Wan Nordin Wan Yaacob Sun Jun 10, 07 02:26:02 PM
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Tanggal 1 Jun 2007, hampir semua media utama menyiarkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmad yang mengumumkan mengenai SPR secara prinsipnya telah bersetuju untuk memperkenalkan dakwat penanda jari bagi pengundi menjelang pilihanraya umum akan datang.
Pengumuman SPR ini disambut baik oleh banyak pertubuhan politik, pertubuhan bukan kerajaan dan tokoh tokoh tertentu, kecuali Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Chia Kwang Chye yang berulangkali membantah pengumuman SPR itu .
Sememangnya ada tanda positif sedikit apabila secara prissipnya bersetuju menggunakan dakwat penanda jari tersebut, namun jika diteliti kenyataan penuh Rashid ketika mengumumkan kesediaan SPR memperkenalkan dakwat penanda ini amat mengecewakan, kata Koordinator Gerakan Demokrasi dan Anti Koruspi (Gerak), Badrul Hisham Shaharin.
Abdul Rashid dalam kenyataanya menyatakan bawah kesediaan memperkenalkan dakwat penanda ini hanya kerana ingin menghentikan polimik dan tidak mahu ia terus menjadi modal politik parti pembangkang, katanya kepada Harakahdaily dalam satu ulasannya mengenai kenyataan SPR baru-baru ini.
Rashid tidak tunjuk minat
Ternyata kenyataan Rashid itu menggambarkan betapa beliau secara peribadi dan SPR itu sebenarnya tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya yang benar-benar adil dan bersih, katanya.
Setiap tindakan SPR seharusnya bukan kerana tekanan atau hanya untuk memuaskan hati mana-mana pihak tetapi ia perlu hadir atas kesedaran tanggungjawab untuk memastikan sistem pilihan raya yang menjadi salah satu tunjang utama sistem demokrasi negara benar bersih dan adil, tegasnya.
Perkara kedua ialah cara SPR menyebut ' isu dakwat penanda jari ini hanya modal parti parti pembangkang yang selama ini menjadikan alasan tidak menang kerana tidak ada dakwat penanda', ini jelas menunjukkan sikap peribadi beliau yang berat sebelah, katanya.
Pegawai Tinggi SPR tidak boleh beza politik dan kerajaan
"Dalam negara demokrasi parti politik dan kerajaan ialah dua entiti yang jelas berbeza, sebagai pihak yang seharusnya menguruskan pertandingan dalam pilihan raya, SPR gagal selama ini untuk mengadakan pilihan raya yang bersih.
Ini kerana masalah ketidak fahaman yang wujud dalam diri pegawai tinggo SPR itu sendiri untuk membezakan parti politik dengan kerajaan. Malah dalam banyak keadaan SPR seolah bertindak bagi pihak parti politik yang menguasai majoriti parlimen," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.
Kembali kepada hal dakwat penanda jari, ternyata ia masih belum lagi terpakai secara rasmi kerana ia hanya diterima secara prinsip oleh mesyuarat SPR tetapi ia perlu dibentangkan di kabinet dan pindaan rang Undang Undang Pilihan Raya (perjalanan Pilihan Raya 1981) diperlukan, ujarnya.
Pertama sekali harus di renungkan, sejauh mana persediaan SPR untuk untuk dibentang kepada kabinet mengenai perkara ini.
SPR perlu bersedia dan membentangkannya dengan teliti untuk mengelakkan kabinet menolak mentah-mentah cadangan dakwat penanda jari yang akan dibentangkan,katanya.
Jika dirujuk kepada tentangan oleh Timbalan Menteri Penerangan maka sudah pasti akan ramai Menteri Kabinet akan turut sama bersungguh untuk memastikan saranan ini gagal, ujarnya.
Bila dan sempatkah pindaan dibuat?
Kedua ialah berapa lama masa diperlukan sehingga dapat dipinda Akta Pilihan Raya yang membolehkan dakwat penanda ini digunakan dalam pilihan raya.
Jika pilihan raya umum awal berlaku pasti SPR akan menggunakan alasan 'kami sudah bersedia tetapi proses masih belum selesai', katanya.
Sebenarnya dakwat penanda itu bukan satu satunya masalah dalam pilihan raya di Malaysia, di Kelantan baru-baru ini ketika mennyampaikan ucapan sempena Muktamar Pas 2007, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendedahkan mengenai kewujudan 40, 000 pengundi luar yang akan dibawa masuk untuk mengundi bagi memastikan kemenangan BN,katanya.
Berdasarkan maklumat dalam BN sendiri menyatakan tindakan itu merupakan kali pertama dalam sejarah BN yang dilihat bakal menghadapi kesukaran di 70 kawasan parlimen, katanya.
Antara kawasan tumpuan mereka sudah tentulah Kelantan yang dikuasai oleh PAS dan Sabah tempat dimana sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berada di puncak sementara BN menghadapi pelbagai masalah.
"Anwar sehingga kini masih belum menunjukkan apa apa bukti berkenaan tuduhan beliau itu kerana dalam ucapan yang sama beliau menegaskan hanya akan mengenengahkan bukti jika SPR sendiri menyatakan kesediaan untuk menyiasat dan menyelesaikan permasalahan ini. Jika tidak menurutnya pendedahan tidak akan bermakna kerana ia bakal menjadi seperti pendedahan pembelian senjata yang pernah beliau lakukan,"katanya.
Berkenaan perkara tersebut, Badrul Hisham membawa satu fakta dari yang dipetik dari sebuah blog milik seorang anak muda yang bertugas bersama Asian Network for Free Election (Anfrel), Amin Iskandar.
Warga Filipina miliki kerakyatan Malaysia
Amin Iskandar mencatatkan pengalaman beliau menemui penyokong BN Sabah di Tawi-Tawi Filipina dalam misi pemantauan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 2007 Filipina baru baru ini, kata Badrul Hisham.
Amin mendedahkan pihaknya banyak bertemu dengan penduduk di TawiTawi yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Filipina,katanya.
Berdasarkan permerhatian beliau menyatakan bawaha perkara ini diketahui kerajaan, walaupun kerajaan melarang rakyat memiliki dua kerakyatan tetapi perkara ini didiamkan demi memastikan kelangsungan kuasa BN,katanya.
Tindakan ini sebenarnya secara tidak langsung menjejaskan keselamatan negara, ujarnya.
"Beliau (Amin) juga menemui seorang buruh yangs sering berulang alik dari Sabah ke Tawi-Tawi kerana bekerja. Buruh ini memiliki dua kerakyatan dan apabila ditanya bagaimana dia memiliki dua kerakyatan buruh itu menyatakan bahwa terdapat sindikit yang memberikan kerakyatan Malaysia kepada orang Filipina dengan syarat mereka mengundi BN,"katanya.
Pendedahan mengenai kegiatan seumpama ini telah dibuat oleh Naib Presiden keADILan,Dr Jeffery Kitingan, dan kini catatan perjalanan bergambar seorang anak muda juga telah membuktikanya.
"Ingatan buat semua pemimpin parti politik progresif dan rakyat secara keseluruhan jangan mudah terpedaya dengan tindakan cakap-cakap Pengerusi SPR yang bertindak membeli masa menjelang pilihan raya untuk menunjukkan seolah wujud kesungguhan mewujudkan pilihan raya yang adil,"tegasnya.
Terlalu banyak jenayah yang terselindung dalam pilihan raya negara ini dengan pembelian undi dan hampir seluruh rakyat mengetahui bagaimana BN membeli undi dengan kononya membayar 'mileage' kepada pengundi yang datang mengundi dari luar kawasan, katanya.
Justeru beliau mengulangi pendirian bahawa parti pembangkang terutamanya tidak terlalu terpengaruh dengan kenyataan Abdul Rashid itu memandangkan sebelum ini Pengerusi SPR pernah berdolak-dalih dalam banyak hal, katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment