Wan Nordin Wan Yaacob Sun May 04, 08 02:13:22 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam, kata Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
"Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.
"Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat," katanya dalam satu kenyataan rasmi parti hari ini.
Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan mereka meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar, katanya.
Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak dihargai, ujarnya.
PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British.
"Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu.
"Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka," tegasnya.
Umno lah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini, katanya.
"Di antaranya ciri ilmu, dimana Umno lah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah," katanya.
Bagi PAS sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Ujarnya, Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabliah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalisam atau semangat kebangsaan Arab.
PAS percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan, dasar dan matlamat hidup, k
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya amat bersetuju dgn pendapat Prediden Pas bahawa hanya Islam yang dapat mengangkat martabat melayu dan seharusnya inilah yg perlu berlaku sejak dulu lagi.
Sememangnya adalah sesuatu yg amat dikesali kerana sehingga ke saat ini para pemimpin melayu tidak kiralah dari pas or umno masih tidak mampu untuk duduk semeja bagi mencari jalan untuk menyatupadukan orang melayu sekaligus dapat mengangkat martabat islam itu sendiri.
Tetapi saya juga ingin menyuarakan satu persoalan yg pada saya memerlukan penjelasan dari pihak pas berkenaan tentang persefahaman diantara pas dan dap dalam pakatan rakyat..kalau dap yang begitu jelas tidak menyokong pas dalam objektif negara islam yang menjadi tunjang perjuangan pas selama ini..maka kenapa pas masih boleh bersekongkol dengan mereka???bukankah lebih baik agar pimpinan pas selaku pejuang islam tulen di malaysia mengambil satu inisiatif untuk menyatupadukan orang melayu/islam di negara ini...apakah dap itu sendiri lebih baik dari umno???sehingga ke hari ini bukankah jelas bahawa dap tidak pernah berganjak dengan pendirian mereka dengan islam sebagai contoh ambil saja kenyataan si karpal singh...saya amat berharap dengan kekuatan yang ada pada pas pada hari ini pimpinannya dapat melakukan sesuatu demi untuk survival islam itu sendiri dan melayu di negara kita yang tercinta ini...
Post a Comment