Monday, November 20, 2006

Pendidikan: UMNO Akui Gagal



Pendidikan: UMNO Akui Gagal



Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa sejurus berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO ke 57, UMNO melalui Menteri Pengajian Tinggi, Mustapa Mohamed bagi pihak Abdullah A. Badawi telah melaungkan kepada dunia bahawa UMNO telah gagal, segagal-gagalnya, dalam usaha menyediakan pendidikan yang bermutu kepada anak-anak bangsa Melayu. Tidak percaya? Sila baca pengakuan berikut:
Graduan Tidak Berkualiti: Henti Salahkan Dasar Kerajaan
JELI, 18 Nov (Bernama) -- Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed Sabtu meminta pihak tertentu menghentikan kecenderungan menyalahkan dasar kerajaan sebagai punca kualiti kebanyakan graduan pusat pengajian tinggi negara tidak mencapai tahap diharapkan.Mustapa berkata siswazah juga terutama bumiputera perlu memikul tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti mereka agar mampu `duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi' dengan orang lain dalam bidang pendidikan."Memang kita (kementerian) masih tidak berpuashati dan akan menggandakan usaha dalam memajukan pendidikan tinggi dalam negara namun kita juga berharap siswazah juga memainkan peranan untuk membina daya saing, belajar bersungguh-sungguh dan mencapai tahap first class atau sekurang-kurangnya second upper"."Jangan hanya salahkan dasar kerajaan seperti isu meritokrasi atau kokurikulum yang tidak sesuai dengan perkembangan semasa atau sebagainya. Ini tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) 2006 Parlimen Jeli di sini.Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno mengulas isu melibatkan kementeriannya yang dilihat belum mencapai tahap membanggakan sebagaimana dibangkitkan beberapa perwakilan di Perhimpunan Agung Umno yang berakhir di ibu negara semalam.Beberapa isu dibangkitkan antaranya meritokrasi, kokurikulum yang tidak berkembang seiring dengan masa dan jumlah siswazah menganggur yang ramai.Mustapa berkata sistem pendidikan di pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini mendapat pengiktirafan banyak negara luar yang turut berminat menghantar pelajar mereka melanjutkan pengajian di negara ini.Dalam masa yang sama, katanya, kementeriannya juga mengambil langkah perlu, antaranya, mengubahsuai kokurikulum dengan lebih kerap, menyediakan kemudahan secukupnya yang diperlukan serta sentiasa memastikan pensyarah menekankan keberkesanan kaedah pengajaran mereka.Pada majlis itu, Mustapa menyampaikan sumbangan kepada 110 pelajar dari kawasan parlimen Jeli yang mendapat keputusan cemerlang UPSR baru-baru ini.Mustapa, anggota Parlimen Jeli dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas menjadikan kediamannya, Darul Falah di sini sebagai pusat tuisyen untuk pelajar UPSR.
Saya tidak bercadang untuk berfalsafah hari ini, hanya sekadar mengingatkan pembaca bahawa kebolehan murid adalah cermin guru. Guru berinstinja’ berdiri, murid tentunya cebok berlari.
Mungkin inilah padahnya bila UMNO dalam hari-hari tuanya, dalam senantiasa dihantui rasa saat penyudahnya kian dekat, menjadi terlalu mengongkong, terlalu mendesak ketaatan dizahirkan, lantaran mendorong guru-guru mengambil jalan keluar yang selesa lagi mudah -- menjadi badut dan pengampu pembesar UMNO.
Diberi dunia yang semakin materialistik, apalah gunanya guru-guru menghayati kebebasan akademik dan segala idealisma yang bersangkutan dengannya, jika itu semua akan menjadi penjara pribadi yang menghalang mereka bersentuhan dengan nikmat pangkat DG2 (Gred 54?), Profesor Madya, atau Profesor C dipintu A?
Usahlah berbicara tentang mutu graduan, jika kriteria utama perlantikan naib cancelor sebuah universiti baru itu ialah kampung mana calun dilahirkan.

No comments: