Rais akui konspirasi MT Umno kalahkan Dr M di Kubang Pasu - Raja Petra
Wed Nov 15, 06 06:59:02 PM Oleh Abu Bakar Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Pengendali laman berita Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berkata, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato Seri Rais Yatim yang menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini mengakui kebenaran pendedahannya dalam laman web berita itu mengenai konspirasi di peringkat Majlis Tertinggi Umno (MT) untuk memastikan bekas Perdana Menteri dikalahkan dalam pemilihan perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno ketika mesyuarat agung Umno Bahagian Kubang Pasu baru-baru ini.
"Sah! Rais Yatim menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di hospital beberapa hari lalu dan mengakui apa yang ditulis Malaysia Today dalam Dolahgate dan Operation Deep Throat adalah benar.
"Siapa kata Malaysia Today menulis perkara tidak benar? Sudah tentu ia benar. Jika tidak, mereka tentu membuat laporan polis dan hari ini saya mungkin berkongsi lokap dengan Razak Baginda," kata Raja Petra.
Sebelum ini, ketika mengulas laporan Malaysia Today itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar meminta Presiden dan semua ahli MT membuat pengakuan bersumpah untuk menafikan apa yang tersiar dalam laman berita itu di mana mesyuarat MT dilaporkan sebagai mengarahkan Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya memastikan Dr Mahathir kalah.
Dengan pengakuan bersumpah juga, beliau meminta Presiden dan semua ahli MT menafikan laporan dalam rencana itu bahawa arahan untuk memastikan Dr Mahathir dikalahkan asalnya direkodkan dalam minit mesyuarat tetapi kemudiannya dipadamkan dan minit itu dipinda apabila Rais menyedari perkara yang menyalahi perlembagaan itu diminitkan.

No comments:
Post a Comment