Azamin Amin Thu May 10, 07 11:27:35 AM | |
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik baru-baru ini diselar kerana dilihat seperti menghina dan menyusahkan rakyat yang semakin terhimpit dengan kos bebanan hidup yang semakin tinggi. Ini berikutan kenyataannya bahawa kenaikan tarif air di masa depan akan berupa satu bentuk denda kepada mereka yang membazir atau menggunakan terlalu banyak air. Bagi Naib Pemuda PAS, Mazlan Aliman yang mengulas lanjut, Lim disifatkan memandang rendah sikap dan mentaliti rakyat jelata keseluruhan yang semakin cekap, celik dan sedar tentang penjimatan air termasuk juga mengurangkan perbelanjaan keperluan hidup mereka. Secara umumnya di masa negara sedang gawat ekonomi katanya rakyat semakin cermat dan tahap kawal selia terutama terhadap penggunaan air, eletrik dan telefon mereka. "Anggapan saya ini satu helah dan alasan dangkal untuk menaikkan tarif air sedang semua maklum jika membazir sudah pasti akan membayar lebih bil air maka apa kaitannya dengan kenaikan air di masa akan datang?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini. "Yang dilihat sering membazir ialah kerajaan dan ini terbukti dengan segala macam program-program kementerian yang terpaksa menelan belanja sehingga ratusan ribu ringgit," katanya. Sikap kerajaan terutama menteri yang sering kali menyalahkan rakyat dalam apa jua tindakan dan melepaskan tangan tanpa mencari jalan penyelesaian terhadap masalah rakyat amat dikesali dan seharusnya menyedarkan rakyat supaya tidak salah memilih pemimpin dalam merencanakan masa depan negara. "Dalam isu air,jelas kerajaan dalam apa jua perancangannya lebih mementingkan keuntungan dari sudut komersial jika dibandingkan dengan keutamaan yang perlu diberikan kepada rakyat," katanya lagi. - mks. |
Wednesday, May 9, 2007
Dangkalnya alasan Keng Yaik untuk naikkan kadar tarif air
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment