Friday, December 1, 2006

Selama 16 tahun, PAS perintah Kelantan dengan cemerlang

Posted by jaLiey_M on 2006/11/29 7:54:31
KUBANG KERIAN, 27 Nov - Prestasi pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan PAS yang dipimpin Ulama jauh lebih baik berbanding di zaman pemerintahan Umno. Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa berkata, pencapaian negeri Kelantan sepanjang 16 tahun di bawah pentadbiran PAS jauh lebih baik berbanding dengan sesetengah negeri yang selamanya diperintah Umno walaupun dianggap maju dan membangun."Misalnya dari segi kadar kemiskinan tegar Kelantan berada di tangga keenam bagi seluruh Malaysia iaitu seramai 3,550 berbanding dengan Sabah yang mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar paling tinggi iaitu seramai 32,297."Kemudiaan, negeri Terengganu yang kaya dengan hasil minyak pula di tempat kedua tertinggi iaitu seramai 8,300 isi rumah miskin tegar"Negeri Perak yang dikategori sebagai negeri maju berada di tempat ketiga iaitu seramai 5,730 isi rumah miskin tegar, kemudian negeri Sarawak seramai 5,243 isi rumah miskin tegar dan negeri Kedah seramai 4,938 isi rumah miskin tegar," jelas beliau dalam satu program ceramah isu-isu semasa dekat sini semalam.Tambah Husam, dari segi kadar jenayah negeri Kelantan paling rendah berbanding dengan negeri-negeri lain, sebagaimana statistik kadar jenayah yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Negeri Kelantan."Dari segi rasuah dan penyalahgunaan kuasa Alhamdulillah sepanjang 16 tahun mentadbir tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan negeri didakwa dengan kes-kes rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa."Soal pengurusan hutang negeri, walaupun kita dianggap miskin tapi tunggakan hutang kita paling rendah iaitu hanya RM1 juta, berbanding dengan negeri yang dianggap maju seperti Selangor mengalami tunggakan hutang berjumlah ratusan juta, begitu juga negeri-negeri lain jumlahnya juga mencecah ratusan dan puluhan juta."Malah Kelantan sejak PAS memerintah tidak pernah berhutang dengan kerajaan Pusat untuk pengurusan dan bayar gaji, tidak seperti setengah negeri yang terpaksa berhutang dengan Pusat untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri,"jelasnya.Kata Dato' Husam lagi, malah kesalahan paling paling besar bagi Umno ialah setelah setengah abad memerintah, masih tidak mampu untuk meletakkan Islam sebagai dasar negara, dan paling menyedihkan kedudukan Islam dan umat Islam semakin lemah."Ini terbukti apabila sehingga ke hari ini kerajaan Pusat masih gagal untuk meneyelesaikan isu keruntuhan akidah di kalangan umat Islam, ini membuktikan Umno tidak pernah mengambil berat soal gejala murtad di kalangan umat,"katanya.Tambah Husam, apa yang membimbangkan adalah corak pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sangat lemah dan ditambah pula dengan cara beliau menguruskan ekonomi negara boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara."Paling membimbangkan kita ialah cara beliau menguruskan wang rakyat, dengan kuasa yang ada beliau berjanji untuk memberi RM3 juta kepada Umno bahagian seluruh negara semata-mata untuk menutup kelemahan pentadbirannya."Sekiranya ini benar-benar berlaku bermakna beliau akan membelanjakan wang rakyat beratus juta untuk kepentingan parti Umno dan untuk pastikan semua bahagian menyokong beliau selaku Presiden parti, sedangkan wang tersebut bukan wang parti, ia adalah wang rakyat,"tambahnya lagi.

No comments: