Friday, November 17, 2006

Terlalu banyak lada di mulut Rafidah


Terlalu banyak lada di mulut Rafidah

Dilulus terbit oleh Webmaster pada Thursday, November 16 @ 06:06:33 MYT


Oleh Roslan SMS


Perumpamaan Melayu: Siapa makan lada dialah yang merasa pedasnya, memang benar dan berasas.Kita boleh bayangkan huru-haranya orang yang terasa pedas itu melalui aksi si monyet dalam satu rencana iklan di RTM satu ketika dahulu, di mana si monyet ghairah melihat kebun cili yang merah menyala, lalu menerpa dan menelan sepuasnya walaupun dinasihatkan sang kura-kura: Jangan monyet. Si monyet terus menerkam dan akhirnya terlonjak-lonjak dan tentu arah merintih kepedasan.Begitulah saya melihat Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno yang berlangsung di PWTC semalam. Setelah menerima arahan supaya tidak membuat serangan peribadi kepada mana-mana pihak, arahan itu seakan dipatuhi oleh semua yang dari Ketua-ketua sayap sehinggalah para perwakilanKetua Pemuda Hishamuddin Tun Hussien malah menyatakan di dalam ucapannya:Kepada Yang Amat Berbahgia Tun Dr Mahathir kami terhutang budi, kepada YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi teruslah pimpin
kami.HARAKAHDAILY menyebut ketika Hishamuddin menyebut nama Tun para perwakilan memberikan tepukan yang gemuruh dan tak segemuruh apabila nama Abdullah disebut. Dan kenyataan ini diskong oleh laporan Joceline Tan di dalam THE STAR yang menyebut:His approach met with approval from Youth delegates for they broke into loud applause at the mention of Dr Mahathirs name.Walaubagaimanapun seorang pemimpin dari sayap-sayap Umno itu ternyata tidak dapat menahan emosinya malah melepaskan bisa-bisa yang bersarang dimulutnya tanpa memperdulikan larangan tadi. Kerana itulah saya bawakan perumpamaan Melayu di atas serta kisah sang monyet itu kerana rupa-rupanya dalam ramai-ramai ada juga seorang yang menggelupar kepedasan lantaran barangkali tertelan dan terkunyah terlalu banyak cili!Beliau yang dimaksudkan adalah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Rafidah Aziz. Manakan tidak, selain jambatan bengkok, Rafidahlah yang teruk dikiritik dan dilondehkan oleh Tun dalam kritikan-kritikan beliau sebelum ini.Oleh itu tiada gelanggang yang lebih sesuai bagi tokoh Wanita yang lewat usianya ini melainkan menggunakan pentas dimana beliaulah ketuanya iaitu Perhimpunan Wanita, untuk melepaskan dendam kesumat dan kemarahannya yang tidak ada batas terhadap Tun yang pernah beliau julang dan junjung satu ketika dahulu.Sikap Rafidah ini terbukti apabila Joceline melaporkan:Delegates at the Wanita and Puteri wings appeared to side step the Tun issue although the Wanita chief made what many saw as a veiled attack on the former Premier.Rafidah dilaporkan menggunakan kesempatan memukul curi dan menyerang Tun di dalam ucapannya dengan pendekatan penuh licik namun boleh dibaca banyak pihak. Antaranya beliau menyebut:Bahkan, ada yang tidak betul samasekali, dan ada yang memudharatkan negara, terutama apabila Pemimpin dan Kerajaan dikecam, dan dihina. Tuduhan-tuduhan yang berunsur fitnah, nampaknya menjadi lumrah sekarang. Perlu diingatkan bahawa, titisan air yang berterusan ke atas batu, akan, lama kelamaan, menghakis batu itu, dan akhirnya, dengan kesan sejuk dan panas, batu itu akan retak, dan pecah.Memang isu berkenaan AP dan kaitannya secara langsung dengan Rafidah telah Tun bangkitkan banyak kali sehinggakan Rafidah sudah seolah tiada tempat lagi berlindung sehinggalah Presiden Umno, Abdullah Badawi mengambilnya dan dimasukkan ke dalam kem beliau. Rafidah pernah mengeluarkan enyataan meminta agar Tun duduk diam dan jangan dipedulikan lagi. Beliau menganggap teguran-teguran Tun itu sebagai batu penghalang kemajuan Umno dan kerajaan tanpa mengambil pusing adakaah ianya berasas ataupun tidak.Rafidah menyebut:Jika mana-mana individu atau pihak, mendesak supaya suara mereka sahaja yang diterimapakai, maka ini jelas bertentangan dengan proses dan konsep, demokrasi yang telah sekian lama menjadi amalan Parti dan negara. Dan, ini menafikan hak yang ramai, iaitu yang majoriti untuk bersuara, dan menentukan pilihan mereka.Demikianlah gelagat orang yang kepanasan. Bagaikan sang monyet tadi, kasihan entah sungai atau air terjun mana yang diselamkan kepalanya untuk mematikan kepedasan tadi. Kasihan Rafidah.
sila ke blog ROSLAN SMS:
http://n32.blogspot.com/

No comments: