Monday, July 2, 2007

Ezam adakan pertemuan sulit dengan Mahfuz dan Salahuddin!

Wan Nordin Wan Yaacob Mon Jul 02, 07 03:27:53 PM
KUALA LUMPUR, 2 Jul (Hrkh) - Bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor hari ini mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub di pejabat Agung PAS dekat Jalan Raja Laut.
Antara yang turut menyambut Ezam di Pejabat Agung PAS ialah, Bendahari Agung PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.
Bagaimanapun Harakahdaily tidak dimaklumkan intipati pertemuan itu.Ezam sebelum ini dikaitkan dengan khabar akan menyertai PAS atau Umno selepas mengumumkan keluar dari KeADILan baru-baru ini.Hingga kini tiada kenyataan rasmi mengenai keputusannya itu.
Berita lanjut menyusul kemudian. - mks.

No comments: