Wednesday, April 11, 2007

Husam: PAS sedia timbang kerusi tambahan untuk PKR

11-04-2007 06:31:29 PM
KOTA BARU: PAS Kelantan bersedia menimbangkan pertambahan kerusi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu bersedia menimbangkan permintaan itu jika parti itu dapat membuktikan yang ia boleh menang di kerusi yang ingin ditandingi itu."Konsep kita ialah kebolehan untuk menang, tinggal lagi parti itu kena buktikan boleh menang bagi mana-mana kerusi yang diperuntukkan sebelum ini," katanya mengulas kenyataan pengarah pilihan raya PKR Kelantan, Abdul Hamid Ahmad yang meminta PAS memperuntukkan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi parlimen kepada parti itu.Pada pilihan raya umum 2004, tiga kerusi parlimen iaitu Kota Baru, Tanah Merah dan Ketereh dan dua kerusi DUN iaitu Paloh dan Nenggiri di Gua Musang diperuntukkan kepada PKR (dulu Keadilan) tetapi tewas kesemuanya."Dalam satu-satu pilihan raya, semua pihak mahukan tambahan kerusi tetapi mereka perlu melihat kekuatan parti itu sama ada ia boleh membawa kemenangan atau tidak," kata Husam.Semalam, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa percaya PAS akan merestui permintaan PKR Kelantan mendapatkan kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang memandangkan PAS sedang mengalami kemerosotan sokongan rakyat. BERNAMA

No comments: