Sunday, January 13, 2008

Video Lingam - PM mesti jelaskan keenganannya bertindak

Abdul Aziz Mustafa Mon Jan 14, 08 9:07:46 am MYT
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menuntut beliau memberikan penjelasan kepada rakyat tentang kegagalannya untuk bertindak setelah menerima surat dari ahli perniagaan, Loh Mui Fah yang mengaku anak lelakinya yang merakamkan klip video Dato' VK Lingam.
Ketuanya, Salahuddin Ayub menyatakan perkara itu berikutan laporan Malaysiakini yang menyatakan Loh memberitahu, beliau telah menulis surat bertarikh 5 November lalu kepada Perdana Menteri berhubung isu tersebut serta menghantar emel kepada panel siasatan klip video Lingam tersebut berhubung jaminan keselamatan untuk saksi, tetapi tidak mendapat jawapan.
"Kegagalan Perdana Menteri bertindak dengan sewajarnya menyebabkan isu tersebut berlarutan sedangkan ia boleh diselesaikan dengan segera untuk membantu memulihkan imej badan kehakiman," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Ketidakyakinan rakyat terhadap badan kehakiman pula semakin buruk dan mungkin akan bertambah buruk, katanya.
"Apa yang amat dikesalkan, keengganan untuk bertindak segera setelah menerima surat Loh meyakinkan lagi pandangan umum bahawa Perdana Menteri tidak langsung mempunyai keinginan untuk memulihkan badan kehakiman," kata Salahuddin.
Menurut Malaysiakini lagi, Loh juga mengakui secara terbuka bahawa beliau adalah lelaki yang dilihat dalam bahagian kedua klip video Lingam yang didedahkan oleh PKR September lalu.
Dalam satu temubual eksklusif dengan laman web berita tersebut, Loh Mui Fah, 58, berkata mengambil keputusan untuk mendedahkan identitinya kerana mahu "pihak berkuasa berhenti daripada mengganggu dan menceroboh privasi dirinya dan keluarganya".
Di samping itu, katanya, beliau juga bimbangkan keselamatan dirinya dan anggota keluarganya kerana mereka sering diekori dan pernah menerima panggilan berunsur ugutan meminta beliau supaya 'berjaga-jaga'.
Dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini malam ini, Loh Mui Fah, 58, berkata mengambil keputusan untuk mendedahkan identitinya kerana mahu "pihak berkuasa berhenti daripada mengganggu dan menceroboh privasi dirinya dan keluarganya".
Di samping itu, katanya, beliau juga bimbangkan keselamatan dirinya dan anggota keluarganya kerana mereka sering diekori dan pernah menerima panggilan berunsur ugutan meminta beliau supaya 'berjaga-jaga'.
Loh berkata, anak lelakinya yang merakamkan klip video sepanjang 14 minit perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam itu, tetapi menafikan beliau yang menyerahkan klip tersebut kepada PKR.
Bagaimanapun, katanya, beliau percaya anaknya merakam video tersebut tanpa sebarang niat yang tidak baik atau memahami apa yang sedang diperkatakan.
Menurutnya lagi, klip video itu bukan dirakamkan pada tahun 2002 yang dilaporkan tetapi pada 20 Disember 2001.
Klip video itu menunjukkan Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

No comments: