Thursday, March 1, 2007

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis dirawat dihospital

Bashir Ishak Thu Mar 01, 07 06:22:43 AM
KANGAR, 1 Mac (Hrkh) - Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Ahmad Ali, 69, sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini akibat diserang angin ahmar.
Beliau dimasukkan ke hospital Sabtu lalu apabila diserang sakit berkenaan di rumahnya ketika sedang bersiap untuk menghadiri kuliah bulanan Dato' Dr Haron Din di Balai Islam MADI, Jejawi.
Ustaz Ahmad yang juga Yang DiPertua PAS Arau bagaimanapun pada masa ini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan. - mns

No comments: