Thursday, April 5, 2007

Pilihan Raya Kecil Dun Ijok - PAS, Keadilan mulakan perbincangan

Roy Rasul Thu Apr 05, 07 01:43:34 PM
KUALA LUMPUR, 5 April (Hrkh) – Badan Perhubungan PAS Selangor dan Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor akan membuat mesyuarat bersama bagi membincangkan penyertaan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Ijok yang dijangka akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, pihaknya akan bermesyuarat untuk membincangkan mengenai pilihan raya kecil akibat Adun Ijol, Dato’ K. Sivalingam di Chenai, India semalam.
Menurut beliau, mesyuarat tersebut ia akan disusuli dengan mesyuarat bersama peringkat tertinggi dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Selangor.
Mesyuarat tersebut dijangka akan dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali dan Ketua Perhubungan Keadilan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beserta AJK masing-masing.
“Selepas itu barulah sebarang ketepatan dan keputusan akan dirujuk kepada pucuk pimpinan tertinggi kedua parti bagi memutuskan secara muktamad mengenai sikap PAS dan PKR terhadap pilihan raya tersebut,” katanya.
Bagaimanapun katanya, jentera pilihanraya PAS Kawasan Kuala Selangor dikerahkan bersiap-sedia menerima apa sahaja arahan dari peringkat tertingi parti.
Semalam SPR dilaporkan akan membuat pengumuman tarikh pilihan raya kecil tersebut dalam tempoh 10 hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum tahun 2004, Sivalingam mengekalkan menewaskan calon Keadilan, Abdol Rahman Moharam dengan majoriti 1649 undi.
Berdasarkan statistik pilihan raya lepas Ijok mempunyai 12,404 pengundi yang terdiri daripada Melayu 50.63 peratus, India 28.28 peratus, Cina 20.85 peratus dan lain-lain 0.24 peratus.
Sementara itu, PAS Selangor turut merakamkan takziah kepada isteri dan keluarga mendiang Dato KS Sivalingam, yang juga exco kerajaan negeri Selangor . - mr

No comments: