Intan Abdullah Wed Jun 04, 08 2:34:53 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Kerajaan terpaksa menerima hakikat kelemahan yang dimiliki dengan melakukan proses perubahan dalam sistem kehakiman negara lantaran pelbagai cadangan mahupun kritikan daripada pelbagai pihak bagi memperbaiki perjalanan badan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mohd Zaid Ibrahim berkata, penubuhan Suruhanjaya Kehakiman bagi meneliti dan menyemak proses pelantikan hakim adalah bertujuan untuk memperbaiki masalah yang sebelum ini serta yang sedia ada.
"Kita tidak perlu takut untuk mengakui kelemahan yang lepas, bahkan suruhanjaya ini bukanlah suatu pendekatan yang untuk tujuan tertentu bahkan ia adalah merupakan tanggungjawab perundangan yang memerlukan perkara lain.
"Ianya hendaklah dimulakan dahulu memandangkan rakyat telah lama menunggu perubahan ini dibuat, apatah lagi terdapat hampir 1 juta kes yang tertunggak," katanya pada sesi penggulungan sesi perbahasan ucapan Titah Yang DiPertuan Agong sidang Dewan Negara semalam.
Katanya, perubahan yang akan dibuat tidak akan menjejaskan sesiapa serta tidak akan merugikan apa-apa di samping berharap ianya tidak dijadikan isu.
Sementara itu, Dato' Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Al-Habshee (BN-Umno) pula meminta agar kerajaan menyatakan jumlah ex-gratia yang diberikan kepada lima hakim yang sebelum ini dipecat dalam krisis kehakiman pada tahun 1998 lalu.
"Kenapa dalam kes hakim yang melibatkan Tun Salleh Abbas serta beberapa hakim pada 1998 lalu, ianya tidak dibicarakan di dalam mahkamah?
"Jika sekiranya pemberian ex-gratia itu melibatkan wang kerajaan, ianya perlu diumumkan jumlahnya," katanya.
Menjawab persoalan tersebut, Zaid menyatakan pemberian ex-gratia tersebut adalah suatu yang baik untuk meyakinkan kembali rakyat.
"Ia adalah untuk menunjukkan kita yang berkuasa, kita mungkin tersilap dalam kes 1998 lalu, namun kesimpulan saya , kita tiada pilihan melainkan harus melakukan sesuatu," katanya. - mks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment