Rizal Tahir Wed Jan 02, 08 1:09:42 pm MYT
KOTA BHARU, 2 Jan (Hrkh) - "Menjijikan dan tidak bermoral", begitulah kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru DatoĆ¢€™ Nik Abdul Aziz Nik Mat, sewaktu diminta mengulas pengakuan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan DatoĆ¢€™ Dr Chua Soi Lek, mengenai rakaman video aksi seks.
"Yang melakukan perkara ni mereka yang berpelajaran, pekara yang orang kampung pun tidak boleh terima..
"Saya nak ulas pun malu, orang komunis yang tak ada agama pun tahu perkara ni perkara jijik, ini pula orang yang ada agama", katanya.
Mengulas lanjut, Tuan Guru menambah perkara ini membuktikan pemimpin Barisan Nasional tidak bemoral.
"Mereka ini pemimpin tinggi negara, dahlah melakukan perkara tidak bermoral, malah tidak mahu meletak jawatan, lagilah tidak bermoral", ujarnya.
Semalam Dr Chua dalam sidang medianya, mengaku individu yang dirakamkan di dalam DVD adengan seks yang tersebar luas di negeri Johor adalah dirinya.
Naib Presiden MCA itu membuat pengakuan terbukanya semalam bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan DVD perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak tiga hari lalu.
Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.
Soi Lek yang membacakan teks kenyataan pada sidang akhbar di pejabat MCA Labis di sini petang ini menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.
"Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.
"Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak-anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya," katanya.
Sidang akhbar pada pukul 4.30 petang itu penuh sesak dengan kehadiran wartawan serta para penyokong Soi Lek.
Menteri Kesihatan berusia 61 tahun itu tampil membuat pengakuan tersebut bagi menjelaskan kontroversi DVD pemimpin politik Johor yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda di sebuah hotel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment