Roy Rasul Sat Feb 03, 07 08:32:25 AM
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Hrkh) – Bengkel Kepimpinan Wanita Barisan Rakyat yang bertemakan ‘Wanita Barisan Rakyat Penggerak Kemenangan’ yang dilangsungkan di ibu kota hari ini bertujuan mewujudkan mekanisme kemenangan dalam pilihan raya umum ke 12 (PRU – 12).
Bengkel yang dikhususkan kepada pimpinan Muslimat PAS dan Wanita KeADILan itu dihadiri lebih kurang 100 peserta dari seluruh negara.
Program yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam itu merupakan pertama diadakan tahun ini.
Antara pengisiannya ialah Penegasan Matlamat, Forum, Taklimat Bengkel dan Makan Malam.
Bengkel tersebut turut mengundang Naib presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Kedua mereka dijemput bagi berucap dalam sesi Penegasan Matlamat.
Sementara itu dalam sesi Forum Kerjasama dan Kebersamaan: Kearah mewujudkan mekanisme kemenangan, ahli penelnya ialah pengerusi Jabatan Pilihan Raya Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim dan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Mustafa Kamil Ayub.
Semasa berucap di majlis berkenaan, pengarah bersama program, Dr Lo’Lo’ Ghazali berkata, kerjasama dari semua pihak adalah untuk memastikan semua strategi yang diatur berjalan mengikut perancangan.
Menurutnya, semua peserta adalah petugas parti untuk memastikan strategi atau langkah dilaksanakan dalam PRU12 nanti.
Seorang lagi pengarah bersama, Zainon Jaafar berkata, perubahan yang diinginakan hanya berjaya dilakukan sekiranya mereka berjaya dalam PRU-12 ini.
“Strategi perlu diatur dari pelbagai aspek termasuk kerjasama dari semua parti sambil disusuli dengan keikhlasan,” katanya.
Sementara itu, Husam berkata, semua ahli perlu yakin Barisan Alternatif boleh berjaya dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.
Katanya, biar rakyat rasai bahawa Barisan Rakyat dekat dengan rakyat serta membawa aspirasi rakyat.
Manakala Azmin pula, berharap sokongan kuat perlu diberi kepada kepimpinan wanita untuk bergerak dengan Barisan Rakyat bagi melakukan reformasi dalam pilihan raya umum ke 12. - mns
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment