Thursday, June 7, 2007

Agama dan akidah, senjata utama hadapi musuh - Idris Ahmad

Ekmal Yusof Fri Jun 08, 07 12:27:35 PM
TAIPING, 8 Jun (Hrkh) - AJK Pas Pusat, Ustaz Idris Haji Ahmad menegaskan bahawa untuk mengalahkan musuh Islam, seseorang itu mesti memiliki senjata utamanya iaitu agama serta akidah yang kukuh.
“Mereka harus ada iman dan pegangan yang kuat terhadap agama Allah barulah mudah dapat mengatasi segala rintangan yang dihadapkan oleh musuh Islam,” ujarnya dalam dialog di majlis Usrah Markaz Air Kuning dekat sini malam tadi.
Ahli-ahli Pas jangan sekali-kali bersikap keanak-anakan. Jangan terlalu takut, buatlah apa yang mesti dibuat untuk perjuangan parti. Jangan sampai hendak bercakap dengan orang PAS sendiri pun takut. Apatah lagi kalau hendak pergi ceramah, tarbiyah, kuliah agama dan sabagainya, kata beliau.
“Dalam sembahayang kita telah membuat pengakuan kepada Allah bahawa hidup dan mati kita kerana Allah. Kita hanya takut kepada Allah dan bukan yang lain,” ujarnya selepas membentangkan kertas kerjanya.
Beliau juga menekankan bahawa “maklumat” dan berita terkini adalah amat penting disampaikan sama ada menerusi risalah atau ceramah kepada rakyat khususnya di pendalaman.
Kerana, mereka itu telah ditutup mata dan hati oleh media arus perdana melalui TV dan radio yang masuk terus ke bilik tidur, katanya.
“Tetapi bagi mereka yang berada di bandar saya percaya mereka memiliki ilmu pengetahuan dan pandai memilih maklumat yang positif,” katanya. - mns

No comments: