Wednesday, August 13, 2008

Ahli peringkat akar umbi keliru isu muzakarah

Lanjusoh Thu | Aug 14, 08 | 10:21:55 am MYT
IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Manhaj Malizi nampaknya seolah-olah menjadi pendekatan yang digunakan pemimpin PAS selepas era pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu. Iklan
Perwakilan Perak, Ustaz Fatah Awang berkata, pendekatan itu yang berpangkal daripada isu muzakarah yang digegerkan sebelum ini.
Katanya, isu tersebut mencetus suasana tidak faham di kalangan penyokong sehingga ada yang mahu mengambil tindakan negetif sehingga mengugut hendak keluar parti.
Bagaimanapun kata beliau perkara itu sudah agak reda sedikit sekarang melalui penjelasan yang diberi pemimpin mengenai isu muzakarah dan kemudian ditukar kepada muqabalah.
Perwakilan Pahang, Hassan Salim pula berkata, isu muqabalah banyak menyentuh perasaan penyokong di peringkat bawah sehingga ramai yang keliru.
"Dalam perjuangan kita berjaya meruntuh jahiliah tetapi gagal untuk menegakkan Islam. "Kita berjaya bersama dengan pelbagai kelompok ideologi namun gagal hendak memandu ahli PAS memahami isu yang berlaku sekarang," katanya.
Beliau juga berkata, ucapan dasar ketua pemuda malam tadi menyeluruh.
Yuhaizat Abdullah, perwakilan Melaka juga menjelaskan ramai yang keliru dengan isu muzakarah yang digegerkan sebelum ini.
"Sepatutnya kita boleh belah awal daripada mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno yang semakin lemah deyutan jantungnya. "Jangan kita merasakan sudah cukup kuat pada pilihan raya umum lalu dengan kemenangan tersebut kerana banyak kemungkinan yang boleh berlaku," ujarnya. Beliau mengajak ahli dan penyokong hendaklah lebih berhati -hati dengan kemenangan yang disifatnya lebih bersifat sementara.
Atau bolehkah seseorang itu boleh dianggap mampu menjadi negarawan tanpa mengetahui sesuatu hasil daripada tindakannya. Beliau juga berkata, suasana kemeriahan muktamar kurang dirasaikan memandangkan tiada bendera di luar kawasan bermuktamar kecuali di pintu masuk stadium.
Beliau juga memperli sikap Badan Perhubungan PAS di negeri tertentu yang difaham mengadakan mesyuarat di luar negara, malah mungkin selepas ini di Australia pula agaknya. - mj _

1 comment:

Kerajaan Rakyat said...

Kepada semua pencinta keadilan dan berhajat untuk melihat negara kita, Malaysia makmur dan selamat, harap jangan pandang remeh terhadap tentangan yang bakal kita hadapi di Permatang Pauh.

Bantulah memberi kesedaran dan ingatan kepada para pengundi di Permatang Pauh agar mereka tidak tertipu dengan perangkap dan omongan kosongan serta pendustaan yang sedang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam kempen mereka.

http://www.kerajaanrakyat.com/