Tuesday, December 12, 2006

PAS ucap tahniah kepada Sultan Mizan

Harakahdaily Wed Dec 13, 06 06:56:03 AM
KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Hrkh) – PAS mengucapkan tahniah kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, hari ini.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya berdoa kepada Allah supaya Sultan Mizan dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya.
“Insya Allah, kami mengharapkan serta memanjat doa kepada Allah SWT semoga Yang Mulia Tuanku dapat melaksanakan tugas di peringkat Pusat dengan sebaik-baiknya dan mendapat pertolongan dan taufiq daripada Allah Taala,” ujarnya ketika ditemui di pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini hari ini.
Ustaz Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkhidmat dengan kerajaan baginda selama sepenggal semasa PAS menerajui kerajaan negeri bermula tahun 1999 sehingga 2003.
Sultan Mizan menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke 12, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang dipilih pada 14 Disember 2001 selama lima tahun. Kemudiannya baginda ditabalkan pada 25 April 2002.
Semalam, Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, 8, dimahsyurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu berikutan perlantikan ayahanda baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.- mr

No comments: