemuan BN pada pilihanraya ini bukan antara parti dengan parti tapi Anwar Ibrahim.
Jika tertewasnya Anwar dalam pilihanraya itu mungkin KeADILan akan menuju ke gaung sama juga kenyataan yang dilemparkan oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin kononya KeADILan akan dilenyapkan.
Namun, pengundi di Permatang Pauh adalah penyerangnya sebenar. Kita tidak mengharap penyerang impot menyaringkan gol sebaliknya memerlukan kehebatan pemain tempatan menyumbat gol penyudah.
Jaringan gol oleh pemain tempatan lebih bermakna kerana ia berjaya membuktikan bahawa orang tempatan jangan di padang remeh untuk menentukan corak permainan yang lebih cemerlang di masa depan. - mr

Saturday, August 23, 2008

Sumpah jadi mainan Umno di Permatang Pauh - Anwar

Mohd Zamirul Mohd Dzaki
Sun | Aug 24, 08 | 11:10:27 am MYT
PERMATANG PAUH, 24 Ogos (Hrkh) - Calon Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah mengagak sumpah akan menjadi bahan permainan kepimpinan Umno selepas sumpah Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini.
"La ni tak payah ada hakim semua main sumpah saja, kalau macam tu pi mencuri, bunuh orang balik mai sumpah, imam pulak kena pakai imam Umno," katanya.
Tambah beliau lagi, Umno pada hari ini suka bermain dengan al-Quran dan tidak menghormati kesucian al-Quran tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bersumpah di Masjid Guar Perahu semalam kononnya tidak mengenali wanita Mongolia, Antantuya apatah lagi terlibat dalam kompirasi membunuhnya.
Anwar sekali lagi mengulangi yang beliau sanggup bersumpah pada bila-bila masa seperti mana yang dituntut pihak Umno.
Tetapi beliau terpaksa tunduk kepada arahan ulama-ulama terkenal termasuk Yusof Al Qardawi yang melarang beliau bersumpah.
Katanya lagi, beliau telah dinasihatkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dan beberapa lagi ulama terkenal agar membawa kes itu ke mahkamah syariah.
Anwar berucap demikian dalam ceramahnya di Mengkuang Titi Permatang Pauh semalam.
Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Presiden Parti KeADILan Rakyat Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat Azmin Ali dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. - mns_

Wednesday, August 13, 2008

Ahli peringkat akar umbi keliru isu muzakarah

Lanjusoh Thu | Aug 14, 08 | 10:21:55 am MYT
IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Manhaj Malizi nampaknya seolah-olah menjadi pendekatan yang digunakan pemimpin PAS selepas era pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu. Iklan
Perwakilan Perak, Ustaz Fatah Awang berkata, pendekatan itu yang berpangkal daripada isu muzakarah yang digegerkan sebelum ini.
Katanya, isu tersebut mencetus suasana tidak faham di kalangan penyokong sehingga ada yang mahu mengambil tindakan negetif sehingga mengugut hendak keluar parti.
Bagaimanapun kata beliau perkara itu sudah agak reda sedikit sekarang melalui penjelasan yang diberi pemimpin mengenai isu muzakarah dan kemudian ditukar kepada muqabalah.
Perwakilan Pahang, Hassan Salim pula berkata, isu muqabalah banyak menyentuh perasaan penyokong di peringkat bawah sehingga ramai yang keliru.
"Dalam perjuangan kita berjaya meruntuh jahiliah tetapi gagal untuk menegakkan Islam. "Kita berjaya bersama dengan pelbagai kelompok ideologi namun gagal hendak memandu ahli PAS memahami isu yang berlaku sekarang," katanya.
Beliau juga berkata, ucapan dasar ketua pemuda malam tadi menyeluruh.
Yuhaizat Abdullah, perwakilan Melaka juga menjelaskan ramai yang keliru dengan isu muzakarah yang digegerkan sebelum ini.
"Sepatutnya kita boleh belah awal daripada mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno yang semakin lemah deyutan jantungnya. "Jangan kita merasakan sudah cukup kuat pada pilihan raya umum lalu dengan kemenangan tersebut kerana banyak kemungkinan yang boleh berlaku," ujarnya. Beliau mengajak ahli dan penyokong hendaklah lebih berhati -hati dengan kemenangan yang disifatnya lebih bersifat sementara.
Atau bolehkah seseorang itu boleh dianggap mampu menjadi negarawan tanpa mengetahui sesuatu hasil daripada tindakannya. Beliau juga berkata, suasana kemeriahan muktamar kurang dirasaikan memandangkan tiada bendera di luar kawasan bermuktamar kecuali di pintu masuk stadium.
Beliau juga memperli sikap Badan Perhubungan PAS di negeri tertentu yang difaham mengadakan mesyuarat di luar negara, malah mungkin selepas ini di Australia pula agaknya. - mj _

Tuesday, August 12, 2008

Harakah edisi 2 kali seminggu akan dilancarkan sempena Muktamar

Intan Abdullah Wed | Aug 13, 08 | 02:11:57 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Akhbar Harakah edisi baru terbitan dua kali seminggu akan dirasmikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejurus selepas ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan ke-54, 15 Ogos di Ipoh. Iklan
Demikian ujar Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang juga Pengarah Urusan Harakah kepada Harakahdaily.

"Saya bersyukur kepada Allah atas pelancaran Harakah dua kali seminggu ini yang menunjukkan PAS telah kembali ke zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu," katanya.

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, pelancaran yang dibuat sejurus selepas ucapan dasar presiden melambangkan kepentingan akhbar rasmi parti Islam itu.

"Kita juga berharap suatu hari nanti Harakah mampu berperanan sebagai akhbar harian bagi menggantikan media arus perdana yang kini sudah tidak lagi relevan," ujarnya.

Sementara itu, pengurus acara bagi majlis pelancaran itu Mokhtar Rozaidi berkata pelancaran tersebut akan dijalankan dengan penuh gimik.

Menjelaskan konsep Harakah edisi baru, beliau menyatakan bahawa ia mengekalkan bilangan muka surat selain beberapa kolum tetap.

"Harganya dikurangkan kepada RM2.00 selain bilangan muka surat berwarna ditambah kepada 24 berbanding hanya 16 sebelum ini.

"Dengan menampilkan konsep yang lebih moden dan kompetitif, ia diharap akan dapat memenuhi keperluan kehendak pembaca," katanya.

Katanya lagi, ia juga akan menggunakan jenis tulisan yang kontemporari selain kolum dan ruang yang lebih pelbagai. - mns_

Muktamar Pemuda PAS 'membuka tirai' malam ini

Azamin Amin Wed Aug 13, 08 12:10:23 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Muktamar PAS kali ke-54 di Ipoh akan dimulakan terlebih dahulu dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada jam 9 malam ini bertempat di Stadium Indera Mulia.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dijangka akan menyempurnakan majlis perasmiannya manakala perasmian muktamar Dewan Ulama di Dewan Bandaraya Ipoh dan Dewan Muslimat di Hotel Hillcity akan berlangsung keesokan pagi, 14 Ogos.
Muktamar PAS Pusat akan bersidang pada Jumaat 15 Ogos jam 8.00 pagi di Stadium Indera Mulia yang akan menyaksikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan Ucapan Dasarnya di pada hari tersebut.
Menurut wartawan Harakah English Section Muhammad Hamzah persiapan muktamar adalah di tahap yang terakhir dan berjalan lancar.
Kawasan sekitar stadium sibuk dengan para petugas memastikan koordinasi lori-lori yang mengangkut barang dan gerai-gerai yang baru dibuka malah Unit Amal sudah pun memulakan tugas mengawal selia keselamatan orang ramai yang akan hadir ke muktamar tersebut.
Semalam, telah berlangsung upacara raptai penuh Muktamar yang disaksikan sendiri oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang, kata Hamzah.
Sementara itu Setiausaha Politik Mneteri Besar Perak Ustaz Misbahul Munir menjelaskan sedang bersiap sedia menyambut kedatangan para tetamu dari seluruh pelusuk negara.
"Inilah kali pertama PAS Perak menjadi tuan rumah menganjurkan program yang sebesar ini.Kami telah menyediakan satu tempat khas untuk gerai jualan , makan dan minum bagi menampung keperluan para perwakilan dan pemerhati Muktamar.Penginapan untuk para perwakilan juga kami sediakan yang terbaik," jelas Misbah dalam laman web PAS.
Di samping itu laman web tersebut melaporkan terdapat program tarikan berupa konsert Kesenian Islam yang akan diadakan pada 14 Ogos bermula jam 9.30 malam yang dijangka akan menarik minat golongan remaja mendampingi program PAS dan mengenali etika corak hiburan cara Islam.
Konsert tersebut bakal membariskan persembahan Kumpulan Nasyid Far-East dan Saff One di samping deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakannya.
Susulan keesokan 15 Ogos malam, Nostalgia Forum Perdana akan menemui para hadirin dengan barisan ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Dato? Dr Haron Din, Dato? Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Taib Azamuddin.
Manakala malam kemuncak 16 Ogos di mana Ceramah Perdana akan diadakan di Stadium Perak akan menyaksikan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz, wakil-wakil dari pertubuhan Hamas Palestin dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menyampaikan ucapan mereka._ -->

Iklan Teks

Monday, August 11, 2008

Anwar mula berkampung di Permatang Pauh 13 Ogos

Mohd Sabri Said Tue Aug 12, 08 12:17:14 am MYT
PERMATANG PAUH, 12 Ogos (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mula berkampung di Permatang Pauh mulai 13 Ogos ini di mana berbagai aktiviti diatur untuk mempertahankan Permatang Pauh dalam Pilihan raya Kecil parlimen berkenaan pada 26 Ogos ini.
Setiausaha KeADILan Bahagian Permatang Pauh, Mohd Rodzi Abdul Hamid menyifatkan, kembalinya Anwar umpama 'sirih pulang ke gagang' kerana selama 17 tahun lalu beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berjaya membawa perubahan bukan kepada corak politik Pulau Pinang dan Permatang Pauh bahkan kepada kemajuan negara.
Beliau percaya, rakyat di parlimen ini tidak melupai jasa-jasa dan pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Anwar dengan memberi undi kepada beliau ketika membuang undi kelak.
"Pengundi dan rakyat di Permatang Pauh merupakan rakyat yang betul-betul matang kerana memilih yang mana 'intan' dan yang mana 'manikam'. Walaupun Anwar tidak boleh bertanding kerana ditahan pengantinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut, " ujarnya ketika dihubungi di pejabat Yayasan Aman, Penanti sebentar tadi.
Sebagai permulaan program ialah perhimpunan semua jentera KeADILan Parlimen Permatang Pauh pada 13 ogos ini di Yayasan Aman bermula jam 8.00 malam dan menyampaikan ceramah perdana di Kampung Kota, Permatang Pasir pada malam yang sama.
Jelas beliau, Anwar hanya berpidato pada majlis besar di sekitar parlimen ini manakala ceramah berkelompok banyak melibatkan pemidato ternama dari KeADILan pusat atau dari negeri yang datang membantu.
Selain hanya berceramah beliau akan melakukan tinjauan ke serata tempat tumpuan rakyat seperti pasar raya, kampung-kampung, gerai, pasar serta penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan sebagainya.
"Apa pun kami di sini akan menjadualkan lawatan dan ceramah beliau mulai 13 Ogos ini. Antaranya lawatan ke beberapa buah gerai, pasar raya, pasar dan penyampaian sumbangan untuk ibu tunggal serta banyak lagi, " tegas beliau. - mks

Kes umat Islam, hanya Mahkamah Syariah beri keadilan - Presiden

Mohd Zamirul Mohd Dzaki Mon Aug 11, 08 3:15:58 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mahukan isu liwat yang dikait dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke mahkamah syariah dan bukannya dibicarakan di mahkamah sivil.
Beliau berkata, kes liwat yang membabitkan orang Islam adalah perkara jenayah di dalam perundangan Islam sama seperti kes zina dan lain-lain maka ianya perlu dibawa ke mahkamah syariah. "Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor perlu menggubal perundangan tersebut kerana melalui mahkamah syariah sahaja keadilan dapat diperolehi," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Dewan SEAMO, RECSAM semalam.
PAS juga, tambah Dato' Seri Abdul Hadi, menolak sebarang bentuk campur tangan kuasa luar dalam penyelesiaan pertuduhan kes liwat terhadap Anwar.
"Kalau Amerika nak campur tangan, biar mereka selesaikan di Gautonama dulu" katanya.
Menurutnya lagi, pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Dato' Seri Anwar adalah satu kezaliman.
Ini kerana, ianya dilihat sebagai taktik Umno untuk memusnahkan masa depan politik mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
"Kita perlu bersimpati kepada mereka yang dizalimi walaupun kepada mereka bukan dari ahli parti kita," katanya.
Tambahnya lagi, menurut Islam seseorang itu tidak bersalah selagi dia belum didapati atau berjaya dibuktikan bersalah.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa; Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man; Penyelaras Pilihan raya PAS Pusat di Permatang Pauh, Wan Rahim Wan Abdullah dan beberapa pemimpin PAS lain. - mks. _

Thursday, August 7, 2008

Permatang Pauh: Muktamar tidak halang PAS beri komitmen

Intan Abdullah Fri Aug 08, 08 10:03:06 am MYT
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - PAS akan membantu memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh nanti.
Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata PAS akan menghantar petugas untuk membantu gerak kerja pilihan raya tersebut walaupun tarikh penamaan jatuh pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-54.
"Jawatankuasa PAS Pusat akan memutuskan untuk menghantar petugas bagi membantu kerja-kerja di Permatang Pauh pada hari penamaan calon nanti," ujarnya ketika ditemui selepas sidang media Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat KeADILan, Merchant Square, Damansara kelmarin. Walau bagaimanapun, PAS katanya akan tetap memberikan komitmen kepada perjalanan gerak kerja pilihan raya kecil yang menjadi tumpuan umum meskipun ianya dilihat akan mengalihkan sedikit tumpuan para perwakilan yang sedang sibuk bermuktamar.
"Tiada halangan untuk menjalankan gerak kerja itu nanti, tetapi yang lebih penting adalah tempoh kempen selama 10 hari," katanya.
Dtanya mengenai pertembungan tarikh muktamar dan penamaan calon di Permatang Pauh, Hatta yakin ianya tidak akan menjejaskan tumpuan PAS dalam muktamar tahunan itu nanti.
Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 di Ipoh dijangka akan membahaskan beberapa isu penting yang akan membicarakan pelbagai perkara khususnya berhadapan dengan kemelut politik tanah air yang menampilkan PAS sebagai antara ikon penting.
"Walau apapun kita tetap akan turun ke sana selepas muktamar dengan lebih ramai," katanya.
Hatta juga menjelaskan tarikh tersebut menjadi cabaran kepada pimpinan Pakatan Rakyat memandangkan sehari selepas berakhirnya muktamar iaitu pada 18 Ogos merupakan tarikh bermulanya sidang ketiga Dewan Rakyat.
"Kita akan mengemaskini dan menyusun pembahagian kerja di kalangan Pakatan Rakyat bagi memberikan tumpuan agar segala perancangan berjalan dengan lancar," ujarnya.
Muktamar Tahunan PAS ke-54 akan bermula pada 13 hingga 17 Ogos, tarikh penamaan calon di Permatang Pauh jatuh pada 16 Ogos manakala Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 18 Ogos. - mks._

MB Kedah yakin Anwar menang besar

Izwan Abdul Halim Fri Aug 08, 08 09:59:38 am MYT
LANGKAWI, 8 Ogos (Hrkh) - PAS Kedah bersedia untuk mengerah seluruh kekuatannya bagi membantu gerakerja Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pertengahan Ogos ini.
Kesediaan itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai menjawab pertanyaan media pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Langkawi di sini kelmarin.
"Kita sedang tunggu lampu hijau, PAS Kedah akan berikan bantuan," ujar beliau penuh ceria.
Katanya, jentera PAS Kedah bersedia menerima arahan dari pimpinan parti KeADILan Pulau Pinang terhadap sebarang tugas dan tempat gerakerja serta keperluan yang dikehendaki.
"Kita akan beri 'support', kita cukup rapat dengan Penang, sempadan sahaja.
"Kita bersedia bila-bila masa, kita sedang menunggu. Kita akan kendalikan jentera kita," katanya penuh bersemangat.
Ditanya harapan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya itu, beliau melahirkan keyakinan Anwar akan menang dengan majoriti yang besar.
"Besar dan lebih besar (dari majoriti sebelum ini)," tegasnya bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi. - mks. _

Wednesday, August 6, 2008

Anwar bebas dengan jaminan RM20,000

Sumber Siasah:
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2008 : Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan jaminan peribadi sebanyak RM20,000 selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.Beliau tidak perlu menyerahkan pasportnya sebagaimana yang diminta pendakwaraya kerana "dia nampaknya tidak akan melarikan diri", kata hakim mahkamah Sesyen, SM Komarthy.Anwar diminta datang semula ke mahkamah pada 10 September di mana tarikh perbicaraannya akan ditetapkan dan akan dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.Beliau tiba di mahkamah itu jam 9.30 pagi dengan diiringi oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.Turut berada di perkarangan mahkamah adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan hampir 500 penyokong.Anwar didakwa di bawah seksyen 337B Penal Code iaitu atas tuduhan meliwat tanpa paksaan ke atas Saiful pada jam 3.01 hingga 4.30 petang di Unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara, Kuala Lumpur."Ini tuduhan jahat dan saya tidak mengaku bersalah," kata Anwar menjawab pertuduhan itu.Anwar dibela oleh tujuh peguam yang diketuai oleh Haji Sulaiman Abdullah. Peguam yang lain adalah R Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon and Leela J Jesuthasan

Perbicaraan Anwar: Sekatan jalan raya dan siapsiaga FRU di mahkamah

Tarmizi Mohd Jam Thu Aug 07, 08 10:19:47 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh)- Hari ini sekali lagi sekatan polis di jalan-jalan utama masuk ke Kuala Lumpur telah mengundang kesesakan lalulintas, sejak pagi lagi ekoran kebimbangan pihak polis berlakunya tunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur.
Jam 10 pagi ini, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dibicara di Mahkamah Seksyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, atas tuduhan meliwat. Polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Sejak jam 7.30 pagi lagi, didapati unit polis trafik mengawal lalu lintas sekitar jalan menuju ke mahkamah. Adalah dipercayai, para penyokong Anwar akan berkumpul dan memberikan sokongan padu kepada beliau di perkarangan mahkamah tersebut pagi ini.
Pasukan FRU yang sudah tiba sejak awal pagi, mula mengambil tempat berkawal di perkarangan mahkamah. Sementara, wartawan dalam dan luar negeri sudah berkumpul di luar mahkamah untuk melaporkan perkembangan terkini berkenaan perbicaraan ini.
Sementara itu, banyak pihak yang kecewa dan tidak berpuashati dengan langkah pihak polis itu, yang dianggap mengganggu gerakerja harian mereka akibat tergendala di sekatan jalan raya atau terperangkap dalam kesesakan.
"Esok saya akan menghadapi pertuduhan fitnah yang saya tidak lakukan, tuduhan yang digunakan untuk aibkan sama seperti pada tahun 98 dan 99," tegas Anwar pada sidang akhbar kira-kira pukul 3.15 petang semalam di ibu pejabat parti itu.
Anwar yang dituduh melakukan liwat, dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.
Mengikut Seksyen 377A dan 377C, ikat jamin tidak dibenar. Bagaimanapun di bawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh membenarkan ikat jamin. Anwar akan dibela oleh sepasukan sembilan peguam termasuk R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah. - tmj _

Monday, August 4, 2008

PAS kerjasama dengan KeADILan, DAP bantu Anwar

Suhaimi Taib Tue Aug 05, 08 10:32:21 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - PAS akan berganding bahu dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP untuk mempastikan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat bertanding di Permatang Pauh.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub berkata, PAS bersedia membantu Anwar bertanding walaupun beliau ditangkap dan dipenjarakan.
"Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil permatang Pauh," katanya ketika berucap di Taman Melewar di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan menghalang Anwar dari mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk mempastikan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan membuat pengumuman tentang kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi kerusi tersebut esok.
Kerusi parlimen itu kosong berikutan peletakan jawatan oleh ahli parlimen kawasan itu, Dato' Seri Wan Azizah Ismail untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Wan Azizah menang dalam pilihan raya umum kawasan tersebut, 8 Mac lalu dengan majoriti 13,388 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Pirdaus Ismail.
Wan Azizah mendapat 30,388 undi manakala Pirdaus 16,950 undi.
BN dijangka meletakkan calon tempatan untuk mempastikan Anwar tidak mudah mencapai kemenangan di kawasan tersebut.
Anwar sebelum ini tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kerana dikenakan hukuman penjara enam tahun akibat tuduhan salahguna kuasa sekaligus satu sekatan berpolitik telah dikenakan ke atas beliau selepas menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.
Bagimanapun sekatan bergiat aktif dalam aktiviti politik (termasuk bertanding dalam pilihn raya) telah tamat April lalu dan beliau boleh aktif semula dalam kegiatan politik. - mks._

Sunday, August 3, 2008

Penggunaan dakwat,Permatang Pauh medan terbaik bagi SPR

Mohd Sabri Said Mon Aug 04, 08 1:37:46 pm MYT
PERMATANG PAUH, 4 Ogos (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempraktikkan penggunaan dakwat hitam dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh kerana terbukti dakwat di jari itu tidak mengundang huru-hara sebagaimana yang disuarakan pengerusinya, Dato' Abdul Rashid Abdul Rahman menjelang pilihan raya umum ke-12 lepas.
Menurutnya, inilah masa terbaik untuk SPR menguji keberkesanan pelaksanaan dakwat di jari berbanding rasa was-was pada pilihan raya umum konon bimbang berlaku peristiwa yang tidak diingini.
"Inilah masanya SPR praktikan penggunaan dakwat hitam di jari daripada menggunakan kaedah lama yang dianggap lapuk," ujarnya dalam sidang media sempena perasmian Bilik Gerakerja pilihan raya kecil Permatang Pauh di No 27, Taman Cermai, Sama Gagah semalam.
Menurutnya, jika SPR mengambil langkah demikian rakyat di parlimen ini akan tercacat sejarah negara sebagai rakyat pertama menggunakan kaedah yang diterima pakai di serata negara maju.
Sementara itu, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dalam kenyataanya, yakin rakyat Permatang Pauh begitu matang untuk memilih siapa sebenarnya pemimpin.
"Rakyat di sini memerlukan kepimpinan yang matang maka tidak hairanlah dalam pilihanraya umum lepas mereka mengajar calon Barisan Nasional (BN), Dato' Firdaus Ismail dengan majoriti yang besar, " jelasnya. - mks._

Anwar tetap bertanding sekalipun ditahan, dilokap polis

Tarmizi Mohd Jam Mon Aug 04, 08 11:06:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim bertegas akan tetap bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sekalipun beliau tahan polis dan berada di dalam lokap.
Dalam hal ini, katanya, beliau terpaksa bertindak cepat bagi matlamat untuk menyelamatkan ekonomi negara yang kian teruk. Hasratnya untuk bertanding, tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Beliau turut melahirkan rasa bimbang, jika selepas ini beliau tidak lagi dibenarkan berkempen sambil mengulangi ketegasannya untuk bertanding sekalipun beliau ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap.
Anwar berkata demikian dalam ceramah Peristiharan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kelmarin.
Beliau membidas dakwaan seetengah pihak kononnya pengosongan kerusi berkenaan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai mengkhianati pengundi Permatang Pauh.
Katanya, sejak awal lagi Wan Azizah telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.
Turut memberikan ceramah, Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP.
Sementara itu di Pekan, Pahang, Timbalan Pedana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menolak anggapan bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi pengukur kepada sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya umum Mac lepas.
Katanya, pilihan raya kecil ini tidak boleh dianggap sebagai ukuran mutlak sebab pilihan raya kecil biasanya bersifat setempat, banyak pertimbangan atas isu-isu tempatan, atau atas isu-isu tertentu yang mungkin tidak ada kaitan dalam konteks nasional.
"Walaupun saya sedar, langkah Anwar Ibrahim untuk bertanding ini untuk membawanya sebagai isu nasional," katanya kepada Bernama.
Menyentuh soal calon BN, Najib berkata, belum masanya untuk Umno memikirkan siapakah calon yang selayaknya dan pihak media tidak membuat sebarang spekulasi. Ini kerana jelasnya, banyak kriteria yang harus diberi perhatian dalam konteks pilihan raya kecil Permatang Pauh ini.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuaratnya Rabu (6 Ogos) ini bagi memutuskan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor memberitahu akhbar talian mSTAR Online, segala-galanya akan diputuskan Rabu ini.
Tiga pertimbangan diambil kira: Pertama tempoh 60 hari berkuat kuasa mulai hari penyandang jawatan melepaskan kedudukannya, hari Speaker Dewan Rakyat memaklumkan SPR ataupun hari panel suruhanjaya mengadakan mesyuarat.
Mesyuarat Rabu ini akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.
Mengambil kira tiga minggu bagi keseluruhan proses pilihan raya, hari pengundian kemungkinan jatuh antara 24 dan 28 Ogos ini.
Memandangkan pilihan raya pernah diadakan pada bulan puasa ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas, empat tahun lalu yang turut dimenangi calon KeADILan, jika SPR memberikan ruang yang lebih luas, pengundian kemungkinan diadakan minggu pertama bulan September ini. - tmj/mks._

Permatang Pauh uji Abdullah dan Umno yang tidak demokratik

Tarmizi Mohd Jam Mon Aug 04, 08 11:05:18 am MYT
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Pilihan raya kecil Permatang Pauh dijangka akan menguji sekali lagi mantera pentadbiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diuar-uarkan media massa arus perdana dan jentera propaganda sebagai bebas, terbuka, telus dan bertanggungjawab.
Bagaimanapun, penulis blog, Dato' A Kadir Jasin yakin media massa arus perdana yang dimiliki kerajaan, Umno dan parti-parti komponen BN mustahil akan berkecuali, bebas, terbuka, telus dan bertanggungjawab. Begitu juga dengan jentera propaganda yang lain.
Katanya, sejarah pilihan raya Permatang Pauh sejak pemecatan Anwar daripada Umno pada tahun 1998 tidak memihak kepada BN. Hatta pada tahun bertuah Umno iaitu 2004 apabila BN menang besar, Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berjaya mengekalkan kerusi itu. Anwar pula merampasnya daripada PAS pada tahun 1982.
Kadir menyifatkan, suka atau tidak suka, Umno terpaksa mengakui hakikat bahawa Permatang Pauh adalah "the Anwar country" ? wilayah Anwar.
"Selepas badai politik 8 Mac yang menghanyutkan BN di lima buah negeri dan wilayah ? termasuk negeri tumpah darah Abdullah - pilihan raya kecil Permatang Pauh, sebagai pilihan raya kecil pertama selepas itu, akan menguji semua pihak yang terbabit," ujarnya dalam tulisan terbaru beliau pada blog The Scribe A Kadir Jasin.
Bagi beliau, pilihan raya kecil Permatang Pauh ini akan mempengaruhi pemilihan Majlis Tertinggi Umno Disember ini dan memberikan impak kepada kedudukan Abdullah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Kadir berkata, Umno terpaksa berdepan dengan musuh utamanya (Anwar) atas landasan demokrasi dan parti itu sendiri nampaknya semakin hari semakin tidak demokratik, semakin feudalistik dan semakin ketandusan kepemimpinan berwibawa.
Terdapat enam hujah dikemukakan oleh Kadir untuk menunjukkan betapa Umno kini sudah tidak demokratik:
1. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden besar kemungkinan tidak akan ditandingi;
2. Kuasa wang dan projek sudah membeli sokongan kepemimpinan cawangan dan bahagian yang beberapa bulan lalu beria-ia menuntut perubahan;
3. Ancaman dan tekanan akan dikenakan ke atas saki baki pembesar Umno yang masih bebas daripada jangkitan "koro".
4. Kerana Abdullah telah merendahkan palang maka ramailah yang akan cuba melepasinya;
5. Ramai akan bertanding tiga jawatan naib presiden dengan harapan kalau kalah sekali pun Abdullah akan melantik mereka ke Majlis Tertinggi (macam dia melantik orang luar, bekas Ahli Parlimen dan pesalah politik wang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri); dan
6. Pemimpin terpaksa membelitkan kata-kata seperti Muhyiddin Mohd Yassin yang memberikan harapan palsu (false hope) kepada ahli dengan membayangkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi kekal bertanding Naib Presiden semata-mata untuk selamat.
Kadir juga percaya, Abdullah tidak mungkin memperjudikan masa depan dirinya dan Umno dengan meletakkan Ezam Mohd Noor sebagai calon BN menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat ini.
Beliau lebih yakin Abdullah akan meletakkan anak tempatan sebagai calon BN sekalipun tindakan itu boleh dianggap "ditelan mati ayah, diluah mati emak" akibat percakaran dalam kepimpinan Umno Permatang pauh yang tidak lagi menjadi rahsia. - tmj/mks. _

Umno sendiri 'bunuh' Melayu - Dr Syed Azman

Suhaimi Taib Mon Aug 04, 08 11:02:10 am MYT
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos (Hrkh) - PAS tidak akan mengkhianati amanah rakyat dengan bekerjasama menubuhkan kerajaan baru bersama Umno-Barisan Nasional (BN).
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tidak ada pemimpin PAS yang rasional akan menerima pelawaan Umno untuk bergabung menubuhkan kerajaan di peringkat pusat dan negeri.
"Hanya orang yang tidak rasional sahaja boleh menerima pelawaan Umno itu," ujarnya ketika berucap di Kuala Ibai, di sini baru-baru ini yang turut disertai Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Natusion.
Dr. Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkata, Selepas pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 sehingga menjelang pilihan raya 2008, Setiausaha Agung PAS telah menghantar tiga pucuk surat untuk bermuzakarah dengan Umno atas isu Melayu, Islam dan perkembangan semasa.
"Sementara Dewan Pemuda PAS menghantar tidak kurang dari empat pucuk surat untuk tujuan yang sama tetapi satu pun surat-surat berkenaan tidak dijawab oleh pemimpin-pemimpin Umno,"jelasnya.
Ketika PAS tidak mempunyai banyak kerusi di Parlimen, Terengganu jatuh semula ke tangan BN dan Kerajaan PAS Kelantan tidak kuat, Umno tidak layan pelawaan PAS tersebut.
"Tetapi selepas pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri, MIC, Gerakan dan MCA, bercakaran dan berpecah, baru Umno mahu mengajak PAS bermuzakarah kononnya bagi membincangkan soal survival Melayu,"katanya.
Menurut beliau ketika Umno memerintah Terengganu 50 tahun lalu, seramai 18 peratus orang Melayu negeri itu berada di bawah paras kemiskinan sedangkan pemimpin-pemimpin Umno negeri itu hidup senang lenang mengaut kekayaan dari hasil pendapatan negeri termasuk royalti petroleum dan gas.
Ketika itu Umno membunuh Melayu dengan menjadikan bahasa Ingeris sebagai bahasa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah seluruh negara.
"Umnolah yang membunuh bangsa Melayu sendiri bukan orang lain,"tegasnya. - mks.

Saturday, August 2, 2008

Pakatan Rakyat Pilih Ketua Pembangkang Baru Minggu Ini.

mSTAR Online : 03-08-2008 12:27:20 pm
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang di Parlimen, daripada kalangan parti komponen Pakatan Rakyat, akan diputuskan minggu ini.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat mengisi kekosongan yang wujud ekoran keputusan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kedudukan sebagai Ahli Parlimen, dalam beberapa hari lagi.
“Tarikhnya belum kita putuskan lagi, tapi kemungkinan minggu depan (ini) dengan seberapa segera,” katanya ketika dihubungi.
Azmin yang sebelum ini disebut-sebut oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bakal menggantikan tempat Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PKR bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi.
“Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi mengenainya. Apa yang penting ialah pemuafakatan sesama Pakatan Rakyat,” kata Ahli Parlimen Gombak ini.
Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di kerusi Permatang Pauh menggantikan isterinya, Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Difahamkan Anwar akan menghadiir mesyuarat itu.
Malah, sebelum ini disebut-sebut bahawa jika Anwar memenangi pilihan raya kecil itu beliau akan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang kelak.
Khamis lalu, Dr Wan Azizah mengumumkan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.
Azmin yang juga merupakan ketua whip Pakatan Rakyat beranggapan sekiranya dipilih menjadi ketua pembangkang, ia adalah satu tanggungjawab yang besar buatnya.
“Itu adalah satu tanggungjawab dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk Pakatan Rakyat. Bagaimanapun baik kita serahkan kepada mesyuarat untuk tentukan,” katanya.

Tuesday, July 29, 2008

Muzakarah, Muslimat PAS setuju tetapi...

Intan Abdullah Wed Jul 30, 08 9:58:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat bersetuju mengadakan muzakarah bersama Wanita Umno berhubung hal kepentingan menjaga agama Islam dan memelihara kemaslahatan rakyat secara umumnya.
Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi berkata Muslimat PAS lebih berminat dengan perbincangan mengenai usaha menjaga Islam dan menjaga kebajikan rakyat.
"Bagi Muslimat PAS, muzakarah ini dilihat untuk mencari persefahaman bagi menjaga Islam dan memelihara kepentingan rakyat secara umum," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Wanita Umno melalui Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) yang akan mengadakan muzakarah dengan Dewan Muslimat PAS bagi membincangkan isu-isu berkaitan wanita Islam di negara ini.
Walau bagaimnapun, muslimat melihat pelawaan itu lebih menggambarkan seolah-olah terdapat wujud usahasama mewujudkan kerjasama politik kedua-dua parti.
Tegasnya, kenyataan tersebut disokong oleh pendedahan Abdullah mengenai pertemuan-pertemuan yang dibuat bersama dengan pemimpin PAS.
"Muslimat sentiasa berwaspada dengan sebarang pertemuan mahupun kerjasama yang mahu dijalinkan dalam apa jua bentuk sekalipun setelah terdapat beberapa kenyataan daripada pemimpin Umno sebelum ini yang kelihatan 'bias'," katanya.
Hal ini digambarkan apabila Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menawarkan kerjasama serta pelawaan
"Apabila mereka membuat pelbagai tawaran kepada PAS, ianya kelihatan seolah-olah PAS ini 'hubbun dunia' yakni cintakan pangkat dan kedudukan," tegasnya.
Dalam perkembangan lain, pihaknya menyatakan bahawa Muslimat kini lebih cenderung untuk mengadakan perbincangan bersama sayap wanita KeADILan dan DAP.
"Jika benar mereka ingin mewujudkan kerjasama itu, berikan dulu keadilan kepada para isteri dan anak-anak mangsa tahanan ISA, baru boleh bercakap mengenai kerjasama untuk kepentingan rakyat lain," ujarnya. - mks. _

Isu muzakarah: Pemimpin akar umbi PAS mahukan penjelasan

Basiron Abdul Wahab Tue Jul 29, 08 3:47:18 pm MYT
TEMERLOH, 29 Julai (Hrkh) ? Para pemimpin PAS di peringkat akar umbi menggesa PAS Pusat segera menangani sebarang perbezaan pendapat ekoran isu Muzakarah PAS-Umno.
Yang Dipertua PAS kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, serangan berterusan media arus perdana terhadap PAS dalam isu berkenaan sedikit sebanyak mengelirukan pemikiran ahli PAS di peringkat pertengahan dan bawahan.
Katanya, bahagian penerangan dan gerak saraf parti perlu diberi suatu penjelasan rasmi dari PAS Pusat mengenai perkara itu supaya unit berkenaan dapat memberi penjelasan dan membalas serangan lawan dengan berkesan.
sebagai pemimpin PAS peringkat kawasan, beliau menerima banyak panggilan daripada ahli bertanyakan perkara tersebut dan sukar bagi beliau untuk memberi jawapan yang tepat mengenainya ekoran kekurangan maklumat.
"Elok jika PAS Pusat segera menangani isu berkenaan, kelewetan akan menyebabkan ahli tertanya?tanya dan ternanti-nanti untuk mendapat maklumat yang tepat sedangkan media lawan terus menyerang dari segenap sudut," ujarnya.
Beliau yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang berkata, pemimpin tertinggi parti telah mengambil pendekatan yang betul dengan merahsiakan isu berkenaan sebagai suatu rahsia parti, tetapi Umno yang dilanda krisis telah mengambil peluang membocorkannya kepada umum demi kepentingan politik mereka.
Justeru, PAS perlulah bertindak proaktif melawan balik strategi lawan dengan lebih berkesan.
Yang Dipertua PAS Paya Besar, Ustaz Yusuf Embong menggesa pemimpin PAS Pusat mengambil serius isu yang dibangkitkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dalam kenyataan permohonan maafnya seperti disiarkan Harakahdaily.
Kenyataan Mahfuz itu, katanya mendedahkan beberapa kelemahan dalam pentadbiran parti yang perlu ditangani segera.
Yusuf mengesyorkan mesyuarat khas membincangkan isu pertemuan PAS-Umno dilaksanakan segera agar suatu keputusan yang padu dapat dibuat dan diambil tindakan segera.
Mahfuz dalam surat terbukanya kepada ahli, penyokonbg dan pengundi PAS antara lain memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang menafikan wujud pertemuan PAS-Umno.
"Kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.
"Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.
"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.
"Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini," kenyataan Mahfuz dipetik.
Yusuf menambah, walaupun permohonan maaf Mahfuz memberi sedikit gambaran kepada situasi sebenar yang berlaku, namun ia tetap mengundang perlbagai persolan di kalangan ahli bawahan.
Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Cameron Highlands, Ustaz Ahmad Ludin juga mahu pimpinan PAS Pusat segera membuat keputusan rasmi berkaitan isu berkenaan seterusnya segera mengadakan suatu taklimat khas kepada para pimpinan PAS Kawasan.
"Kami di pedalaman ini kurang mendapat akses internet, maklumat kami bergantung kepada maklumat lisan yang amat terbatas daripada pihak atasan yang sentiasa ditunggu-tunggu sedangkan media arus perdana terus menyerang setiap hari.
"Adalah baik sekiranya PAS Pusat segera bertindak sebelum lawan menyerang dengan lebih hebat lagi,? ujarnya.- tajdid_

Monday, July 28, 2008

Harakahdaily dilayari peminat dari 129 negara

Azamin Amin Tue Jul 29, 08 11:31:35 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Harakahdaily.net merupakan laman web yang ditatap dan dilayari oleh penduduk daripada 129 negara di seluruh dunia termasuk menerima kunjungan pelawat kira-kira 150,000 setiap hari.
Perunding bebas IT Harakah, Amir Ramadzan Ibrahim memberitahu sepanjang bulan Jun tahun ini, laman web ini telah lebih 2.6 juta lawatan dengan jumlah halaman yang dibaca adalah 12.2 juta dan hampir 17 peratus dikenal pasti sebagai pelawat baru dalam tempoh berkenaan.
Amir menjelaskan kedudukan dan pencapaian laman web tersebut kepada sidang Editorial Harakah dan para wartawan yang menghadiri seminar 'Harakah Dua Kali Seminggu' yang diadakan di salah sebuah hotel dekat sini, semalam.
"Selepas Malaysia, United Kingdom dan Amerika merupakan negara yang teratas kedudukannyamengunjungi laman web ini malah Zimbawe turut tersenarai dalam 129 negara tersebut.
"Lebih mengejutkan rekod di Malaysia turut menunjukkan penduduk yang paling ramai melayari dan meminati Harakahdaily.net ini datangnya daripada Bandaraya Ipoh yang kemudiannya di ikuti oleh Kuala Lumpur," kata Amir.
Selain itu Kajang, Selangor katanya Kota Kinabalu juga merupakan antara 10 bandar yang disenaraikan sebagai pelawat yang paling ramai yang mengunjungi laman web tersebut.
Berikutan isu-isu politik utama berlaku antaranya membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Harakahdaily.net menyaksikan jumlah pelawat melebihi 150,000 sehari iaitu peningkatan 50 peratus berbanding jumlah purata pada bulan sebelumnya, katanya.
Harakahdaily.net yang bermula sebagai harakahdaily.tripod.com katanya telah menjadi laman web utama yang berfungsi menyebarkan berita-berita khususnya mengenai parti.
Sejak dimulakan 1999, laman web tersebut yang hanya menerima sekitar 15,000 sehari telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelawat dan pelayar laman web di seluruh dunia sehingga kini.
"Daripada apa yang dipaparkan, menunjukkan Harakahdaily berjaya melaksanakan fungsinya dengan baik dan mengalami peningkatan daripada semasa ke semasa," katanya yang turut menunjukkan statistik dan rekod pencapaian laman web itu kepada para wartawan.

Sunday, July 27, 2008

Parti baru bertunjang Islam boleh satukan PAS, Umno ? Nik Aziz

Mohd Nor Yahya Sun Jul 27, 08 3:25:52 pm MYT
MACHANG, 27 Julai (Hrkh) Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempelawa ahli-ahli serta penyokong Umno menyertai PAS bagi memastikan agama Islam dan nasib orang Melayu lebih terbela.
Kata beliau muqabalah (perbincangan) di antara pemimpin PAS dan Umno boleh diadakan bagi mencari kaedah satu parti sahaja bagi orang Islam dan Melayu di negara ini.
?Ini kerana PAS telah lama berjuang di atas landasan Islam. Saya pun tak faham mengapa orang Umno tidak mahu menyertai PAS, apa yang tidak kena bagi Umno tehadap PAS.
?Sedangkan kita terima hakikat bahawa Islam mesti diutamakan," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini semalam.
Malah beliau berkata, sekiranya ahli Umno segan untuk menyertai PAS lebih baik menubuh parti baru yang juga berlandas Islam.
Ini kerana kata beliau ahli PAS sudah tentu tidak akan menyertai Umno.
Katanya, keinginan Umno mengajak PAS bermuzakarah boleh dilakukan sekiranya ia hanya berkaitan Islam.
Bagaimanapun kata beliau Umno seringkali tidak memberi kerjasama untuk melaksanakan program pembangunan di negeri ini dan isu tersebut tentunya boleh membantut diteruskan muqabalah.
?Lagi pun muzakarah yang dimaksudkan sebelum ini hanya lahir daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bukannya keputusan parti Umno itu sendiri.
"Muzakarah hanyalah kehendak Perdana Menteri dan bukannya Umno, kalaulah kita adakan muzakarah atau muqabalah, tiba-tiba Perhimpunan Agung Umno tidak bersetuju presidennya tak boleh buat apa-apa," katanya.
Menurutnya juga muqabalah hendaklah hanya menyentuh aspek Islam sahaja bukannya melibatkan dasar parti kerana PAS perlu menjaga hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
?Saya amat menyokong sekiranya Umno dan PAS bubar dan kita tubuh satu parti baru dan parti tersebut hendaklah berlandaskan Islam,? katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud menyokong cadangan Menteri Besar Kelantan supaya Umno dan PAS dibubar untuk membolehkan parti baru yang berasas Islam ditubuh.
"Bagi Dewan Ulamak kami bersetuju memberi mandat kepada pemimpin parti seperti presiden, timbalan, naib dan setiausaha bermuqabalah dengan Umno," katanya.
Beliau juga berkata, apa yang telah dibincangkan dengan Umno hendaklah dibawa kepada Majlis Syura Ulamak sebelum dibawa ke muktamar pertengahan Ogos depan.
Oleh itu beliau berharap tidak timbul sebarang fitnah hasil muqabalah dengan Umno.
Beliau juga meminta ahli PAS berlapang dada dan menyerah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS bagi mengadakan sebarang muqabalah dengan Umno. - mj

Penggunaan Mercedes untuk tetamu satu pembaziran - MB Perak

Harakahdaily Sun Jul 27, 08 3:20:26 pm MYT
IPOH, 27 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan kerajaan Pusat supaya 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang dibeli kerajaan negeri Terengganu tidak boleh digunakan oleh Menteri Besar, exco dan pegawai kanan negeri itu, sebagai satu pembaziran.
Bernama melaporkan, Mohammad Nizar berkata ini kerana keputusan itu akan menyebabkan kenderaan-kenderaan yang baru dibeli itu tersadai tidak digunakan.
"Kita tidak tahu kenapa Kabinet buat keputusan tidak boleh pakai...sekarang sudah jadi pembaziran, 14 buah kereta bernilai RM3.4 juta tersadai kerana bukan hari-hari ada tetamu," katany.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan yang diumum Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam supaya kereta baru yang dibeli kerajaan Terengganu itu hanya digunakan untuk membawa tetamu kerajaan negeri.
Pembelian kereta baru oleh kerajaan negeri Terengganu itu menimbulkan kontroversi kerana bercanggah dengan dasar kerajaan yang mengutamakan penggunaan kereta Nasional.
Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen PAS Perak ke-13 oleh Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang di sini semalam, Mohammad Nizar berkata adalah lebih baik jika kereta yang dibeli itu digunakan kerana anggota exco Terengganu turut perlu melakukan perjalanan yang jauh dan lasak.
Beliau berkata penggunaan kereta jenis lain selain Proton Perdana sepatutnya tidak menjadi masalah kerana ada akitiviti dan penggunaan yang memerlukan kereta lebih lasak seperti Mercedes.
Mohammad Nizar berkata seperti di Perak, kereta Proton Perdana yang diguna turut melibatkan perjalanan yang jauh dan terdapat tiga kereta sering mengalami kerosakan dan mungkin perlu ditukar.
Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri Perak tidak bercadang menukar kereta rasminya kepada model lain kerana menghormati arahan penggunaan kereta Nasional.
Menurut beliau pembelian Mercedes pada masa kini hanya akan membawa persepsi kerajaan yang membazir kerana ia memberi gambaran kemewahan.
"Walaupun kita mempunyai peruntukan membeli kereta baru yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini, kita mengambil keputusan menggunakan kereta sedia ada," katanya.
Beliau berkata keputusan untuk menggantikan kereta hanya akan dibuat apabila keadaan memerlukan serta mempunyai justifikasi dan apabila kerajaan negeri mempunyai kemampuan./wann_

Saturday, July 26, 2008

Pindaan Auku, kemenangan awal perjuangan mahasiswa

Intan Abdullah Sun Jul 27, 08 2:19:44 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Hrkh) - Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mohamad Khaled Nordin dianggap suatu kemenangan awal perjuangan mahasiswa.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata kenyataan Khaled bahawa dengan pindaan Auku yang membenarkan pemimpin parti politik termasuk pembangkang masuk ke dalam kampus sememangnya telah lama diperjuangkan oleh mahasiswa sebelum ini.
"Namun apa yang dibimbangi adalah ianya sekadar gimik politik semata-mata kerana ia masih belum diluluskan oleh Dewan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Bagaimanapun, beliau masih menganggap apa yang dikatakan Khaled itu sebagai satu harapan baru yang menjelma pada masa depan para mahasiswa.
Dalam satu laporan akhbar, Khaled dilaporkan berkata dalam pindaan Auku yang baru akan membenarkan pemimpin politik masuk ke kampus.
Namun pimpinan politik boleh berbuat demikian dengan syarat memberi ceramah mengenai isu yang ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa, kata Khaled.
"Saya berharap biarlah tajuk program pengisian yang dijalankan oleh pihak IPT dan para mahasiswa agar menjurus kepada kepentingan pengajian dan negara," ujarnya.
Mengulas isu yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr Shafie Abu Bakar pula berharap agar KPT dapat bersikap telus dalam keterbukaan yang diamalkan ketika melaksanakan pindaan Auku kelak.
"Harapnya jangan 'double standard' kerana jika dilihat kepada mahasiswa di luar negara terdapat kelab parti politik seperti kelab umno luar negara,"katanya.
Sungguhpun begitu, pihaknya masih melihat perkembangan mengenai pindaan Auku tersebut sebagai suatu yang positif apabila mahasiswa diberikan peluang untuk menjemput mana-mana pemimpin politik.
"Ia suatu yang positif dan sangat dialu-alukan kerana mahasiswa merupakan golongan terpelajar yang boleh menilai mengenai hasrat pemimpin dan kerajaan yang memerlukan keterbukaan," ujarnya lagi.
Namun, beliau yang merupakan bekas pensyarah jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia meminta pihak KPT mendedahkan pindaan tersebut kepada umum.
"Kita hendak tahu mengenai pindaan keseluruhan didedahkan terutamanya mengenai IPT supaya ianya dapat dinilai kerana semuanya tiada erti memandangkan golongan mahasiswa ini merupakan generasi pelapis pemimpin pada masa akan datang.
"Jika pandangan mereka dikongkong, ianya akan mempengaruhi kecenderungan dan sikap mereka," katanya./wann _