Wednesday, November 15, 2006




KOTA BHARU, 15 Nov.: Kelantan negeri pertama di negara ini yang menaja caruman Takaful kepada warga emas yang berumur 61 tahun ke atas tanpa mengira bangsa dan agama.
Mengikut bancian terdapat 97,970 warga emas yang berumur 61 tahun ke atas di Kelantan dan mereka layak mencarum bagi mendapat manfaat apabila berlaku kemalangan dan kematian. Skim itu dikenali sebagai Skim Perlindungan Sosial Tengku Anis, di mana Raja Perempuan Kelantan sebagai penaung, yang julung-julung kali diwujudkan di negara ini. Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap keluarga pencarum yang meninggal dunia akan menerima 50 peratus daripada ganjaran yang diperuntukan Takaful. Dan bakinya akan dimasuk dalam dana pusingan. "Bagi tujuan ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta. Serentak dengan pelancaran skim ini juga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM250,000 untuk urusan banci sosial bagi mendaftar rakyat Kelantan yang layak," katanya ketika membentangkan Belanjawan Kelantan 2007 di persidangan Dun hari ini. Teks ucapannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa. Pada bajet itu juga kerajaan negeri menambahkan peruntukan kepada program Bulan Sembahyang kepada RM1 juta berbanding RM52,000 pada 1992 bagi melahirkan masyarakat berjiwa mesra ibadat

No comments: