Friday, March 9, 2007

'Jom sokong PAS: Pimpinan pusat, negeri dekati masyarakat Melaka

Zaili Muhammad Sat Mar 10, 07 03:23:27 AM
BUKIT KATIL, 10 Mac (Hrkh) - Lajnah Penerangan PAS Pusat telah turun padang ke Melaka baru-baru ini bagi tujuan mendekatkan PAS dengan masyarakat melalui program 'Jom Sokong PAS' bersempena dengan program 'Bulan Penerangan PAS' yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar yang turut disertai Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir.
Menurut Mahfuz, ini merupakan pusingan pertama untuk memastikan lonjakan lebih besar dalam pilihan raya yang akan datang agar maklumat yang jelas dan tepat dapat disampaikan kepada mereka.
"Masyarakat tidak mendapat maklumat yang jelas lalu mereka beranggapan negatif terhadap PAS kerana mereka terperangkap dengan propaganda Umno Barisan Nasional.
"Jadi ini menjadi tanggungjawab kita untuk membentuk semula 'minda rakyat' memahami perjuangan PAS seterusnya memikat hati mereka bersama dengan kita," kata Mahfuz.
Beliau berkata, pihak pimpinan harus turun ke bawah hingga ke akar umbi bertemu dengan masyarakat menerangkan bahawa PAS bukanlah hanya parti politik pembangkang tetapi adalah merupakan 'parti pilihan' atau 'kerajaan menunggu' iaitu parti yang bakal memerintah.
Seterusnya Mahfuz juga mengingatkan kepada semua bahawa perjuangan ini bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi turut menghadapi pilihan raya tetapi sebagai kesinambungan dakwah perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Majlis itu juga turut dihadiri Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Adly Zahari; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek; pimpinan kawasan dan cawangan serta dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab.
Ustaz Kamarudin menjelaskan Umno memang mahu adanya tembok yang menghalang masyarakat mendapat maklumat sebenar mengenai PAS, jadi mereka mewujudkan pelbagai halangan dan sekatan.
"Kita mesti berusaha menghapuskan tembok ini melalui pendekatan serta penampilan yang berkesan melalui program atau aktiviti sebegini," ujarnya lagi.
Lajnah Penerangan PAS Pusat juga mengedarkan kepada orang ramai dua buah buku bertajuk 'Mengapa saya dan Aanda pilih PAS' dan 'Murtad barah ummah' serta VCD 'Keringat dan airmata Kg Berembang'.
Di majlis yang sama kemudiannya pimpinan PAS Pusat diketuai Mahfuz Omar dibawa bertemu dengan penduduk kampung bagi menyampaikan sumbangan PAS kepada mereka yang daif dan tertinggal dari arus perdana tanpa pembelaan pih

No comments: