Saturday, January 19, 2008

Suwandi dan Azman di benar Ikat Jamin

Sumber dari Buletin OnLine
Ditulis oleh Wan Kay, SM Noor .Sunday, 20 January 2008
Kuala Terengganu, 20 Jan – 11.15 pagi – Peguambela, Fariz Irwan Mustaffa mengesahkan dari dalam mahkamah Kuala Terengganu bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu, membenarkan Suwandi dan Azman diikat jamin.
Berikutan penangguhan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu pada jam 8.00 malam 14 Januari lalu, terhadap Notis yang dibawa oleh Sdra Hanipa Maidin bagi membolehkan Azman dan Suwandi diikat jamin, Hakim yang menyambung sidang pada hari ini telah membuat keputusan sekitar jam 11.00 pagi pada pagi ini. Hakim membenarkan ikat jamin Azman dan Suwandi dijamin dengan jaminan RM3000 setiap seorang.
Keputusan tersebut telah disambut dengan laungan takbir ‘Allhu akbar’ oleh lebih 1000 orang yang berhimpun di luar mahkamah. Himpunan menyokong Azman dan Suwandi kemudian berzikir dan bertahmid membesarkan Allah, bersyukur dengan keputusan yang menggembirakan itu.
Himpunan dengan serta merta melancarkan derma kilat bagi mengutip sumbangan dari orang ramai untuk membiayai kos ikat jamin Azman dan Suwandi. Sebanyak RM 10,000 telah berjaya dikumpulkan dalam sekelip mata. Perhimpunan bersurai sekitar jam 12 tengahahri, dengan semua dijemput hadir ke majlis ceramah di Batu Enam pada malam ini.
Sehubungan dengan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Terngganu mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli, penyokong dan semua rakyat Trengganu. Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali ketika ditemui sejurus selepas pengumuman keputusan mahkamah membenarkan ikat jamin Suwandi dan Azman, menyatakan bahawa keputusan pada hari ini memenuhi sebahagian daripada hasrat rakyat yang mahu melihat keadilan ditegakkan.

No comments: