Thursday, May 8, 2008

Timbalan Presiden PAS sekali lagi luah rasa kecewa terhadap sekatan masa perbahasan

Wan Nordin Wan Yaacob Thu May 08, 08 3:06:59 pm
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) hari ini sekali lagi menyatakan rasa kecewanya terhadap tempoh masa yang diberi kepadanya selaku wakil Whip PAS di Parlimen untuk membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.
Walaupun beliau menerima keputusan tersebut kerana ia adalah kuasa kepada Timbalan Speaker Dato' wan Junaidi Tunku Jaafar untuk berbuat demikian (memberi setengah jam sahaja kepada Ustaz Nasharudin berbahas), namun beliau tetap kecewa dengan hal tersebut.
Ini kerana katanya sebelum ini pihak ahli Parlimen PAS sendiri telah mengadakan kunjungan hormat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Dalam pertemuan itu ahli-ahli Parlimen PAS ada membincangkan berhubung kelonggaran masa yang seharusnya diberi kepada ketua-ketua atau wakil parti untuk berbahas, katanya.
Namun persetujuan yang didakwan telah dicapai dengan Pandikar Amin Mulia tidak berjalan dalam sesi perbahasan yang dikendalikan oleh Wan Junaidi.
"Saya telah sebut secara terbuka di dewan semalam atas apa yang berlaku sebab sebelum itu kami telah adakan pertemuan dengan speaker.Tetapi semalam kami hanya diberi masa setengah jam (oleh wan Junaidi) untuk wakil parti untuk bawa isu yang banyak," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.
"Kita akur dengan keputusan itu tapi point itu (bahan perbahasan) akan disambung oleh rakan lain, namun saya tetap kecewa dengan apa yang berlaku sekatan ke atas saya untuk terus berucap," katanya.
Begitupun secara keseluruhannya beliau melihat bahawa perjalanan Parlimen kali ini agak baik walau ada perkara yang berbangkit yang tidak menyenangkan beberapa pihak.
Beliau sendiri memberi komitmen akan membawa isu-isu rakyat di Parlimen antaranya isu penyelewengan, isu proses perjalanan pilihan raya umum, isu-isu kemiskinan rakyat dan hak-hak rakyat seperti yang diperjuang PAS sejak dahulu

No comments: