Saturday, May 3, 2008

PAS Pulau Pinang diberi masa lima tahun lakukan pembaharuan - Salahuddin

Mohd Sabri Said Sun May 04, 08 11:25:48 am MYT
KEPALA BATAS, 4 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahudin Ayub memberi masa lima tahun kepada PAS Pulau Pinang melakukan pembaharuan agar PAS dipersadakan bersama politik Pulau Pinang. -
Demikian harapanya ketika ucaptama sempena 'Konvensyen Ahli PAS 2008' yang diadakan di Auditorium Dewan Millenium, Kepala Batas pagi semalam.
Menurutnya, PAS sepatutnya menjadi pengerak politik di negeri kelahiranya tetapi agak lambat melaksanakan agenda termasuk memperkuatkan perpaduan sesama sendiri.
"Bila saya datang lagi lima tahun akan datang saya mahukan politik PAS di negeri ini dipersada tinggi, bukan lagi berada di takuk lama, " terangnya di hadapan 200 ahli yang hadir.
Katanya, kini walaupun PAS hanya memperolehi satu kerusi berbanding dengan parti dalam Pakatan Rakyat namun ia tetap boleh berfungsi sebagai sebuah kerajaan.
Justeru, pemikiran pembangkang hendaklah diketepikan memandangkan PAS dalam pakatan telah berjaya membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya umum lepas.
Bahkan, terdapat dua orang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Seberang Perai (MPSP) juga boleh dimanfaatkan semaksima bagi membantu sebarang masalah yang melibatkan rakyat.
"Jangan nak impikan banyak Ahli Majlis kerana kita kena sedar kita hanya menang satu kerusi sahaja. Lainlah kalau banyak pasti bertambah ikut kuota, " tegasnya.
Baginya, sebagai pemimpin yang menerajui parti seharusnya bersikap matang dan sedia belajar menjadi pemimpin untuk menambahkan keilmuan kepimpinan.
Tambahnya, kritikan terhadap kepimpinan memang diharuskan dalam Islam tetapi mesti beradap dan menerusi beberapa cara termasuk mesyuarat cawangan, muktamar, simposium atau konvensyen.
"Islam juga mengajar cara menegur kepimpinan maka lakukanlah dengan berhemah," ujar beliau.
Program yang diatur untuk tujuan menampakan penonjolan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang itu beliau turut mencadangkan, selalu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan kerajaan negeri supaya perhubungan tidak putus bahkan dapat membantu kerajaan sedia ada.
Beliau percaya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dapat menerima beberapa saranan PAS kerana beliau sendiri berazam mahu menjadikan kepimpinanya selaras dengan Umar Abdul Aziz.
"Buat pertemuan dan bertukar pandangan selalu dengan kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat kerana ia menguntungkan perjuangan PAS pada masa depan, " katanya.
Hadir sama dalam program itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Takiudin Hamzah, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Fadzil Kemi dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Abdul Halim Saleh./wann. -->

1 comment:

irfandina said...

sekiranya dap mengambil kira peranan pas didalam pakatan rakyat itu sendiri mengapa pas hanya diberikan 2 kerusi ahli majlis...apakah pas tidak layak untuk mendapat jawatan yang lebih baik...kerusi exco sebagai contoh..lagipun bukankah kerusi exco melayu dikurangkan dari 4 kepada hanya 2...apakah yb salahuddin ayob masih kabur tentang taktik dap yang sememangnya hanya ingin memperkudakan org islam demi untuk kepentingan mereka....kalaulah benar lim guan eng ikhlas dengan kerjasama antara dap dan pas dalam pakatan rakyat maka seharusnya mereka lebih mengiktiraf peranan pas dalam kerajaan negeri...kenapa perlu diukur dari segi kerusi yang dimenangi???