Intan Abdullah Fri Mar 09, 07 09:58:23 AM
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Lebih 1,000 mahasiswa yang datang daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi termasuk di kalangan bukan Islam telah berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat petang tadi bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman dan kebiadapan Amerika dan Israel.
Dengan slogan "Mahasiswa Islam bersama rakyat palestin dan Hamas", mereka berarak daripada bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat dengan menuju ke kedutaan tersebut dengan laungan takbir dan kata-kata sokongan terhadap palestin.
Dalam perhimpunan tersebut, pihak Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) telah menyerahkan satu referendum mahasiswa mengenai isu terbabit.
Gamis dalam kenyataan mereka sebelum itu menyatakan kemarahan dan mengutuk kekejaman Amerika yang telah membunuh umat Islam di Palestin serta bersekongkol dengan Israel bagi merobohkan Masjidil Aqsa.
Menurut jurucakap Gamis, mahasiswa akan terus memberi komitmen dalam menyatakan hasrat dengan bersama-sama kerajaan Palestin dalam membela nasib mereka.
Walaupun perhimpunan tersebut dikawal dan diperhatikan oleh pihak polis dan FRU, namun ia berakhir dengan doa serta bersurai pada jam 3 petang secara aman. - mks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment