“Sekarang pilihan raya makin dekat sama ada tahun ini atau
tahun depan tapi saya tak nampak (ia akan diadakan) tahun depan, katanya ketika diminta mengulas kenyataan seorang pakar ekonomi yang yakin sekarang masa sesuai untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.Mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Institut Penyeldidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Prof Emeritus Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, beliau berkata, jika ekonomi kukuh mengapa orang kampung merungut kerana barangan semakin mahal.
“Mereka yang duduk di menara gading yang mendapat gaji dan elaun besar sahaja yang mengatakan kedudukan ekonomi kukuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sukan Wanita Malaysia di sini malam tadi.
Katanya Pas sudah bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sama seperti Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
– Bernama
No comments:
Post a Comment