Tuesday, December 12, 2006

Cina NS sokong peraturan pakaian seksi.

Wednesday, December 13 @ 06:55:44 MYT
Oleh BPPNS
"Saya, Yau Con Seng hari ini ingin membidas sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Negeri Sembilan, En Lee Kee Cheong berhubung isu etika pakaian wanita yang dibangkitkan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim yang juga Mursyidul Am PAS Pusat.Saya juga ingin membidas kenyataan En Lee Kee Cheong yang juga merupakan Pembantu Khas kepada ADUN Temiang , YB Dato’ Lee Yuen Fong dalam surat khabar harian Cina bertarikh 8 Dis 2006 melambangkan bahawa MCA sebenarnya menggalakkan kaum wanita khususnya wanita Cina berpakaian seksi dan menyifatkan sesiapa yang tidak berpakaian seksi merupakan wanita yang tidak berilmu dan ketinggalan zaman. Dalam kenyataan En Lee Kee Cheong baru-baru ini dalam surat khabar harian Cina, beliau menyifatkan PAS sebagai ketinggalan zaman,tidak menghormati kaum wanita dan tidak prihatin dalam isu-isu semasa khususnya dalam soal etika pemakaian kaum wanita. Saya beranggapan bahawa kenyataan MCA tersebut sebenarnya berniat jahat dan sengaja ingin memutarbelitkan kenyataan dari YAB Menteri Besar Kelantan. YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz bin Nik Mat baru-baru ini menyarankan agar etika pemakaian yang lebih sopan di kalangan wanita perlu dipraktikkan di negeri tersebut sebagai satu usaha bagi mengurangkan kadar jenayah khususnya jenayah rogol yang semakin berleluasa akhir-akhir ini. Saya juga turut menyelar kenyataan dangkal MCA yang mengaitkan bahawa larangan berpakaian seksi ini akan menjejaskan ekonomi dan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2007. Inilah bukti bahawa MCA dan kerajaan Barisan Nasional sebenarnya tidak menghormati maruah wanita dan sering mengeksploitasi wanita dengan menggalakkan pemakaian seksi dengan alasan untuk menarik pelancong datang ke negara ini.Mereka sanggup mengorbankan maruah kaum wanita semata-mata untuk kepentingan mereka. Saya menyeru semua persatuan wanita dan NGO wanita supaya membuat bantahan kepada kenyataan MCA yang jelas menghina dan merendahkan martabat kaum wanita. Pakaian seksi sebenarnya tiada kaitan langsung dengan usaha meningkatkan industri pelancongan kerana pelancong-pelancong datang melawat sesebuah negara untuk melihat budaya dan keindahan negara tersebut. Saya juga menyeru agar semua pengundi wanita di seluruh negara memboikot calon-calon MCA dan Barisan Nasional dan memberi undi kepada calon-calon BA dalam pilihanraya yang akan datang ini sebagai satu hukuman kepada MCA atas kenyataan tidak bertanggungjawab ini. Buat masa ini kod etika berpakaian yang melarang kepada orang awam berpakaian seksi dan juga batasan-batasan dalam berpakaian juga sebenarnya telah termaktub dalam undang-undang kecil (By Laws) dalam Akta Kerajaan Tempatan. Saya ingin bertanya kepada En Lee adakah parlimen Malaysia tidak bertamadun dan ketinggalan zaman apabila tidak membenarkan mereka yang berpakaian seksi masuk ke dalam parlimen walaupun sekadar menjadi pemerhati.
Akhirnya, saya memberi tempoh satu minggu kepada En Lee Kee Cheong supaya menarik balik kenyataan biadap beliau seterusnya memohon maaf kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan seluruh kaum wanita di negara kita ini, seandainya beliau gagal berbuat demikian, saya dan Kelab Penyokong PAS akan mengadakan gerakan besar-besaran mendedahkan kenyataan tidak bertanggungjawap MCA ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya juga menggesa supaya Presiden MCA , YB Dato’ Seri Ong Ka Ting supaya mengambil tindakan tegas dengan memecat En Lee Kee Cheong atas perbuatan biadap ini. Akhir sekali, saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO berkaitan isu ini kerana agama Islam menuntut wanita Islam supaya berpakaian sopan dan menutup aurat. Soalan saya kepada anda semua ialah “UMNO, what is your stand ?!”

Yang benar,
En Yau Con Seng
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat

No comments: