Mohd Zamirul Mohd Dzaki
Sun | Aug 24, 08 | 11:10:27 am MYT
PERMATANG PAUH, 24 Ogos (Hrkh) - Calon Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah mengagak sumpah akan menjadi bahan permainan kepimpinan Umno selepas sumpah Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini.
"La ni tak payah ada hakim semua main sumpah saja, kalau macam tu pi mencuri, bunuh orang balik mai sumpah, imam pulak kena pakai imam Umno," katanya.
Tambah beliau lagi, Umno pada hari ini suka bermain dengan al-Quran dan tidak menghormati kesucian al-Quran tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bersumpah di Masjid Guar Perahu semalam kononnya tidak mengenali wanita Mongolia, Antantuya apatah lagi terlibat dalam kompirasi membunuhnya.
Anwar sekali lagi mengulangi yang beliau sanggup bersumpah pada bila-bila masa seperti mana yang dituntut pihak Umno.
Tetapi beliau terpaksa tunduk kepada arahan ulama-ulama terkenal termasuk Yusof Al Qardawi yang melarang beliau bersumpah.
Katanya lagi, beliau telah dinasihatkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dan beberapa lagi ulama terkenal agar membawa kes itu ke mahkamah syariah.
Anwar berucap demikian dalam ceramahnya di Mengkuang Titi Permatang Pauh semalam.
Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Presiden Parti KeADILan Rakyat Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat Azmin Ali dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. - mns_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assallammualaikum... mcm ni aje la..cakap salah tak cakap lagi salah.. buat salah tak buat lagi salah.. maka terjadilah serba salah. apabila satu isu cuba diperjelaskan orang tak nak dengar. tapi masih lagi diperkatakan. maka timbul umpat mengumpat. kalau tak benar maka jadi fitnah. semua tu boleh mendatangkan dosa. disini saya bukan nak menentukan dosa pahala. hanya Allah swt sahaja yang boleh menentukannya. untuk mengelakkan semua itu terus berlaku,apa jalan terbaik yang perlu kita lakukan. bukan kita nak mengatakan sapa betul sapa salah.. kita nak mengelakkan masyarakat kita daripada mengumpat dan menfitnah. mungkin itu yang dipikirkan jalan terbaik.. tapi tak semua orang berani lakukannya. tambahan bukan saja diri tapi keluarga dan keturunan dilaknati.. kalau diri mungkin masih ada orang boleh lakukan.. yang penting niat kita pada Allah swt.. yang benar tetap benar. yang salah tetap salah. kita tak boleh menyalahkan yang benar dan membenarkan yang salah. maka apa yang perlu berfikir sebelum bertindak dalam memperkatakan sesuatu. jangan kita main ambil saja.. tak ada manusia yang sempurna. manusia tak lari dari melakukan kesilapan.saya minta maaf kalau silap diperkatakan. tapi ia datang ikhlas dari hati.. assallammualaikum...
Post a Comment